Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai perkongsian gambar daripada seorang individu yang amat mengagumi kejelitaan yang dimiliki oleh model dan pelakon, Kavita Sidhu meski pun ketika ini usianya telah mencecah 49 tahun.
Menurut individu berkenaan, wajah yang dimiliki oleh Kavita kelihatan seakan-akan seperti tidak mamah usia selain turut memiliki tubuh yang langsing.
“Kavita Sidhu umur 49. Korang umur 30 dah serupa Norlia Ghani,” tulisnya di laman Twitter
Bagaimanapun, tweet tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati segelintir pihak yang menyifatkan berbandingan tersebut seolah-olah mempersendakan pelakon senior tersebut.
Turut sama meluahkan rasa kecewa terhadap entry berkenaan adalah anak saudara kepada Norlia yang dikenali sebagai Januar Haikal.
Ads
Menerusi perkongsian di laman Twitter, Januar memberi tahu, ibu saudaranya itu telah berkerja dengan keras di sepanjang usianya dan dia jelas berasa agak sedih melihat perbandingan tersebut.
“Norlia ghani is my auntie. And she works really really hard at her age. I don’t know what and how to feel when i see this kind of comparison.
Ads
“May Allah bless you. I hope you get all the attention you have ever wanted,” tulisnya.
Insiden tersebut kemudiannya telah menyebabkan nama Norlia Ghani menjadi sebutan selain turuttrending di platform Twitter sejak tengah hari tadi.
Ads
Di kesempatan itu, Januar turut berharap orang ramai dapat menitipkan doa agar ibu saudaranya itu sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.
“Nothing to promote here. Just humbly asking everyone untuk mendoakan auntie norlia ghani supaya dia dimurahkan rezeki dan panjang umur serta sentiasa dilindungi Allah SWT.
“Terima kasih kerana menghargai bakat beliau.You never know what people are going through, so be kind,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Norlia Ghani sebagai salah seorang pelakon yang hebat yang sehingga kini masih mewarnai industri seni tanah air.
Sumber: Twitter Januar Haikal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Video tersebut melihatkan ketegangan suasana semasa pemain hampir menjaringkan gol,bagaiamanapun reaksi penyanyi lagu Polis Entri itu kelihatan tenang dan bersahaja.
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap reaksi Lizzy itu
Video tersebut turut melihatakan reaksi DJ radio Era, Raden dan penyokong-penyokong lain,khususnya kaum lelaki yang tampak bersemangat menyaksikan perlawan bola sepak semalam.
Video : Instagram Era.fm
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi posting terkini milik pengacara, Haziq Husni, bintang ini ada mengimbau kenangan saat anak keduanya bernama Chayra Auliya dilahirkan.
Menurut Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni rupanya berhajat anak perempuannya itu dilahirkan pada tanggal 31 Ogos.
Bagaimanapun, rezeki tidak berpihak kepada Haziq dan isteri lalu Chayra telah dilahirkan pada 30 Ogos tahun lalu.
“Masa Chayra lahir, sebenarnya daddy dah try mintak hold dkt Dr nak date 31/8. Konon nak balut baby pakai bendera Malaysia. Tp tak sempat sbb pkl 4pm 30/8 hang dah pecahkan air ketuban sape suruh? Haha.
“Dan akhirnya 534pm keluarlah seketul bakso dari perut mama. Lepas tu bermulalah episod Chayra keluar masuk hospital smp umur 6 bulan. And now Alhamdulillah.
“You’re getting better and better. Daddy doakan Chayra sihat sampai besar Chayra kuat ya. Happy birthday CHAYRA AULIYA BINTI MUHAMMAD HAZIQ IRFAN. Love you princess #PincessChayra@heidy.chayra,” tulisnya.
Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dan isterinya, Mizz Nina telah ke Turki bagi memulakan misi Ramadan Cinta Syria Malaysia siri kedua.
Berita tersebut telah dimaklumkan bintang berkenaan menerusi Instagram, baru-baru ini.
Sambil berterima kasih kerana dia diberi kepercayaan untuk mengagihkan bantuan rakyat Malaysia kepada rakan seagama yang memerlukan di sekitar sempadan Turki iaitu rakyat Syria dan Lubnan, Noh turut meminta agar keberangkatan mereka selamat.
Difahamkan, misi tersebut berjalan sekitar 14 hari.
“Kami dh nak boarding menuju ke Turkey memulakan misi ramadhan @cintasyriamalaysia yang ke-2.
“Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mengagihkan bantuan anda kepada saudara kita yang memerlukan di sekitar boarder Turkey, dalam Syria dan Lubnan.
“Make sure korang follow follow aktiviti harian kami melalui instastory dan sebagainya so korang nampak kemana arah tuju bantuan yang korang sumbangkan.
“Doakan perjalanan 14 hari yang mendatang. Semoga panjang umur kita jumpa lagi ditanah Malaya. Kalau tak, إن شاء الله jumpa di syurga. Sayang korang!,” tulis Noh.
Penyanyi dan pengarah Azharina Entertainment, Azharina Azhar telah dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di...