Walaupun kira-kira sebulan melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Miera Liyana mengakui dia masih belum bersedia mendedahkan wajah dan jantina anak sulungnya demi menghormati permintaan suami Rosland Othman, 47.

Menurut Miera atau nama sebenarnya, Miera Liyana Datuk Seri Kasmi, dia juga berehat daripada laman sosial buat seketika bagi memberi tumpuan kepada bayinya itu.

Buat masa ini saya belum sedia dedahkan nama serta wajah anak. Sekarang memang fokus saya 100 peratus sudah tertumpu pada anak.

“Media sosial pun saya jarang-jarang buka sangat, bukan tidak aktif… cumanya sekarang saya lebih banyak belajar benda-benda baharu seperti breast feeding dan cara penjagaan bayi sebab ini anak pertama saya.

“Bukan tak nak berkongsi, cuma kami tunggu masa yang sesuai… saya pun masih baru sebulan berpantang, mungkin lepas habis pantang nanti, InsyaAllah saya akan berkongsikan kepada semua,” katanya menerusi mStar.

Terdahulu, Miera selamat bersalin di sebuah pusat perubatan di Damansara pada 16 Mei lalu dan dia turut bersyukur dikurniakan suami yang rajin membantu memandangkan sudah mempunyai pengalaman sebelum ini.

IKLAN

“Saya sangat bersyukur suami memang banyak membantu tukar lampin dan mandikan anak, walaupun dia sibuk balik lepas kerja, dia tetap jaga anak dan layan saya macam princess.

“Selain suami, mak saya dan jururawat peribadi yang saya upah sepanjang tempoh berpantang pun sangat membantu.

“Saya cuma perlu fokus untuk breast feeding dan berjaga malam untuk anak sahaja,” katanya.

IKLAN

“Kami Tunggu Masa Sesuai, Saya Pun Masih Baru Sebulan Pantang…,” – Kini Bergelar Ibu, Miera Leyana Jelaskan Sebab Belum Dedah Wajah Anak “Kami Tunggu Masa Sesuai, Saya Pun Masih Baru Sebulan Pantang…,” – Kini Bergelar Ibu, Miera Leyana Jelaskan Sebab Belum Dedah Wajah Anak

Tambah Miera, di awal dua minggu kelahiran anaknya, dia berasa sangat kekok dalam menguruskan dan memandikan bayinya itu.

“Kalau nak tahu saya ini manja orangnya, walaupun saya anak kedua tapi manja saya lebih lagi daripada adik bongsu.

IKLAN

“Sebab itu famili macam tak percaya saya dah jadi mak… masa awal-awal nak mandikan anak pun, suami, mak dan jururawat memang pantau betul-betul apa saya buat.

“Masa dua minggu pertama tu, memang mengigil jugalah saya nak mandikan dia,” katanya lagi.

Untuk rekod, bintang berusia 28 tahun ini mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Rosland Othman pada 27 Julai tahun lalu di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Sumber, Foto : mStar, Instagram Miera Leyana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI