Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menggandingkan dua hos wanita buat pertama kalinya sepanjang penganjuran program tersebut.

Pentas AJL 37 akan menjadi saksi kolaborasi pertama antara dua pengacara popular tanah air Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Kembali selepas berehat panjang, Jihan akui teruja kerana diberikan kepercayaan untuk mengemudi program berprestij tanah air itu buat pertama kali didalam kerjayanya sebagai seorang pengacara.

“Komitmen Untuk Ini Tak Lama,” – Terus ‘Disambar’ Jadi Hos AJL37, Jihan Muse Anggap Rezeki Anak

“Ini merupakan tawaran pertama saya setelah setahun bercuti. Saya memang terkejut bila pihak TV3 memberikan tawaran ini kepada saya.

“Saya baru sahaja nak kembali aktif, dapat pula tawaran jadi hos AJL37 bersama Sherry Alhadad. Lagi la saya teruja,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, Jihan turut menyifatkan tawaran ini sebagai rezeki anak keduanya kerana ia datang pada waktu yang sangat tepat.

IKLAN

“Pada mulanya, saya memang dah merancang untuk kembali bekerja selepas anak kedua saya berusia tiga bulan. Saya nak beri sepenuh fokus kepada dia dahulu.

“Mungkin memang sudah rezeki saya. Usia anak pun dah masuk empat bulan. Bekerja semula pada bulan Januari memang waktu yang tepat.

“Komitmen untuk program ini pun tidak lama. Ketika ini, saya tak boleh nak terima tawaran kerja jika komitmennya panjang. Tawaran ini memang sesuai. Ditambah pula status AJL sebagai program berprestij,” kongsinya lagi.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui oda sidang media AJL37 yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Petaling Jaya pada Rabu.

IKLAN

“Komitmen Untuk Ini Tak Lama,” – Terus ‘Disambar’ Jadi Hos AJL37, Jihan Muse Anggap Rezeki Anak

Bagaimanapun, Jihan mengakui dirinya masih lagi memerlukan sedikit masa bagi membina semula momentum selaku hos setelah sekian lama berehat.

“Nak cakap ‘makanan’ saya pun tak boleh juga. Banyak yang berubah mengikut peredaran masa. Saya baru bercuti setahun tapi segala yang berlaku bergerak dengan sangat pantas.

“Saya bimbang kalau saya tak dapat kejar semuanya. Sebab itu saya perlukan bimbingan daripada gandingan saya mengenai trend terkini.

IKLAN

“Dah masuk tahun baru ini, semangatnya pun baru. Lawak juga dah baru. Bila tengok perkara-perkara viral ni, saya agak tertinggal. Saya memang kene catch up balik. Semoga dipermudahkan semuanya,” akhirinya.

“Komitmen Untuk Ini Tak Lama,” – Terus ‘Disambar’ Jadi Hos AJL37, Jihan Muse Anggap Rezeki Anak

Bertemakan ‘Dimesi Muzik’, sebanyak 12 lagu bakal dipertandingkan di AJL37 yang akan berlangsung di Axiata Arena pada 12 Februari 2023 dan akan dipancarkan secara langsung di TV3 bermula jam 9 malam.

Tiket untuk menyaksikan AJL37 bakal dijual bemula 23 Januari ini di laman web rasmi Tonton bermula pada harga RM50 (Aras 4), RM60 (Aras 3), RM150 (Arena) dan RM300 (Super VVIP).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram TV3

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI