Aktor popular, Aaron Aziz mendedahkan dia kini telah mendapat nasihat pihak doktor untuk berehat buat sementara waktu daripada dunia seni dan harus segera menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di bahagian lehernya.
Bagaimanapun, Aaron memaklumkan dia terpaksa menunda dahulu prosedur tersebut memandang dia kini mempunyai pelbagai komitmen melibat hal kerja.
“90 minutes dalam benda ni. Doctor said I need surgery and need to be on medical leave for two month.
“Tapi tak boleh sebab banyak on going project sekarang ni. So for now I’m just using the drugs to kill the pain,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan bintang asal Singapura itu menerusi hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia kini harus bergantung dengan ubat-ubatan bagi mengurangkan kesakitan.
Ads
“Working in pain. Only ALLAH knows what I feel. Korang tengok abang senyum sana ketawa sini but korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitan. Doc said the tumor is bigger,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Aaron dapat kembali sembuh seperti sedia kala.
“Proud of you Datuk. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan segera pada Datuk. Amin Ya Rabbal Alamin.
Ads
“Ya Allah, hilangkanlah kesakitan dan berikan kesembuhan kepada Aaron Aziz.
“Moga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.
“Allahu, comeback stronger bang. Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Ads
Sebelum ini, Aaron mendedahkan dirinya kini sedang mengalami kesakitan di bahagian saraf.
Malah, dia juga terpaksa menggunakan pelindung leher bagi mengurangkan rasa sakit.
Dalam perkembangan lain, Aaron kini sedang membintangi drama terbarunya yang berjudul, Suamimu Lelaki Pendosa yang kini sedang ditayangkan di slot, Samarinda TV3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/BC7URRDM_mI
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Nora Danish ada memuat naik sebuah video ‘throwback’ ketika muncul dalam sebuah iklan syarikat telco, Maxis.
Kemunculannya di dalam iklan berkenaan memberi seribu satu makna apabila dia seterusnya dilamar pengarah, Aziz M Osman untuk menceburkan diri dalam lakonan pada ketika itu.
“Iklan Maxis yg buat Nora ke bidang lakonan selepas di lamar oleh Abang Aziz M Osman.
“Kening zaman tu memangtengah ‘in’! Lagi nipis lagi power hahahahha,” tulisnya imbau kenangan.
Video berdurasi hampir 60 saat itu dikongsikan Nora menerusi akaun Instagram.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut mengenang dan mengingati iklan terbabit selain ada yang turut menyifat kecantikan Nora tak pernah berubah daripada duhulu sehingga sekarang.
Ibu kepada dua cahaya mata ini memulakan karier lakonannya pada tahun 2005 menerusi sitkom popular berjudul Puteri yang masih melekat dalam ingatan peminat sehingga kini.
Foto: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi ramaja, Kucaimars menafikan dirinya pernah menggunakan aplikasi mencari teman, Tinder seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.
Katanya, dia sendiri tidak tahu tentang aplikasi tersebut dan hanya pernah mendengarnya daripada orang sekeliling.
“Saya tak pernah main Tinder dan saya tidak tahu pun apa benda semua tu.
“Saya hanya dengar-dengar sahaja sebelum ini,” katanya kepada MH.
Kucaimars berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single dan muzik video terbarunya bertajuk ‘Jawab’ di Dewan Platinum Kolej Melati, Universiti Teknologi Mara, Kampus Shah Alam pada Isnin.
Menurut bintang berkenaan, lagu tersebut adalah mengenai kisah lampaunya yang pernah ditinggalkan kekasih sebelum ini.
“Saya tidak megambil masa yang lama untuk memikirkan tentang idea lagu ini kerana ianya kisah saya sendiri.
“Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang kantoi selingkuh dengan lelaki lain.
“Perkara tersebut menyebabkan saya belum bersedia untuk bercinta semula,” ujarnya.
Terdahulu, lagu Jawab ciptaan sepenuhnya Hang Nadim dan Loq telah meraih hampir 200,000 jumlah tontonan tidak sampai dua minggu ia ditayangkan di laman Youtube.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Mas Idayu mengakui lelaki pilihannya yang juga penerbit eksekutif sebuah stesen televisyen, Muhammad Sufian Che Isa sudah pun menghantar ‘tanda’, Ahad lalu.
Menurut Mas Idayu, ia diberikan sejurus ahli keluarga kedua belah pihak bertemu bagi berbincang lanjut menjelang hari bahagia mereka.
Mas Idayu atau nama sebenarnya, Mas Idayu Mesnun dan Sufian merancang untuk melangsungkan perkahwinan September depan.
“Baru beberapa hari pihaknya hantar tanda. Bukanlah bertunang atau merisik. Sesi tersebut lebih kepada saling mengenali keluarga dan dia hadir sekali memberikan ‘tanda’.
“Perjumpaan dilakukan di kediaman keluarga saya. Kiranya inilah Syawal paling bermakna untuk saya kot. Tarikh nikah sudah pun ada, cumanya kami tunggu masa sesuai untuk kongsikan.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Jujurnya saya pun tak menyangka dia ada memberikan tanda untuk hubungan kami. Apa yang Sufian berikan, biarlah rahsia dulu. Nanti saya akan beritahu di media sosial,” katanya.
Mengulas mengenai persiapan raja sehari, juri program baharu di Astro Ria, Karaoke Superstar ini menjelaskan ia sedang berjalan.
“Persiapan sudah pun 70 peratus, tinggal lagi untuk pilih lokasi dan beberapa hal lain. Ikutkan perancangan setakat ini, kami akan buat majlis berinai dan khatam al-quran.
“InsyaAllah majlis nikah dilangsungkan pada pagi dan resepsi pula akan berjalan pada sebelah malamnya,” katanya yang bakal muncul dengan produk penjagaan wajah tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Jaa Suzuran mengulas mengenai berita penangkapan membabitkan abang dan kakak iparnya, yang juga penyanyi lagu popular Bey Soba Bey, Eda Ezrin, bersama empat...