Penyanyi Siti Sarah menyifatkan kritikan yang dilemparkan oleh sesetengah netizen menjadi peringatan buat diri seterusnya cuba memperbaiki untuk jadi lebih baik.
Mengakui kata-kata yang diterima mulanya memedihkan, pelantun lagu Manis ini cuba menggunakan perkara terbabit sebagai pembakar semangat bergelar anak seni.
“Sebagai manusia, saya tak boleh lari dari membuat sebarang kesilapan. Apatah lagi hidup sebagai seorang selebriti, semuanya diperhatikan.
Ads
“Pada awalnya, kritikan netizen memang menyakitkan tetapi lama kelamaan, saya ambil perkara terbabit sebagai peringatan untuk diri saya. Saya mahu terus memperbaiki diri,” kata Sarah.
Menyambut hari lahir ke-36 pada 15 September lalu, Sarah berazam mahu memberikan pengaruh yang baik untuk orang sekeliling.
Ads
“Sempena hari jadi, saya berharap agar dikurniakan umur panjang, kesihatan yang baik untuk saya dan keluarga serta rezeki yang melimpah.
Ads
“Saya juga menanam impian untuk menggunakan pengaruh yang saya ada sebagai seorang penyanyi. Saya mahu memberikan contoh yang baik kepada peminat dan saya berharap apa yang saya azamkan menjadi kenyataan,” katanya lagi.
Terdahulu, Sarah dikejutkan oleh majlis sambutan hari lahir pada minggu lalu dan suaminya, Shuib Sepahtu menghadiahkan jam tangan mewah jenama Rolex berharga puluhan ribu untuk isteri tercinta.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah selebriti, Ebit Lew memaklumkan berita sedih apabila kedai serbaneka miliknya telah dipecah masuk pencuri.
Kongsi Ebit, kedai serbaneka yang terletak di Sungai Buloh itu telah dipecah masuk oleh pencuri kira-kira jam 3.30 pagi Khamis.
“Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart sg buloh kena pecah masuk 3.30 pagi. Ada rakaman cctv. 2 lelaki pakai helmet.
Meskin berasa hiba dengan insiden yang berlaku, Ebit beranggapan setiap perkara yang berlaku ini merupakan satu ujian hidup buat dirinya.
Dalam pada itu, Ebit turut mendoakan agar pencuri berkenaan diberikan hidayah dari Yang Maha Kuasa.
“Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Semoga Allah beri pelajaran padanya. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah.
“Pasti ada rahmat disebalik semuanya. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha. Semua dari Allah kembali padanya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik-ebitlew,” tulisnya.
Instafamous, Farah Lee ada memberikan pandangannya berhubung kisah detik pertemuan diantara pelakon popular, Mira Filzah bersama suaminya, Wan Emir Astar yang hanya bermula menerusi ruangan ‘direct message’ (DM) di Instagram.
Menurut Farah, dia berharap agar lelaki diluar sana berhenti menghantar DM kepadanya kerana menyifatkan pengakhiranya tidak akan sama seperti kisah cinta Mira dan Emir.
Pelawak, Sharol Shiro ada berkongsi cerita apabila saat pertama kali berkenalan dengan penyanyi dan juga hos, Alif Satar.
Menurut Sharol, ketika pertama kali mereka digandingkan menerusi sebuah program, dia pada awalnya memutuskan untuk menarik diri kerana bimbang sukar untuk mendapatkan ‘chemistry’ bersama Alif.
“Saje nak bercerita, 2014 kali pertama aku berkenalan dengan seorang mamat bernama Alif Satar.
“Kitorang digandingkan dalam sebuah program ‘Sukalattew’.
“Minggu pertama sebelum start program tu aku try la berbual dengan dia. Masa berbual sikit-sikit cakap omputih. Siap dengan kening terangkat sambil buat rolling eyes kat aku.
“Dalam hati ‘poyo gila mamat ni’. Ni kompom jenis-jenis minum laga gelas dulu, nak buang air pun kat KLCC ni.
“Minggu tu aku mintak nak tarik diri sebab taknak partner ngan mamat ni. Rupanya dia pun sama, taknak partner dengan aku juga.
“Katanya aku macam budak kampung. Sikit-sikit sebut nama Kluang. Macam la ada pavillion kat kluang tu,” tulisnya.
Bagaimanapun, tanggapannya terhadap Alif meleset selepas mereka dilihat semakin rapat hari demi hari.
“Bos dah pening kepala. Dia cakap try la sampai sebulan dulu. Pelan-pelan kenal satu sama lain. Aku pun setuju. Hadap je la dia berbual dan try kenal dia lebih rapat.
“Rupanya apa tanggapan aku selama ni jauh meleset. Bila ada masalah aku luahkan dia pendengar yang baik dan dia cuba bantu semampu yang boleh. Kepala sama jer gila-gila dengan aku.
“Break masa reasal akan solat asar sama-sama. Jauh dari budak moden yang ke arah barat yang aku sangka sebelum ini. Lama kelamaan hubungan itu sangat rapat,” kongsinya lagi.
Menurut anggota kumpulan lawak, Shiro itu lagi, insiden tersebut telah mengajarnya untuk tidak menilai seseorang daripada luaran sebaliknya harus mengenal hati budi terlebih dahulu.
“Masa aku kahwin dia la pengapit aku. Gambar 2014 itu adalah hari terakhir program ‘Sukalattew’. Terus terang air mata jantan masing2 jatuh sebab itu adalah kali terakhir berada diatas pentas yang penuh kenangan bersama.
“2020 masing-masing dah berkeluarga. Cara berbual pun dah ke arah bapa-bapa. Tapi gila-gila masih ada. Terima kasih kerana sudi hadir ke Johor bersama @majestic_johor .
“Moral of the story, hidup kita ini jangan cepat menilai seseorang. Jangan nilai dan dengar tentang seseorang melalui mulut orang lain. Kita kenal dan nilai sendiri.
“Semoga berjaya @alifsatar dalam setiap apa yang kau lakukan. Doa aku yang baik sentiasa mengiringi kau sekeluarga,” akhirinya.
Tersentuh melihat posting berkenaan, ini reaksi balas yang diberikan oleh hos program Big Stage itu;
“Sahabat, aku ingat lagi kau punya kepala gila nak melayan aku datang Kluang, sebelum kau nak gi menikah malam tu, petang siap bawa aku dengan @shadilahalid makan nasi kambing 40 hari.
” @anna_danisha pulak masa tu dok risau je sebab hantaran kau untuk dia tak beli lagi.
“Banyak moment kita share sebenarnya bro, tapi nanti kita sembang internal dengan anak-anak pulak!
“Thanks Ji bawa aku jalan-jalan dengan @majestic_johor . Semoga Allah makbulkan doa kau untuk kita semua. aameen,” balasnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!