
Krisdayanti merupakan figura popular yang sangat mementingkan nilai kekeluargaan. Baru-baru ini penyanyi dan juga ahli politik terkenal Indonesia ini telah menyambut majlis istimewa ‘Tedak Siten’ untuk cucu sulungnya, Ameena Hanna Nur Hatta.
Ameena merupakan cahaya mata pertama anak sulungnya, Aurel Hermansyah dan menantu, Atta Halilintar. Apa yang menarik perhatian ramai mengenai acara tersebut adalah penampilan mereka sekeluarga yang kelihatan sajak dalam persalinan rona jingga.
Persalinan tradisi seperti baju melayu dan kebaya menjadi pilihan. Krisdayanti yang tidak pernah kalah bergaya tampil menawan bagaikan puteri keraton dalam persalinan kebaya renda siap dengan perincian riben besar dan dipadankan dengan kain batik motif jawa.
Majlis Tedak Siten merupakan satu majlis sempena usia bayi mencecah bulan ke tujuh atau lapan. Tedak bermaksud melangkah, manakala siten atau siti bermaksud tanah atau bumi. Jadi secara literalnya, tedak siten bermaksud sedang memijak bumi.
ARTIKEL BERKAITAN: Bergelar Ahli Politik, Ini 10 Gaya Krisdayanti Berbaju Batik Sebagai Lambang Wanita Indonesia
Upacara ini bertujuan sebagai bentuk penghormatan kepada bumi, yang mana kanak-kanak mula belajar berjalan. Selain itu, tedak siten diwarisi turun temurun sebagai harapan ibu bapa agar anak itu bersedia dan berjaya dalam memijak kehidupan apabila membesar.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Kredit foto: Instagram Kridsayanti, Instagram Aurelie Hermansyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Baru Je Masuk Tahun Baru 2019 Ifa Dah Kena Fitnah Dengan Zarina Anjoulie!,” – Ini Luahan Ifa Raziah

Penyanyi, Ifa Raziah muat naik video awal pagi ini menunjukkan dia dipercayai ‘difitnah’ oleh rakan artis, Zarina Anjoulie.
Dalam video berdurasi 59 saat itu menunjukkan Zarina menuduh Ifa mempunyai hubungan dengan bekas teman lelakinya itu.
Bagaimanapun, Ifa menafikan perkara tersebut dan mengatakan dia tidak pernah mengenai siapakah teman lelaki yang dimaksudkan Zarina.
“Baru jer masuk tahun baru 2019 Ifa dah kena FITNAH dgn Zarina Anjoulie!!! Kata Ifa scandal dgn boyfriend dia…nak ajak MASUK HOTEL la bagai!!!
“Ya ALLAH…Apa ni??? Ujian apa pulak yg datang pada Ifa ni??? Ifa BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH tak pernah kenal dgn exboyfriend Zarina ni.
“Dan Ifa tak pernah kenal pun dgn si Zarina ni, tau la dia siapa, tapi tak kenal. Dia ada sebut nama ex boyfriend dia Hakim…mcm mana muka si Hakim ni pun Ifa tak tahu!
“Siapa2 yg kenal Hakim ni tolong sampaikan pada dia & Zarina…Sila kemukakan bukti, apa buktinya yang Ifa kenal si Hakim ni sampai ajak masuk bilik hotel.
“Ifa ada keluarga, ada Suami, ada anak2…apa perasaan dia org bila tgk video ni? Ifa tak pernah kacau siapa2 pun, kenapa orang buat mcm ni kat Ifa?
“Ifa tak ada scandal dgn siapa2 baik bujang atau suami org!!! Ifa kat London ni pun dgn suami & anak2. Ifa mmg sedih dgn apa yang berlaku skrg.
“Kenapa Ifa selalu di fitnah, kenapa org selalu tuduh Ifa yg bukan2??? Ya Allah…Kau berilah kekuatan kepada aku dan keluarga ku utk menghadapi dugaan kali ini. Amin,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by ? IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on
Alahai, bertabahah Ifa. Mungkin ada salah faham yang berlaku.
Apa-apapun MH doakan moga-moga iu ini dapat diselesaikan secara baik.
Foto/Instagram: Ifa Raziah & Zarina Anjoulie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Suka Berkira Dengan Makanan, Benci Kalau Kena ‘Budget’ Masa Masak,” – Kena Tangguh Bayar Gaji Pekerja, Fazren Rafi Dedah Dilema Niaga Di Kantin

Pelakon dan usahawan, Fazren Rafi mengakui dia sebenarnya berasa agak berat hati apabila terpaksa menangguhkan tempoh bayaran gaji untuk para pekerjanya.
Menurut Fazren, sepanjang enam tahun menjalankan bisnes makanan di kantin, ini adalah kali pertama dia terpaksa mengambil langkah sedemikian.
Bagaimanapun, pelakon yang pernah popular menerusi drama, Spa Q ini berasa amat bersyukur kerana dikurniakan pekerja-pekerja yang amat memahami mengenai situasi yang sedang dialaminya ketika ini.
“First time dalam sejarah hidup Faz, enam tahun berniaga kantin Faz jumpa dengan semua pekerja mintak lewat bayar gaji. Nasib baiklah diaorang semua okay dan memahami.
“Sekarang ni duit masuk susah, duit tak masuk lagi lah susah. Faz yakin semua yang tengah berniaga luar sana mesti lalui benda yang sama. Tak cukup nak rolling ditambah pula pekerja yang susah nak dapat dan semua ganji tinggi,” tulisnya.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada empat orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga kini berasa agak terbeban dengan harga barangan basah dan kering yang disifatkan agak melampau sejak kebelakangan ini.
Dalam pada itu, sebagai pengusaha kantin, Fazren turut mendedahkan dia sebenarnya tidak gemar untuk mencatu atau mengurangkan kualiti makanannya semata-mata untuk menjimatkan kos.
“Pendapatan turun naik, harga-harga barang tak dapat nak dijangka. Barang-barang kering dan basah dekat luar pun kalau dia naik tak ingat dunia. Ada yang susah nak dapat contoh minyak paket dan now telur pun boleh tak ada stock.
“Inilah cabaran berniaga. Part paling Faz tak suka kira-kira bil sebab takut nanti berkira dengan makanan. Ayam jangan letak besar sangat. Sambal kurangkan. Masak cair-cair sikit. Benci betul kalau keluar dari mulut kena budjet masa masak. Done luah hahahaaa,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen faham dengan situasi tersebut selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Fazren.
“Semoga anak-anak yang makan “sedap” akan sentiasa mendoakan awak.
“Semoga terus sabar dan berjaya sahabatku.
“Same goes to me and my mom. Tahun ni agak perit untuk kami. Tender kantin hampir 16 tahun, terasa sangat barang naik mendadak. Huhhh, sabar je laa.
“Semoga Faz dan team kuat dan sukses inshallah. Rezeki berganda akan datang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, perniagaan Fazren turut dilaporkan terjejas akibat musibah banjir yang melanda beberapa buah kawasan di Selangor baru-baru ini.
Beberapa tempahan katering sempena majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana kawasan majlis telah dinaikki air.
Namun, atas dasar perihatin, Fazren telah menyumbangkan makanan-makanan tersebut buat mangsa-mangsa yang terkesan akibat musibah banjir di Meru, Klang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kebaya Malaysia Airlines Dinobat Kelapan Terbaik Dunia 2024, Penuh Pesona Tradisi

Dalam dunia penerbangan, seragam kru kabin bukan sekadar pakaian kerja – ia juga melambangkan identiti jenama, budaya dan estetika syarikat penerbangan.
Baru-baru ini, senarai 10 seragam kru kabin terbaik untuk tahun 2024 telah diumumkan berdasarkan tinjauan melibatkan lebih 1,000 kru kabin. Berikut adalah senarai penuh yang menampilkan reka bentuk paling menarik dan berprestij menurut sumber laman sesawang Cabin Crew:
- Hainan Airlines
Seragam Hainan Airlines menduduki tempat pertama dengan reka bentuk yang elegan dan sofistikated, diinspirasikan oleh estetika tradisional kesenian China. Seragam ini menampilkan rekaan ala cheongsam dengan skema warna biru dan putih yang mempesona, mencerminkan ketenangan dan keanggunan budaya mereka.
- Etihad Airways
Di tempat kedua, Etihad Airways menonjol dengan seragam bergaya moden yang merupakan gabungan budaya pelbagai negara. Skema warna ungu dan emas yang menyerlah menjadikan seragam ini sangat menawan dan penuh karakter.
- Vietnam Airlines
Seragam Vietnam Airlines menduduki tempat ketiga dengan reka bentuk busana tradisional Ao Dai yang elegan dengan leher mandarin. Diinspirasikan oleh budaya Vietnam, seragam ini menggunakan rona biru firus dan kuning emas yang menampilkan aura mewah dan sofistikated.
- Emirates
Emirates mengekalkan imejnya yang sofistikated dengan seragam klasik yang tak lapuk dek zaman. Skema warna beige dan merah melengkapkan gaya ini, menjadikan kru kabin Emirates antara yang paling ikonik di dunia.
- Delta Air Lines
Di tempat kelima, Delta Air Lines memperkenalkan seragam yang bergaya dan berfungsi. Rekaan ini memaparkan elemen moden dengan skema warna ungu, mencerminkan profesionalisme syarikat penerbangan ini.Untuk pengetahuan anda uniform ini direka oleh Zac Posen, pereka fesyen terkenal Amerika Syarikat.
- Turkish Airlines
Seragam Turkish Airlines menduduki tempat keenam dengan gabungan gaya moden yang diinspirasikan oleh keindahan bandar Istanbul. Skema warna merah dan hitam memberikan sentuhan elegan pada seragam ini. Busana ini direka oleh Ettore Bilotta yang turut mereka seragam Etihad Airways.
- Virgin Atlantic
Virgin Atlantic terkenal dengan seragamnya yang berani. Dengan skema warna merah dan putih yang memukau, seragam ini mencerminkan gaya yang bergaya dan unik, menjadikan kru kabin mereka sangat menyerlah.Menariknya busana yang direka oleh Vivienne Westwood ini menggunakan fabrik yang diperbuat daripada bahan terpakai.
- Malaysia Airlines
Malaysia Airlines mengekalkan keanggunan tradisional kebaya dengan motif yang diinspirasikan oleh budaya Malaysia. Reka bentuk ini menggunakan warna biru firus, merah jambu dan biru gelap yang melambangkan ketenangan dan kesegaran. Rekaan asal busana ini diilhamkan pada tahun 1983 oleh pelajar jurusan seni reka fesyen UiTM dan dikemaskini rekaannya pada 1992 oleh pereka fesyen Itali, Gherardini.
- Hawaiian Airlines
Seragam Hawaiian Airlines berada di tempat kesembilan dengan reka bentuk yang ceria dan penuh warna. Diinspirasikan oleh keindahan pulau Hawaii, seragam ini menggunakan skema warna biru gelap dengan corak cetakan flora yang mencerminkan suasana tropika.
- Alaska Airlines
Mengakhiri senarai ini, Alaska Airlines memenangi hati ramai dengan seragam mesra alam yang elegan. Diperbuat daripada bahan lestari, reka bentuk ini menampilkan skema warna biru, kelabu dan skaf dengan aksen hijau yang segar.
Senarai ini menunjukkan kepelbagaian budaya, kreativiti, dan komitmen syarikat penerbangan terhadap keanggunan serta fungsi. Dengan setiap seragam membawa identiti unik, kru kabin bukan sahaja kelihatan profesional tetapi juga menjadi duta negara masing-masing.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI