Usahawan, Liyana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM menzahirkan rasa syukur dan bangga apabila memaklumkan anak perempuannya, Nabila Razman menerima tawaran menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

Jelas Kak KM, segala penat lelahnya dalam membesarkan anak-anak dianggap berbaloi meskipun seringkali dikritik.

“Korang Dok Mengata aku, Tergelek-Gelek. Anak Aku Pandai Weh,” – Kak KM Terharu Anak Gadis Terima Tawaran Belajar UM “Korang Dok Mengata aku, Tergelek-Gelek. Anak Aku Pandai Weh,” – Kak KM Terharu Anak Gadis Terima Tawaran Belajar UM

“Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah. Tahniah anak mama @nabilamalu. UNIVERSITI MALAYA anak aku. Hanya Allah je tau apa rasa perasaan ni bangganyaaa rasa berbaloi. Hilang penat lelah ni.

“Anak mama memang pandai sejak kecik lagi, 3 tahun lebih dah pandai membaca. Dapat BEST STUDENT KAT SEKOLAH… ya Allah happynya,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri itu menerusi satu hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

IKLAN

Nabila bakal membuat pendaftaran secara dalam talian di dalam jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan bermula 17-30 Jun ini.

“Tahniah anak mama, UM call. Nampak anak aku pandai. Korang dok mengata aku. Kak KM tergelek-gelek… Anak aku pandai weh dapat masuk Universiti Malaya. I love you anak mama,” katanya menerusi video yang dikongsikan.

Turut dimuatnaik ialah tangkap layar surat tawaran dari universiti awam terbabit.

“Korang Dok Mengata aku, Tergelek-Gelek. Anak Aku Pandai Weh,” – Kak KM Terharu Anak Gadis Terima Tawaran Belajar UM“Korang Dok Mengata aku, Tergelek-Gelek. Anak Aku Pandai Weh,” – Kak KM Terharu Anak Gadis Terima Tawaran Belajar UM “Korang Dok Mengata aku, Tergelek-Gelek. Anak Aku Pandai Weh,” – Kak KM Terharu Anak Gadis Terima Tawaran Belajar UM

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira selain turut mendoakan semoga segala urusan anak gadisnya itu dipermudahkan.

IKLAN

“Ya Allah…Tahniah Bella sayang. I’m the happiest person ever. Really proud of you”

“Congrats Nabila. Hiraukan apa orang cakap. Suka tengok cara Kak KM satu family.”

“Alhamdulillah, tahniah! Moga Bella terus maju jaya buktikan dekat orang yang mengata tu habuk pun takda.”

“Congrats Kak KM. Bukan calang-calang tau boleh masuk UM ni. Good luck in future,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.

IKLAN

Sementara itu menerusi platform sama, Kak KM sekeluarga turut meraikan kejayaan Nabila dengan menghadiahkan sebiji kek bersama hadiah wang ringgit dan telefon bimbit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“Korang Dok Mengata aku, Tergelek-Gelek. Anak Aku Pandai Weh,” – Kak KM Terharu Anak Gadis Terima Tawaran Belajar UM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI