Kesemua 12 peserta program realiti Big Stage musim kelima sudah diperkenalkan dan masing-masing mempamerkan persembahan menarik pada minggu pertama saingan, malam Ahad.
Selain peserta, hos dan juri, turut mencuri perhatian bagi edisi kali ini adalah penaja utamanya iaitu Wawa Cosmetics yang diasaskan oleh pasangan pelakon terkenal, Wawa Zainal bersama suaminya, Aeril Zafrel.
Sekaligus, pembabitan pasangan itu menjadikan mereka sebagai artis pertama yang menaja program TV tempatan yang mana sebelum ini dimonopoli oleh usahawan kosmetik.
Tidak cukup itu, Wawa dan Aeril dikatakan berhabis jutaan ringgit untuk menaja Big Stage 2023.
Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia teruja apabila dipelawa menjadi penaja utama kerana beranggapan Big Stage adalah program yang kian dikenali dan mempunyai pengikut tersendiri.
“Diakui sebelum ini kami ada juga mendapat tawaran untuk menaja beberapa program TV lain, tapi mungkin ketika itu masa tidak kena. Selain anggap belum rezeki kami bersama dengan program terbabit.
Ads
“Untuk kali ini, kami ditawarkan untuk menaja Big Stage pula. Selepas mempertimbangkan beberapa perkara dan melihat perkembangan program ini dari musim pertama, itu yang saya dan Aeril bersetuju.
“Insya-Allah, dengan sambutan yang diberikan pada program ini, jenama kami juga boleh bergerak seiring,” katanya.
Ads
Menurut Wawa, menjadi penaja juga adalah satu tanggungjawab besar buat dirinya dan jenama yang dibawa.
“Orang mungkin ingat menjadi penaja ini akan popular, tapi ada beban dan tanggungjawab besar perlu kami galas.
“Kos yang dikeluarkan juga bukan jumlah kecil. Jadi, ia ibarat satu pertaruhan berani daripada Wawa Cosmetics,” katanya lagi.
Ads
Bertemakan Manifesto, kesemua 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Lah Ahmad, malam tadi.
Program realiti itu sebelum ini telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 akan berlangsung selama 10 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
‘Masalah wanita sedunia’ dan apa paling sukar dilakukan ialah, suka makan tapi mahu kurus.
Situasi inilah yang dialami Ameera Zaini sewaktu sedang hamil.
Kongsinya, berat naik sehingga 20 kilogram sewaktu mengandungkan Mateen, ulas pengacara ini, dia sangat sukakan pencuci mulut dan mampu menghabiskan beberapa potong kek sekali gus.
Namun untuk mengurangkan berat badan, dia terpaksa berkorban kegilaan terhadap makanan manis.
“Meera naik 20kg masa mengandungkan Mateen. Dekat 80kg berat Meera tau! This is because I have a weakness for desserts. I can resist Nasi Lemak Roti Canai Nasi Minyak but not desserts.
“Sebelum ni memang Meera tak suka nasi sangat and boleh makan 2 3 slices of cakes sekaligus. Chocolates pulak macam hari-hari pun takpe. Sekarang Meera still enjoy having dessert cuma Meera kurangkan.
“Kalau sebelum ni boleh makan 5 pieces macarons sekali sekarang makan 1 je. Itupun dah pening sebab Meera memang dah cut sugary drinks or food,” tulisnya.
Tambah ibu kepada seorang anak ini, walaupun sukar mengawal nafsu pada permulaan dahulu, namun demi kesihatan dia tekad.
Hasilnya kini dia 4 kilogram lebih ringan daripada berat sebelum hamil dahulu.
“Memang susah la nak tahan nafsu masa awal2 tu, tapi demi kesihatan dan nak slim kena kuat semangat hehe. Sekarang Meera 4kg lighter than my pre-pregnancy weight.
Cuba teka berapa? So kalau ada yg tanya tips jaga badan tu, ni antara tips yang Meera boleh share.
“Tak makan nasi Meera makan apa? Haaaa Siapa nak Meera buat video what I eat in a day?” tulisnya panjang lebar.
Penampilan penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu sebagai Juri Pedas rancangan realiti nyanyian Big Stage 2022 musim keempat yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ‘memancing’ perhatian.
Ini kerana, penampilan bintang yang sinonim dengan lagu Cintaku 100% itu dilihat tampil eksentrik menerusi persalinan kasual rona hitam lengkap aksesori.
Malah pin yang diolah sebagai aksesori fesyen hijabnya tampak unik dan kreatif, sekaligus menerima reaksi pelbagai peminat.
“Mmy cantikkk sngt2, vouge dan gorgeous My mlm ni,” puji seorang wargamaya.
“Wooww kreatifnya…,” tulis lagi seorang warganet.
“Mami paling vogue,” tulis seorang peminat yang lain.
“Berat tak mamy bawak atas kepala tu,” tanya seorang warmaya di ruangan komen entri berkenaan.
Sekadar informasi, Big Stage 2022 menyaksikan komposer terkenal Ajai bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap dan Juri Juara merupakan juri jemputan yang terdiri daripada selebriti pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro.
Manakala, Mas Idayu telah diperkenalkan sebagai Juri Pedas
yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta di samping Datuk Seri Vida, Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen media sosial sepanjang program berlangsung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mas Idayu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh beberapa hari lalu mengenai ahli perniagaan, Nur Sajat yang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu kerana gagal menjelaskan cukai GST.
Bagaimanpun, usahawan sensasi itu telah pun membayar denda.
Selain kes berkenaan, netizen pada masa sama turut mempersoalkan perihal nama sebenarnya yang selama ini tidak pernah didedahkan mana-mana pihak.
Pelbagai reaksi diberikan netizen mengenai hal tersebut lalu ia seperti dizahirkan menerusi menerusi kapsyen yang dimuat naik Sajat menerusi Instagram.
Dipercayai, status itu mungkin ada kaitan dengan segala apa konflik yang berlaku terhadap dirinya.