Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mempersoalkan tindakan suaminya berkongsi video dan gambar bersama anak-anak dalam Instagram (IG) ketika proses tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) bakal berlangsung.
Tidak mahu menimbulkan kekeliruan, Nurul Shuhada atau nama sebenar, Nurul Shuhada Mat Shukri menjelaskan entri yang dimuat naik oleh Hafidz ketika bertemu dengan anak-anak di Perlis itu, itu sudah lama diambil, bukannya baru seperti disangka ramai.
“Perjumpaan tersebut bukannya kelmarin. Sebenarnya dah lama sangat dah perjumpaan itu. Mungkin dia baru muat naik video bersama anak-anak semalam sebab hari ini (Isnin) ada prosiding tuntutan hadanah.
“Sudah tiga minggu ketika dia berjumpa anak-anak di Perlis. Apa tujuannya dan untuk apa?,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Nurul Shuhada turut menempelak Hafidz dengan mendakwa kemelut yang berpanjangan mengenai hak penjagaan anak adalah berpunca daripada dirinya sendiri.
“Kenapa kita pula yang kena bayangkan perasaan dia? Dia yang pilih semua ini.
Ads
“Pegawai sulh pun sudah bagi nasihat tadi. Jangan pentingkan diri sendiri. Fikirkan anak-anak juga,” ujarnya lagi.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui setelah selesai proses hadanah yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Isnin.
Sementara itu, Shuhada turut mempersoalkan motif Hafidz mencipta akaun Instagram buat anak-anak baru-baru ini.
“Mungkin dia ada nak tarik perhatian sesiapa. Sebelum ini tiada pula sebegitu. Sepanjang tempoh kami bersama, tiada pula dia nak kongsi gambar atau buat akaun Instagram anak-anak.
Ads
“Sepanjang anak dia hidup, soal akaun Instagram ni dia tak pernah nak ambil tahu pun. Saya yang banyak kongsi fasal anak di media sosial.
“Semua orang tahu yang saya ini tak berapa aktif di media sosial dahulu. Kongsinya gambar pun sekali-sekala sahaja.
“Tiba-tiba dia nak adakan akaun media sosial untuk anak-anak pula. Saya pun tertanya-tanya kenapa dan untuk apa,” ulasnya lagi.
Ads
Terdahulu, Hafidz atau nama sebenar, Muhammad Hafidz Roshd berkongsi video dan foto momen manis bersama dua anaknya, Humairah dan Umar di Perlis.
Malah, Hafidz turut meluahkan rasa rindu terhadap dua cahaya matanya itu.
Sementara itu, rosiding hadanah yang berlangsung pada Isnin gagal menemui jalan penyelesaian dan akan bersambung pada 12 September depan.
Sebelum ini, Nurul Shuhada memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari yang lalu.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Elfira ada memuat naik satu rakaman video ketika sedang mengajar anak tunggalnya, Muhammad Rayya Khalaf menyebut nama haiwan dalam bahasa Inggeris.
Di samping itu, pelakon berusia 27 tahun ini menjelaskan perkongsian tersebut dibuat agar dapat menjadi contoh dan panduan kepada para ibu di luar sana.
“Let’s study with Rayyan! Sharing this for memories . Nasib baik dulu el rajin record semua milestones rayyan , bila orang tanya el pasal rayyan , el suruh refer je pada page @muhamadrayyankhalafofficial .
“If you want to post about your child , just post it! Jangan takut orang cakap ini cakap itu. Im glad other mothers shares too dari situ banyak el belajar and refer. Tapi jangan jadikan benchmark untuk anak kita pulak. Setiap anak terdedah pada environment yang berbeza-beza.
“Kalau dia tak biasa tengok benda tu tetiba kita nak dia cakap jugak benda tu , susahkan . So kita belajar dari minat anak kita and polish je dari situ. #1year5monthsold,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji cara didikan Elfira dan kepandaian Rayyan bertutur dalam bahasa Inggeris.
Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober 2019.
Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Maestro muzik, Datuk Ramli MS menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-64 pada Khamis dan isterinya, penyanyi Datin Alyah ada berkongsikan detik-detik jam 12 tengah malam bagi menyambut hari istimewa suaminya itu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Alyah atau nama sebenar, Noor Hasliah Abu Hasan, 41, ada memuat naik video menunjukkan gelagat Ramli atau lebih mesra dipanggil Tok Ram yang sedang sibuk bermain snuker sebelum menantikan hari baharu bagi menyambut ulang tahunnya itu.
“Happy birthday @tokram_ramlims.
“Semoga sentiasa berada dibawah perlindungan Allah SWT dunia dan akhirat.
“Tahun ni tak ada surprise-surprise. Konsep terus-terang sahaja katanya… Bila ditanya apa tu? I pun jawab kek.
“Hari jadi you nanti malam, makan dengan kawan ya,” tulis Alyah di ruangan kapsyen.
Dalam entri tersebut, Alyah turut memuat naik ucapan romantis buat suaminya yang disifatkan telah banyak mengajarnya tentang erti kehidupan serta menjadi manusia yang lebih baik.
“Allah berikan kamu untuk aku belajar mengenal Allah. Allah berikan kamu untuk aku tahu apa itu sabar.
“Allah masih berikan aku bersama kamu untuk aku ketahui bahawa aku juga manusia biasa, bila-bila saja mampu lakukan kekhilafan.
“Allah Maha Hebat, diberikan pelbagai rasa dalam rumah tangga ini untuk aku tahu siapa yang terbaik buatku. I sayang you nie (honey),” titip Alyah.
Penyanyi lagu Kisah Hati itu mendirikan rumah tangga dengan juri program Gegar Vaganza itu dalam sebuah majlis secara tertutup di Indonesia pada 18 Mac 2013.
Alyah turut memuat naik video kandidnya di Insta Stories.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Man Raja Lawak berkongsi rasa apabila kediamannya di Taman Sri Murni Fasa 1 Selayang antara kawasan yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak dua hari lalu.
Luah Man, dia tidak menyangka akan menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang cukup sukar dan getir, malah jelasnya, penghuni di situ masih menanti bantuan.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Youtube miliknya, Man menunjukkan persekitaran kawasannya yang dipagari kawat berduri dan keadaan penghuni yang menunggu bantuan di tingkat bawah.
“Bismillahirahmannirrahim, 23 April sehari sebelum Ramadan, inilah situasi yang berlaku di Taman Sri Murni Fasa 1 Selayang. Kami hanya menanti dan terus menanti, adakah bantuan akan tiba.
“Sahabat sebelum ini tidak terlintas di dalam kepala kita Malaysia akan menjadi sebegini. Sebelum ini kita bebas melangkah di muka bumi Allah, kita bebas untuk mencari rezeki. Kita bebas untuk ke mana jua.
“Tetapi masih ramai yang mengeluh. Masih ramai yang tidak mensyukuri kenikmati yang telah dikurniakan Allah.
“Kemanakah kami akan pergi? Ke manakah kami akan lari? Jika kawat berduri telah melingkari kediaman kami. Sekarang baru benar-benar terasa kebebasan itu amat bermakna.
“Bagaimanakah dengan mereka yang tiada bekalan makanan di rumah? Bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai anak kecil? Bagaimana dengan mereka yang masih menjaga kedua ibu bapa yang sedang uzur? Adakah peluang kedua untuk kami?
“Ya Allah Kau dengarkanlah rintihan kami ini. Rintihan daripada mereka-mereka yang berdosa. Berikanlah kami peluang kedua Ya Allah. Kita hidup di muka bumi ini perlu berjalan dan bukan berlari kerana hidup kita adalah sebuah perjalanan dan bukan pelarian,” luahnya sebak.
Kerajaan mengumumkan Pusat Bandar Utara termasuk Taman Sri Murni dan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dikenakan PKPD bermula 23 April hingga 3 Mei ini.
Foto : Man Raja Lawak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Bo Ra disahkan telah bercerai dengan suaminya yang juga pengarah filem, Jo Ba Reun, kurang daripada setahun selepas mendirikan...