Menghitung detik menunggu hari bahagia, pelakon, Zalif Sidek memaklumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujangnya pada Jumaat minggu hadapan.

Menurut Zalif, dia berharap agar segala urusan menjelang hari ijab dan kabul akan dipermudahkan dari awal hingga ke akhir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)

“Test Test Fitting! Seminggu lagi ya Allah untuk menempuh alam kehidupan sebagai suami Isteri. @anismarzuki bakal imam you.

“Semoga Semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar buat kami semua Amin YRA,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Hantu Kuat Ketawa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Seminggu Lagi Ya Allah Menempuh Alam Kehidupan Suami Isteri,” – Zalif Sidek ‘Payung’ Foto Baju Nikah “Seminggu Lagi Ya Allah Menempuh Alam Kehidupan Suami Isteri,” – Zalif Sidek ‘Payung’ Foto Baju Nikah

IKLAN

Dalam pada itu, Zalif turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pereka fesyen terkenal yang juga merupakan pelakon, Den Wahab yang akan menaja sepersalinan baju melayu pada hari akad nikahnya nanti.

“Lengkap baju putih nikah disponsor penuh oleh designer Tersohor abgku kakaku Den Wahab @iamdenwahab @denwahab_dw

“Ukuran, jahitan dan kainnya cukup cantik, kemas, segak bila disarungkan.
Loveeeeee sangat-sangat. Cantik. Tunggu pakaian penuh Lengkap minggu depan ya.

“Selamat Hari Jumaat yang Bakarah semua. Moga semuanya dirahmati dan diberkati Allah SWT. Amin,” kongsinya lagi.

“Seminggu Lagi Ya Allah Menempuh Alam Kehidupan Suami Isteri,” – Zalif Sidek ‘Payung’ Foto Baju Nikah

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Zalif dan pasangan.

“Semoga dipermudahkan urusan mu bos.

“May Allah ease everything for you. Semoga dilancarkan segala urusan. Praying for nothing but the best for both of you.

“Steady my brother.

IKLAN

“Steady, ya Allah nak nikah dah adik aku ni,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Seminggu Lagi Ya Allah Menempuh Alam Kehidupan Suami Isteri,” – Zalif Sidek ‘Payung’ Foto Baju Nikah

Sekadar informasi, Zalif bakal menamatkan zaman bujangnya bersama wanita pilihan hati yang dikenali sebagai Aniss Marzuki.

Zalif dan Aniss telah bertunang pada tanggal 20 Ogos tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Zalif Sidek

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI