Baru sahaja mengadakan konsert Rockestral Rock Tri-O bersama Hazama dan Azlan Typewriter Sabtu lalu, Datuk Hattan dikejutkan dengan berita sedih apabila anak saudaranya yang dikenali sebagai Jojo telah pergi buat selamanya.
Kongsi Hattan, arwah meninggal dunia akibat tergelincir dari tingkat 13 di sebuah kondominium di Taman Maluri, Cheras.
“Dalam saya kegembiraan menyambut kejayaan konsert bersama Hazama dan Lan..tiba tiba pabila sampai di rumah belum sempat nak terlelap.
“Tiba tiba saya mendapat panggilan tel …anak buah saya Jojo telah pergi meninggalkan kami..buat selama lamanya..saya bagaikan dilanggar garuda…kelam…sedih..sangat memilukan.
“Dia pergi akibat tergelincir dari tingkat 13..di condo Taman Maluri..seluruh ahli keluarga meraung, merintih.
“Ya Allah Ya Tuhanku..tempatkanlah anak buahku..didalam kalangan ahli syurga mu…abang ..Pak Lang doakan abang tenang disana,” tulis Hattan menerusi Facebook miliknya.
Ads
Dalam pada itu, Hattan bersyukur kerana majlis tahlil berjalan sempurna bersama ahli keluarga dan pelajar Tahfiz.
Ads
Mahu mengimbau memori bersama, Hattan turut memuat naik foto ketika arwah masih kanak-kanakhingga remaja.
“Sedari kecil Pak Lang manjakan abang tetapi abang pergi juga buat selama lamanya..tetapi Pak lang tahu.
Ads
“Hak Allah tiada siapa boleh menghalang dan pak lang reda…kita jumpa di syurga insyaallah,” kongsinya sambil disertakan foto kenangan bersama arwah.
Kami di Team MH turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah.
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al Fatihah
Foto : Facebook Hattan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi detik bahagia mengenakan busana pengantin di Instagram, pelakon Risteena meluahkan kata-kata cinta kepada kekasih hati yang disifatkan sebagai insan istimewa yang cukup memahami dirinya.
Jelas kakak kepada Ruhainies ini, meski usia perkenalan begitu singkat, namun dia sama sekali tidak pernah menyangka lelaki ini cukup sempurna.
“Done fitting. Counting days. Hari bahagia adalah impian setiap wanita. Tetapi kebahagiaan saya bermula setelah awak datang dan mengisi hari-hari saya.
“Kisah cinta saya bermula ketika saya berjumpa dengan seseorang yang terlalu menyintai saya. Di awal perkenalan kami tidak banyak bercakap. Saya tak pernah sangka akan ada seseorang yang akan menyintai saya sebanyak ini.
“Disaat saya menghadapi saat sukar dalam hidup, dia sentiasa ada. Dia seorang yang akan buat apa sahaja untuk happykan saya, setiap permintaan saya, dia cuba tunaikan. Tak pernah merungut. Sentiasa melayan karenah saya.
“Dia seorang yang akan tahu bila saya okay dan bila saya tak okay. Dia tahu apa yang saya suka, apa yang saya tak suka.
“Terlalu cepat dia mengenali saya. Semakin hari dia cuba untuk lebih mengenali saya,” tulisnya.
Jelas wanita berusia 29 tahun ini lagi, di dia juga sangat bertanggungjawab dan bijak mengambil hati keluarga.
“Walaupun pada awal perkenalan kami tidak banyak bercakap tetapi sekarang tidak ada sehari pun kami tak berjumpa. Walaupun habis shooting lewat, sekejap pun dia akan datang untuk jumpa saya.
“We can’t go a day without seeing each other. Benda yang boleh buat dia sedih, bila dia terpaksa jauh dengan saya. How sweet!
“Masa saya accident, dia orang pertama yang sampai walaupun 3 pagi. Masa saya sakit, dia orang yang sentiasa ada dengan saya. Dia jaga family saya. Dia seseorang yang selalu ambil berat pasal family saya, itu buatkan saya jatuh hati,” kongsinya lagi.
Mematrikan lagu Cinta Luar Biasa sebagai kisah perjalanan cinta mereka, jelasnya, dia kini bersedia untuk menjalani hidup bersama.
“Terima kasih, Cinta. Awk selalu cuba untuk tidak sakitkan hati saya, tak boleh tengok saya sedih dan nangis. Kalau saya nangis, awk akan susah hati.
“Jadi, jangan buat saya sedih okay? Jauh lagi perjalanan kita. Jadilah orang yang sama sampai bila-bila.
“Lagu Cinta Luar Biasa akan sentiasa jadi lagu kita. Kerana cinta kita luar biasa. Ini merupakan langkah pertama untuk langkah yang berikutnya. Saya bersedia menjalani hari-hari saya bersama awak. Suka duka bersama awak. Dengan izin Allah,kita mulakan dengan bismillah. To be continued,” jelasnya panjang lebar.
Dalam pada itu, menjengah ke Instagram Isa Khan, lelaki yang dikaitkan dengannya turut berkongsi sekeping video disulami lagu yang sama, Cinta Luar Biasa.
Berkongsi detik terindah bergelar ibu, pengacara Iesya Toh memuat naik foto ‘throwback’ ketika melahirkan cahaya mata sulung, Harraz Daiyan pada 19 November 2016 lalu.
Sebagai seorang ibu, pastinya Iesya mahukan yang terbaik buat anaknya dalam membentuk menjadi anak berjaya dunia dan akhirat.
“19 November 2016. Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah Allah sempurnakan hubungan kami suami isteri dgn memiliki @harraz_daiyan.
“Pemimpin Yang Amat Warak…maksud nama yg merubah penampilan mommy menjadi lebih baik.. aamiin.
“Hanya doa yg tak pernah putus buat anak soleh mommy..! Semoga menjadi anak yg beriman, yg berjaya dlm akademi, yg berjaya dlm kerjaya, yg berjaya dlm berumahtangga, yg berjaya dunia akhirat.. aamiin, sihat2 selalu! And SAYANG mommy forever ok.
“Happy birthday syg! Semoga semua suami isteri akan memiliki zuriat mereka sendiri aamiin,” tulisnya sambil disertakan kredit.
Penyanyi Lan Solo berkongsi berita sedih apabila ibunya ditahan wad akibat serangan strok (left brain damage) awal pagi Isnin.
Malah, penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela itu juga berkongsi detik cemas apabila ibunya tiba-tiba terjatuh dan bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Assalamualaikum.. 1st of all.. kami mintak maaf pd semua yg call atas urusan kerja mahupon urusan keluarga spjg hari nie.. kami x mampu nak reply dan jawab call.
“Seawal pagi tadi,Mama kami suddenly collapse dan kami menguruskan mama smpi skrg.. As for now, mama dah selamat masuk wad dan mungkin akan lama berada di hospital.
“Ini bermakna, kami akan byk berada di hospital selama mama admitted.
“Kpd yg bertanya.. mama kene serangan stroke / left brain damage.. buat masa ini,masa kami dan ahli keluarga lain mmg akan bersama mama,” tulisnya.
Dalam pada itu, Lan memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan ibunya itu.
“Utk kenalan di sini.. besar harapan kiranya kalian dpt bantu doakan mama dpt kembali seperti sediakala. Utk family jauh dan dekat, boleh direct contact kami atau Abert ye,” kongsinya.
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Heama Maleini, berlangsung dengan lancar pada Jumaat.