Tanggal 19 Mac, genaplah dua tahun usia permata hati penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid.
Pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak dilihat ada menitipkan ucapan istimewa buat si comel ini di ruang Instagram miliknya yang kemudiannya turut dikongsi kembali diva tersebut.
Kongsi Rozi, dia masih ingat sewaktu Siti mengidam mahukan ABC dan mahu menikmatinya ketika ia masih ‘keras’ dan tidak cair.
Namun lucunya, manisan tersebut hanya dijamah dua sudu sahaja.
“Sebelum tidur, buat ucapan buat Siti Aafiyah Khalid.
“Ketika dunia menyapamu Kali pertama,
Kau adalah kurnia, Di usiamu menginjak dua, Kau adalah syurga dan cinta. Mak Rozi, 19 Mac 2020.
Ads
“Aafiyah, masa Aafiyah teringin sangat nak minum Air Batu Campur (ABC), Mak Rozi dan aunty CF @cteafairuz bergegas mencarinya sebab Aafiyah tak sabar dah, Aafiyah nak dan-dan tu juga, siap bagi syarat, aisnya mesti tak cair bila sampai kat rumah Aafiyah.
“Takpe kalau Aafiyah tak ingat sebab Aafiyah masih dalam perut ibu lagi tapi Mak Rozi tau, Aafiyah yang teringin. Aunty CF bawa kereta punyalah laju dari Cheras-Kg.
“Pandan, cari ABC dari satu kedai ke satu kedai, kami waze, kami guna google map, akhirnya jumpa.
“Bila ABC siap, sekali lagi, aunty CF bawa kereta macam nak terbang, supaya sampai ke rumah Aafiyah sebelum ais mencair.
Ads
“Tergopoh-gapah tau, kami sampai saja, terus ke dapur, masukkan ABC dalam bekas dan siap terhidang di depan ibu Aafiyah. Aafiyah main-mainkan kami ya, Aafiyah saja mengusik ya? Hahaha.
“Aafiyah sebenarnya nak hirup 2 sudu je, Aafiyah bukan teringin sangat pun. Ibu Aafiyah minum ABC dua sudu saja untuk Aafiyah,” tulisnya.
Rozi pada masa sama turut berdoa agar puteri kesayangan itu membesar sebagai anak solehah.
Ads
“Tak mengapa, itu cerita lucu kami berkhidmat untuk Aafiyah. Setiap kali dapat isyarat daripada ibu Aafiyah, maka melompatlah kami! Hahaha.
“Jadi anak solehah, anak bijak, anak berbakti serta selalu merendah diri. Sejauh mana melangkah, tetap tahu yang benar dan salah, setinggi mana berada, tetap membumi akhlak terbina.
Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa disatukan pada Ogos 2006 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2017 selepas 11 tahun berkahwin.
Foto : Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas personaliti TV, Puan Sri Normala Samsudin ada menyatakan rasa gembira dan terharu apabila diundang sebagai tetamu jemputan untuk program bual bicara, Next To Neelofa yang bersiaran pada Khamis lalu di saluran Astro Ria.
Bekas pengacara rancangan Nona ini memberi pujian terhadap figura yang sangat jelita, Noor Neelofa Mohd Noor.
Selain meluahkan rasa bangga, Normala turut menyifatkan kredibiliti yang dimiliki oleh Neelofa adalah idaman setiap wanita.
“Sejak saya meninggalkan dunia penyiaran, 2004, saya tidak berkesempatan jumpa Lofa. Namun saya spt juga orang lain sentiasa mengikuti perkembangannya. Saya Bangga Kerana dia juga antara pengacara Nona.
“Bangga kerana anak gadis kepada wanita yang saya hormati @noorkartini ini sudah melengkapi segala yang di impikan tiap perempuan seusianya.
“Cantik, Bijak berniaga, berpelajaran tinggi, kaya diusia muda dan popular. Mewarisi wajah kacukan Arab dan jatidiri ibunya yang kuat dan hebat. Semua kredibeliti yang ada pada Lofa adalah idaman tiap wanita.
“Allah sudah tetapkan keistimewaan ini buatnya, MasyaAllah. Saya terharu bercampur hiba, apabila di undang Ke #nexttoneelofa. Serasa mimpi, serasa Allah mengetahui perasaan ini, ingin ke udara ’ bersamanya.
“Akhirnya angan-angan untuk bersiaran bersama Neelofa tercapai jua. TQ Lofa, kemanisan perbualan Dan perkongsian cerita ini Akan di kenang hingga akhir hayat jua.
“Moga Allah sentiasa merahmatimu Dan melindungimu serta keluargamu dik, Amin Amin. YRA.
Dalam perkembangan lain, Normala merupakan salah seorang juri tetap untuk rancangan realiti Ratu Hijabista yang bersiara pada setiap hari Rabu, jam 9 malam di Astro Prima dan Prima HD.
Foto: Instagram Normala Samsudin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Uyaina Arshad yang kini mengacarakan program popular Indonesia, Dangdut Akademi Asia 4 mengakui tersentak dengan komen juri yang menegur gaya pengacaraannya para Jumaat.
Menurut pihak juri, Uyaina sering ‘memotong’ percakapan mereka ketika sedang memberikan komen kepada paserta yang baru selesai membuat persembahan.
Perkara tersebut turut tidak disenangi juri daripada Malaysia, Mas Idayu yang turut memberikan komen pedas kepada pengacara tersebut.
Lantaran itu, diakhir racangan, pihak DAA4 mengumumkan akan menggugurkan Uyaina daripada mengacarakan program tersebut seterusnya dihantar pulang ke Malaysia.
Bagaimanapun, situasi terbabit hanyalah ‘prank’ sempena ulang tahun kelahiran Uyaina yang telah dirancang terlebih dahulu oleh pihak produksi dengan kerjasama para juri.
Menurut Uyaina, ini adalah prank hari lahir yang tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.
“Ini adalah birthday prank yang tidak akan Yana lupakan sampai bila-bila. Terima kasih kepada pihak Indosiar yang cukup Yana sayangi. Ibu Soimah Pancawati dan mummy Mas Idayu bawa watak ibu tiri menjadi sangat,” tulisnya.
Uyaina muncul pengacara Malaysia pertama mengemudi program realiti popular terbitan stesen televisyen (TV) Indonesia bersama tiga hos lain iaitu Irfan Hakim, Ramzi dan Gilang Dirga.
Foto: Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Noor Neelofa selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada Selasa lalu sekitar jam 10.45 malam.
Menurut Neelofa, bayi lelaki yang belum diberikan nama itu kini berada dalam keadaan sihat.
“Tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.
Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.
“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa,” katanya.
Baik Neelofa, suaminya Haris Ismail juga mengharapkan agar permata hati membesar sebagai anak yang soleh.
“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang, amin!
“Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya, Insya-Allah,” katanya lagi.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Neelofa turut memaklumkan mereka bakal berkongsi nama anak keduanya menjelang tujuh hari kelahiran.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Buat julung kalinya, peminat permainan sukan elektronik, Mobile Legend: Bang Bang (MLBB) dan peminat muzik tanah air disatukan dalam sebuah acara besar-besaran iaitu M6 Carnival yang bermula pada Jumaat di Tapak Parkir, KL Sport City, Bukit Jalil.