Pelakon, Johan As’ari mendedahkan dirinya tidak mahu menimbulkan sebarang isu selepas nama dikatakan tidak tersenarai sebagai penerima agihan bonus daripada penerbit filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan iaitu Studio Kembara Sdn Bhd.

Malah, Johan tetap mahu berterima kasih kepada produser kerana telah memilihnya untuk menjadi sebahagian daripada sejarah filem tersebut.

Macam Nak Nangis Terima Bonus Air Force The Movie, Johan As’ari Enggan Meminta-Minta Habuan Filem Mat Kilau

“Baru-baru ini, saya ada ternampak artikel yang mengatakan pihak penerbit akan memberikan bonus kepada pelakon-pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

“Bila kawan-kawan pelakon lain bertanya, saya kena jujur bagitahu yang saya tak dapat. Namun, saya tidak kesah sebab itu bukan hak saya untuk meminta.

“Kalau hak saya, terus terang saya katakan, saya memang dah dapat hak saya. Apapun saya tetap mahu ucapkan terima kasih kepada pihak produser yang memberi peluang ini kepada saya,” katanya kepada MH.

IKLAN

Johan berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media filem Tujuh Dua Belas yang berlangsung pada Selasa.

Katanya lagi, dia juga tidak mahu meminta-minta kerana hal tersebut tidak termaktub di dalam kontrak sewaktu dia bersetuju untuk menjayakan filem berkenaan.

Macam Nak Nangis Terima Bonus Air Force The Movie, Johan As’ari Enggan Meminta-Minta Habuan Filem Mat Kilau

“Saya tak mahu meminta kerana itu bukan hak saya dan saya betul-betul tidak mahu timbulkan sebarang isu. Saya yakin rezeki daripada Allah.

IKLAN

“Kalau nak bercerita fasal hak, saya sudah dapat pun hak saya. Sewaktu menanda tangangi kontrak, saya diberitahu akan dibayar sejumlah amaun dan penerangan mengenai skop kerja saya.

“Jadi, bila saya habis kerja, mereka telah pun membayar saya mengikut apa yang telah dijanjikan. Saya sudah dapat semuanya. Jadi, tiada apa-apa isu lagi. Nama pun bonus. Itu terpulang kepada mereka,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, pelakon berusia 37 ini akui bersyukur kerana telah menerima bonus daripada filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa seminggu sebelum hari raya lalu.

“Namun, saya sangat gembira dengan filem Air Force The Movie. Ke mana-mana saya pergi, saya akan bawa satu cenderahati berbentuk syilling yang diberikan oleh pihak tentera udara. Saya hargai sangat-sangat.

IKLAN

“Tapi, saya sangat terharu apabila seminggu sebelum hari raya, saya dapat bonus. Macam nak keluar air mata rasanya.

“Saya memang tak sangka dan berterima kasih banyak-banyak kepada pihak Air Force The Movie walaupun ia bukan filem nombor satu. Alhamdulillah,” akhirinya.

Sekadar informasi, sejak ditayangkan Jun tahun lalu, filem Mat Kilau : Kebangkitan sudah pun meraih kutipan lebih RM100 juta.

Sementara itu, filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa telah pun berjaya meraih kutipan sebanyak RM30 juta.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI