Dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad kini suami kepada Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah (Watie) kira-kira jam 8.47 malam.

Shuib dan Watie dinikahkan oleh abang Watie sendiri iaitu Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin
Kampung Bukit Lanchung, Ustaz Zubairi Ghazali.

Turut menjadi saksi adalah Al-Mas’ud Kamat (pakcik Watie), Muammar Amirullah Frida (abang Watie) dan Aidit Alfian Mohd Dom (kawan Shuib).

Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Putra Glass Hall, Putra Height, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288.

IKLAN

Dalam pada itu, pihak lelaki juga menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Majlis pernikahan Shuib dan Watie juga dihadiri oleh ahli keluarga antaranya bapa pengantin lelaki iaitu Muhamad Arshad, rakan selebriti, sahabat handai serta pengamal media.

IKLAN

Majlis pernikahan ini juga dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sharifah Shahirah.

Turut mengindahkan lagi majlis adalah persembahan daripada dua penyanyi hebat, Anuar Zain dan Lah Ahmad.

IKLAN

Terdahulu, Shuib dan Watie telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.

Untuk info, perjalanan kisah cinta Shuib dan Watie akan ditayangkan dalam siri eksklusif terbaharu Astro iaitu Walimatulurus Shuib dan Watie pada 3 Julai 2023.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI