Melakar sukses tersendiri, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mencuri perhatian pencinta filem tempatan apabila berjaya meraih kutipan RM7 juta dalam tempoh tiga hari ditayangkan di pawagam, sejak Khamis lalu.

Malah, luahan rasa syukur turut dikongsikan pengarahnya,  Syamsul Yusof menerusi Instagram.

Terdahulu, filem terbitan Studio Kembara itu dilaporkan mencipta rekod sebagai filem epik tempatan pertama mengutip RM1 juta pada hari pertama tayangan.

Diikuti pada hari kedua, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan meraih kutipan RM1.8 juta dan hari ketiga menghampiri RM3 juta.

“Kun Fayakun, Tsunami filem Melayu #matkilau #alhamdulillah,” tulis Syamsul ringkas pada ruangan kapsyen.

“Kun Fayakun, Tsunami Filem Melayu,” – Syamsul Yusof Bersyukur, Filem Mat Kilau Sukses 3 Hari Tayang, Kutip RM7 Juta

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

IKLAN

Malah dia turut berkongsi perkara sama menerusi beberapa perkongsian di Insta Stories.

“Kun Fayakun, Tsunami Filem Melayu,” – Syamsul Yusof Bersyukur, Filem Mat Kilau Sukses 3 Hari Tayang, Kutip RM7 Juta “Kun Fayakun, Tsunami Filem Melayu,” – Syamsul Yusof Bersyukur, Filem Mat Kilau Sukses 3 Hari Tayang, Kutip RM7 Juta

Sementera itu memetik Berita Harian, Penerbit merangkap Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali tidak menyangka filem kebanggaannya itu terus mencipta fenomena.

“Kami bersyukur kepada Allah atas sambutan hangat yang diterima secara berterusan terhadap filem ini. Angka kutipan itu juga diambil kira membabitkan pawagam di Singapura dan Brunei.

“Angka tepat kutipan dijangka bertambah lagi membabitkan semua pawagam dalam negara dan di dua negara terbabit,” katanya.

IKLAN

Abdul Rahman berkata, kejayaan dicapai tidak lengkap tanpa sokongan jitu penonton yang terus membanjiri pawagam.

“Kami terharu atas kepercayaan ini. Ia membakar semangat kami untuk terus menghasilkan karya yang terbaik pada masa mendatang,” katanya lagi.

Abdul Rahman menambah, kutipan jualan tiket hari pertama sudah cukup memberi bererti kepada pihaknya.

“Inikan pula angka RM7 juta. Sukar dipercayai… Tetapi Alhamdulillah atas nikmat indah ini.

IKLAN

“Perkara ini sangat memberi simbolik kepada kami dan industri seni amnya. Apatah lagi, filem sebegini sarat mesej. Malah dinanti-nantikan sekian lama oleh peminat wayang,” katanya.

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan membariskan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Datuk Jalaludin Hassan, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asa’ri dan Wan Hanafi Su.

“Kun Fayakun, Tsunami Filem Melayu,” – Syamsul Yusof Bersyukur, Filem Mat Kilau Sukses 3 Hari Tayang, Kutip RM7 Juta “Kun Fayakun, Tsunami Filem Melayu,” – Syamsul Yusof Bersyukur, Filem Mat Kilau Sukses 3 Hari Tayang, Kutip RM7 Juta

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/mrZ4yobZESo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI