Pelakon dan usahawan, Shima Anuar ada berkongsi khabar duka bersama peminat menerusi akaun Instagram miliknya.

Bintang filem Highland Tower ini memaklumkan, dirinya telah disahkan positif Covid-19, pada Ahad.

Sementara suaminya Mohd Solih Toha tidak dijangkiti wabak penyakit berkenaan.

Dalam pada itu, Shima memaklumkan dua orang anaknya, Marian Sophia dan Mikhael Imaan masih menanti keputusan ujian saringan.

“Salam everyone.This really breaks my heart.

IKLAN

I tak ada close contact dgn siapa2 yg kena Covid. Buat swab test sebab hari jumaat baru ni tiba2 rasa susah nak nafas and sakit kepala. Bgtau my husband, he said maybe sbb i tak makan lagi, n maybe sebab perut masuk angin.

“So after dah makan everything dah ok la. But i cakap dgn my husband i nak buat jugak swab test just for precaution sebab kes makin hari makin banyak. It can be anywhere.

“So hari sabtu (9/1/2021) pegi test. Ahad pagi (10/1/2021) dapat result ni. My husband pulak pergi test semalam (10/1/2021). His result negative this morning. Only me positive now.

IKLAN

“Tak tau nak describe this feeling macam mana. Dalam kepala fikir anak je sekarang ni. Diorang semua dah pegi test pagi tadi. Hopefully my kids all safe from covid. Doakan kami.

“Siapa yg ada jumpa i last week meeting dengan i tu, minta sama2 buat swab test juga ok? Now i tengah tunggu KKM to call me. Tapi dari semalam lagi memang dah kuarantin duduk bilik bawah and tak keluar pun.

IKLAN

“@laksambys akan tetap berjalan seperti biasa. My sister akan tolong cover for me. Anything boleh je DM @laksambys ok?,” tulisnya.

“Dalam Kepala Fikir Anak Je Sekarang,” – Shima Anuar Positif Covid-19, Anak Masih Tunggu Keputusan

MH mendoakan agar Shima kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.

Foto: Instagram Shima Anuar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI