Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Sheila Razlan mengenang kembali momen-momen sewaktu mereka terpaksa mengharungi fasa hidup yang agak susah ketika baru memulakan hidup berumah tangga.

Menurut Sheila, disebabkan kurang jemputan persembahan, dia dan Lan terpaksa melakukan apa sahaja yang termampu demi kelangsungan hidup.

“Kawan Menjauh Sebab Takut Kami Pinjam Duit,” – Kereta Ditarik & Makan Sosej Setiap Hari, Syura Badron Banyak Bantu Lan Solo Zaman Susah

“Cakap fasal susah senang ni, MashaAllah. Terkenang zaman susah payah ketika baru-baru kahwin dulu. Kereta pernah kena tarik sebab tak mampu nak bayar. Show tak ada dan anak pula kecil lagi.

“Susu dan pampers pun kami tukar yang paling murah. Lepas tu Lan beli sosej murah banyak-banyak untuk buat lauk harian. Hari ini rebus, esok goreng dan lusa makan dengan kicap pula,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh Sheila dalam satu sesi soal jawab bersama para pengikutnya di laman Instagram.

IKLAN

“Kawan Menjauh Sebab Takut Kami Pinjam Duit,” – Kereta Ditarik & Makan Sosej Setiap Hari, Syura Badron Banyak Bantu Lan Solo Zaman Susah “Kawan Menjauh Sebab Takut Kami Pinjam Duit,” – Kereta Ditarik & Makan Sosej Setiap Hari, Syura Badron Banyak Bantu Lan Solo Zaman Susah

Jelas ibu kepada empat orang cahaya mata ini lagi, tidak ramai yang mengetahui kesusahan yang terpaksa dialami mereka ketika itu kerana ramai yang beranggapan kehidupan sebagai selebriti akan sentiasa senang.

“Tiada orang pun tahu sebab bila memegang gelaran artis, orang akan cop kaya. Langit tak selalu cerah awak. Makan fast food jauh sekali sebab duit yang ada disimpan untuk kecemasan dan sakit pening anak.

“Masa itu, insuran pun tak ada. Pening hari-hari nak fikir bayar sewa rumah. Kawan-kawan menjauh masa susah sebab takut kami pinjam duit,” kongsinya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, Sheila turut mendedahkan antara individu yang banyak menghulurkan membantuan pada ketika itu adalah rakan selebriti dan penyanyi, Syura Badron.

“Kelakar bila ingat balik dan nak tahu tak? Hanya Syura Badron je yang tahu keadaan kami masa itu. Sampai satu tahap, punyalah Syura nak tolong kami, dia pergi show kami tolong jagakan Dania.

“Kemudian, bila balik, Syura belanja kami makan. Sejuta rahmat sangat masa tu. Padahal, Syura pun tak berduit sangat tapi dia percaya rezeki. Alhamdulillah, sampai hari ini kami kenang masa susah. Allah tahu apa yang terbaik,” akhirinya.

IKLAN

“Kawan Menjauh Sebab Takut Kami Pinjam Duit,” – Kereta Ditarik & Makan Sosej Setiap Hari, Syura Badron Banyak Bantu Lan Solo Zaman Susah

Terdahulu, Sheila dan Lan kini sedang giat menjalankan bisnes barangan runcit daripada Sabah.

Untuk rekod, Sheila dan Lan berkahwin pada 2009. Hasil perkongsian mereka dikurniakan empat orang anak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Lan Solo & Sheila Razlan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI