Susulan status penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menjadi tanda tanya, ahkhirnya pihak syarikat rakaman, FMC Music tampil memberikan kenyataan.

Menurut Pengarah Urusan FMC Music, C.F Ho, Jamal memutuskan untuk menarik diri daripada membuat persembahan menerusi lagu Ku Cuma, duet bersama penyanyi Wany Hasrita di anugerah nyanyian tahunan itu.

“Keputusan Ini Dibuat Berdasarkan…,” – Jamal Abdillah Tarik Diri Ke AJL38, Afieq Shazwan Diumum Pengganti Duet Sama Wany Hasrita

Katanya, pihak FMC Music tidak mempunyai kuasa untuk menghalang keputusan yang dilakukan penyanyi senior berkenaan dan ia telah dipersetujui semua pihak.

IKLAN

“Dengan ini, kami FMC Music syarikat yang menerbitkan lagu Ku Cuma mengesahkan bahawa Datuk Jamal telah menarik diri dari menyertai AJL38 untuk tahun ini.

“Pihak kami tidak dapat berbuat apa apa jika keputusan itu telah dibuat sendiri oleh Datuk Jamal dan dipersetujui oleh pihak penerbitan.

“Sebelum itu, Datuk Jamal sendiri ada memberitahu saya untuk menarik diri, namun, saya mencadangkan agar Datuk Jamal memaklumkan sendiri pada pihak penerbitan AJL kerana perkara ini terletak di luar bidang kuasa kami selaku syarikat yang menerbitkan lagu,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Isnin.

IKLAN

Sehubungan itu, pihak FMC Music turut memaklumkan posisi tersebut akan digantikan penyanyi muda, Afieq Shazwan.

“Keputusan Ini Dibuat Berdasarkan…,” – Jamal Abdillah Tarik Diri Ke AJL38, Afieq Shazwan Diumum Pengganti Duet Sama Wany Hasrita

IKLAN

“Setelah berbincang dengan pencipta lagu Ku Cuma iaitu Ezra Kong, FMC Music bersetuju untuk menamakan penyanyi Afieq Shazwan sebagai pengganti untuk berduet bersama Wany Hasrita.

“Keputusan pemilihan ini dibuat berdasarkan kredibiliti dan kemampuan Afieq. Kami yakin Afieq mampu memberikan persembahan dan kerjasama yang baik dengan Wany Hasrita,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI