Menerusi kemas kini yang dimuat naik di laman Twitter, pengacara dan penulis lagu, Ahmad Fedtry Yahya ada berkongsi keadaan terkini bersama para peminat dah rakan artis.

Menurut Fedtri, dia kini dilaporkan semakin sihat selain turut menganggap segala kejadian yang berlaku ini adalah kifarah dosa baginya.

“In sha Allah getting better.

“Kafarah dosa. Kasih sayang Allah,” tulisnya.

IKLAN

Pada masa sama, pengacara program Jejak Rasul itu turut berkongsi foto yang memperlihatkan perkembangan terkini wajahnya yang baru selesai menjalani pembedahan pada Khamis.

Tweet tersebut nyata menerima perhatian daripada pelbagai pihak termasuklah bekas Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

IKLAN

“Get well soon bro. Saya doakan cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik-baik,” konsinya.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan doa semoga Fedtri lekas sembuh dan pulih seperti sedia kala.

“Kifarah Dosa, Kasih Sayang Allah,”- Semakin Pulih, Ahmad Fedtri Yahya Kongsi Keadaan Terkini Wajah “Kifarah Dosa, Kasih Sayang Allah,”- Semakin Pulih, Ahmad Fedtri Yahya Kongsi Keadaan Terkini Wajah

Terdahulu, Fetri dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian muka selepas terlibat dalam satu kemalangan ketika melakukan aktiviti berbasikal.

Sumber: Twitter Ahmad Fedtri Yahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI