Pelakon dan hos, Lisa Surihan mengisi masa di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuat kuasa di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.
Lalu, sebagai menyahut cabaran #dudukrumahchallenge, bintang filem Ular itu dilihat turut mengisi masa dengan membaca atat suci suci al-Quran.
Jelas bintang berusia 34 tahun itu, ahli keluarga dan rakan-rakan turut memberikan galakan meski baginya, bacaan yang dialunkan belum cukup sempurna.
“#dudukrumahchallenge kerana bacaan ku tk sempurna. But my dear sisters (the khadijahs) and friends keep encouraging. Dia galakkan. “Daripada tk buat langsung, Lisa?”
Ads
“Moga istiqomah. Dgn doa, Ya Allah, rahmatilah kami dgn Al-Quran, Jadikan lah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ingatlah kami pada apa yang terlupa, ajarkanlah apa yang tidak diketahui.
“Kurniakanlah kami dapat membacanya siang dan malam. Jadikan ia perisai kami, wahai Tuhan semesta alam,” tulisnya pada entri yang memperlihatkan permata hati turut setia berada di sisi.
Tiada kata-kata mampu diungkapkan bagi meluahkan penghargaan buat kakitangan barisan hadapan yang berkorban nyawa, masa dan keluarga bagi memastikan Malaysia terus bertahan dalam menghadapi wabak Covid-19.
Sekeping foto yang dikongsi mendatangkan rasa sebak, kakitangan hospital terduduk dan terbaring keletihan di ruang koridor hospital demi memberi khidmat buat mangsa jangkitan Covid-19.
Kongsi Mark Adam, dia cukup menghormati dan akan mengingati jasa yang dicurahkan sehingga ke hujung nyawa.
“Hormat dan respect kami kepada anda sampai ke unjung nyawa.
“Terima kasih banyak Frontliners, Doctors, Nurses, Police, Askar, Rela, Cleaners Dan semuanya.
“Kami doakan yang baik2 untuk anda Semua Dan Keluarga anda, Jaga diri Sentiasa,” jelasnya.
Netizen turut tersentuh dengan perkongsian foto tersebut dan mendoakan yang terbaik buat kakitangan barisan hadapan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, seramai 19 petugas kesihatan awam dijangkiti COVID-19, termasuk dua yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan mesin pernafasan.
Beliau berkata turut dijangkiti ialah lima kakitangan perubatan swasta.
Foto : Instagram Mark Adam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penularan wabak COVID-19 nyata memberi impak kepada kejatuhan ekonomi sehingga didakwa menjadi punca Menteri Kewangan Hesse, Jerman, Thomas Schaefer, 54 menamatkan riwayatnya sendiri.
Menurut laporan, Schaefer didakwa ‘terlalu bimbang’ akan krisis ekonomi susulan penularan wabak dan bekerja setiap masa demi membantu syarikat serta pekerja di dalam menghadapi impak ekonomi akibat pandemik COVID-19.
Schaefer juga merupakan nama yang sering disebut sebagai pengganti Volker Bouffier, seorang lagi pemimpin di negeri itu.
“Mcm2 isu sekrg ni! Semua tak faham DERITA yg tidak ditanggung.
“Semua golongan TERKESAN!! SEMUAAAAAA!
“Ni.. Menteri Kewangan Hesse, sebuah negeri di Jerman membunuh diri selepas dipercayai terlalu bimbang dengan kesan Covid-19 terhadap ekonomi.. die miskin? TAK!! Die bodoh?? TAK!! .
“Jadi apepun kite kena bersama & membantu! Jg sensitiviti org lain. Jgn mendesak. Kite semua DIUJI.
“Tolong laaaaaaa DUDUK RUMAH DIAM2! Adik2, abg2 kakak2, pakcik2 plsssss,” kongsi pengacara itu bersama paparan foto berkaitan.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion yang disifatkan mampu memberi manfaat kepada semua rakyat dalam tempoh sukar ini.
Foto : Instagram Iesya Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tanggal 19 Mac, genaplah dua tahun usia permata hati penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid.
Pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak dilihat ada menitipkan ucapan istimewa buat si comel ini di ruang Instagram miliknya yang kemudiannya turut dikongsi kembali diva tersebut.
Kongsi Rozi, dia masih ingat sewaktu Siti mengidam mahukan ABC dan mahu menikmatinya ketika ia masih ‘keras’ dan tidak cair.
Namun lucunya, manisan tersebut hanya dijamah dua sudu sahaja.
“Sebelum tidur, buat ucapan buat Siti Aafiyah Khalid.
“Ketika dunia menyapamu Kali pertama,
Kau adalah kurnia, Di usiamu menginjak dua, Kau adalah syurga dan cinta. Mak Rozi, 19 Mac 2020.
“Aafiyah, masa Aafiyah teringin sangat nak minum Air Batu Campur (ABC), Mak Rozi dan aunty CF @cteafairuz bergegas mencarinya sebab Aafiyah tak sabar dah, Aafiyah nak dan-dan tu juga, siap bagi syarat, aisnya mesti tak cair bila sampai kat rumah Aafiyah.
“Takpe kalau Aafiyah tak ingat sebab Aafiyah masih dalam perut ibu lagi tapi Mak Rozi tau, Aafiyah yang teringin. Aunty CF bawa kereta punyalah laju dari Cheras-Kg.
“Pandan, cari ABC dari satu kedai ke satu kedai, kami waze, kami guna google map, akhirnya jumpa.
“Bila ABC siap, sekali lagi, aunty CF bawa kereta macam nak terbang, supaya sampai ke rumah Aafiyah sebelum ais mencair.
“Tergopoh-gapah tau, kami sampai saja, terus ke dapur, masukkan ABC dalam bekas dan siap terhidang di depan ibu Aafiyah. Aafiyah main-mainkan kami ya, Aafiyah saja mengusik ya? Hahaha.
“Aafiyah sebenarnya nak hirup 2 sudu je, Aafiyah bukan teringin sangat pun. Ibu Aafiyah minum ABC dua sudu saja untuk Aafiyah,” tulisnya.
Rozi pada masa sama turut berdoa agar puteri kesayangan itu membesar sebagai anak solehah.
“Tak mengapa, itu cerita lucu kami berkhidmat untuk Aafiyah. Setiap kali dapat isyarat daripada ibu Aafiyah, maka melompatlah kami! Hahaha.
“Jadi anak solehah, anak bijak, anak berbakti serta selalu merendah diri. Sejauh mana melangkah, tetap tahu yang benar dan salah, setinggi mana berada, tetap membumi akhlak terbina.
Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa disatukan pada Ogos 2006 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2017 selepas 11 tahun berkahwin.
Foto : Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!