Penyanyai senior, Ella mengakui berasa amat bimbang dengan jumlah angka kematian akibat kes bunuh diri yang dicatatkan di Malaysia sepanjang bulan Mac sehingga Oktober tahun lalu.

Jelas Ella, tambah merisaukan apabila mejoriti daripada angka tersebut terdiri daripada mereka yang berbangsa Melayu dan bergama Islam.

“Tak Semestinya Bantuan Wang, Teman Bercakap Pun Besar Maknanya,” – Kes Cabut Nyawa Sendiri Makin Tinggi, Ini Reaksi Ella “Tak Semestinya Bantuan Wang, Teman Bercakap Pun Besar Maknanya,” – Kes Cabut Nyawa Sendiri Makin Tinggi, Ini Reaksi Ella

Menurutnya lagi, tekanan perasaan bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh kerana ia boleh disifatkan sebagai ‘silent killer’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E L L A (@ellaaminuddins)

“Baru baru ini , Ella terbaca satu laporan berbentuk artikel yang agak menakutkan. Sebanyak 266 kematian berpunca dari bunuh diri direkodkan sepanjang tempoh Mac hingga Oktober tahun lepas (satu hari sorang)!

“60% penyumbang statistik adalah dari komuniti Melayu Islam. Anxiety and depression is real guys, like a silent killerr.

IKLAN

“Tekanan perasaan bukan mainan, jangan perkecil keperluan anda atau sesiapa pun untuk mendapat sokongan dan bantuan,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Sepi Sekuntum Mawar Merah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagra.

“Tak Semestinya Bantuan Wang, Teman Bercakap Pun Besar Maknanya,” – Kes Cabut Nyawa Sendiri Makin Tinggi, Ini Reaksi Ella “Tak Semestinya Bantuan Wang, Teman Bercakap Pun Besar Maknanya,” – Kes Cabut Nyawa Sendiri Makin Tinggi, Ini Reaksi Ella

Dikesempatan itu juga, Ella turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa meluangkan masa mengambil tahu mengenai keadaan orang-orang di sekeliling kita.

“Cuba cubalah ambil berat keluarga/kawan terdekat, mungkin saja ada yang perlukan teman bersembang dan mungkin juga perlukan rawatan kaunseling atau psikologi. Tiada apa yang perlu dimalukan.

IKLAN

“Ella cuma harap kita semua tahu bila masa yang tepat untuk mendapat/memberi sokongan. Di saat pandemik ini , tanya-tanya khabarlah mereka yang berdekatan sama ada kerabat, saudara mara, teman ataupun jiran.

“Tak semestinya bantuan kewangan ya, teman bercakap pun kadang-kadang lebih besar dan bernilai maknanya. Jangan pula kita berduka lara nanti setelah kehilangan seseorang yang tak terkembalikan. Salam sayang,” ujarnya lagi.

Ella turut memberi tahu, dia sebolehnya tidak mahu ada mana-mana pihak yang akan berasa menyesal dikemudian hari gara-gara lewat menghulurkan bantuan.

“Tak Semestinya Bantuan Wang, Teman Bercakap Pun Besar Maknanya,” – Kes Cabut Nyawa Sendiri Makin Tinggi, Ini Reaksi Ella

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan oleh Ella selain turut berharap agar keadaan negara dapat pulih seperti sedia kala.

“So true queen. Love you and miss you so much #peaceloverindu.

“Thanks for highlighting this and give awareness to the public. Indeed depression is REAL.

“Thank you very much Kak Ella sharing dan saling mengingati.

“Betul. Kadang duk terperap dalam rumah suami isteri pun ada benda boleh buat gaduh time pkp ni. Antara kita ramai yg ada depressi,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sumber: Instagram Ella

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI