Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini, susulan konflik rumah tangga yang dihadapi.
Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, ia dilakukan atas persetujuan ahli keluarga.
“Ya betul… Seperti dinyatakan, saya enggan melengah masa dan mahu memfailkan perceraian segera. Saya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini.
“Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga mentua terlebih dahulu.
Ads
“Mereka menghormati keputusan saya mahu berpisah dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga.
“Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup baharu,” katanya, lapor BH Online.
Ibu kepada dua cahaya mata ini bersyukur keluarga dan keluarga mentua tidak menghalang setiap keputusan yang dibuat.
Ads
“Sebelum ini, saya tidak pernah menyorok apa-apa masalah daripada pengetahuan keluarga. Jadi, mereka faham keadaan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.
“Sudah masa segala-galanya ditamatkan segera. Saya tekad, enggan menoleh ke belakang lagi,” katanya lagi.
Terdahulu pada Khamis, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memberitahu pelakon itu akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua anak, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit drama dan filem, Datuk Ayu Puteh memohon bantuan ramai untuk mengesan pembantu rumahnya yang didakwa telah melarikan diri.
Datuk Ayu atau nama sebenarnya, Normashayu Puteh mendakwa, wanita yang dikenali sebagai Murniati itu dikatakan ‘berlakon’ untuk membuang sampah sebelum bertindak lolos dari kediaman majikan.
“Pembantu rumah lari, Murniati dari Medan (Indonesia). Buat-buat buang sampah. 1 bungkusan sampah dan satu bungkusan bajunya. Pintar…
“Mohon polis atau kawan-kawan segera hubungi saya sekiranya ternampak pembantu inu.
“Siapa-siapa yang melindungi atau menyimpan atau membantu pelarian pembantu rumah saya ini, saya akan ambil tindakan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyendi Instgaram.
Dalam pada itu, Datuk Ayu turut memuat naik perkara sama di Insta stories.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
My Events International dan Absolut Event & Management menerusi pasangan selebriti Ben Ali dan Nadiyah Shahab bakal menganjurkan Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023 (ABXGR23) buat kali kedua yang berlangsung pada 14 hingga 17 April depan.
Teruja menantikan festival bersempena musim perayaan itu, pasangan Ben dan Nadiyah meluahkan rasa syukur apabila sokongan berterusan diterima barisan vendor setiap kali menganjurkan festival seumpamanya.
“Niat kami adalah untuk membantu sebanyak boleh peniaga. Kadang-kadang rasa ralat pun ada, bukan sahaja daripada perspektif bisnes tetapi juga kita kalau boleh nak lebih ramai peniaga turut ambil bahagian. Sebab itulah tahun ini kita buka lebih 200 ‘booth’ berbanding hanya 360 ‘booth’ sahaja tahun lalu.
“Kita nak tolong semua, tapi ia berdasarkan ‘first come first serve’ juga. InsyaAllah kalau selepas ini ada peluang, kami terbuka untuk menerima lebih ramai peniaga, sama-sama membantu kongsi rezeki,” kata Nadiyah.
“Sudah tentu bagi pihak kami, kami rasa teruja sebab sebelum kempen di media sosial, semua ‘booth’ sudah terjual. Malah rakan penaja pun ada tanya sekiranya ada peluang untuk kita buka lebih banyak ruang lain. Tapi kami juga perlu fikirkan soal persaingan barangan jualan.
“Nanti kalaulah ada produk jualan yang hampir sama, risau pulangan jualan vendor itu akan kurang. Sebolehnya kita mahu fikirkan yang terbaik untuk semua pihak. Terhadkan kepada jumlah ‘booth’ tertentu,” kata Ben.
Mereka pada masa sama berbesar hati atas sokongan rakan artis yang turut sama bakal memeriahkan festival yang bakal berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu.
“Tahun ini kita target sekitar 2 juta pengunjung selama empat hari festival. Jumlah itu dikira secara realistik, belum lagi mereka yang datang dengan pengankutan awam, e-hailing dan sebagainya. Kita tak letak jumlah pengunjung merepek-repek, ia dikira secara konservatif.
“Tahun lalu sekitar 1.25 juta pengunjung. Jadi memandangkan ‘booth’ bertambah, secara langsung kita jangka akan lebih ramai yang hadir susulan pelbagai aktiviti menarik yang mengisi slot sepanjang festival seperti konsert, ‘money chamber’, dan sebagainya,” katanya lagi.
Berjalan selama 66 jam tanpa henti sempena menyambut kedatangan bulan Syawal, ABXGR23 bukan sahaja diadakan secara ‘indoor’ tetapi juga ‘outdoor’ dengan Mini Absolut Food Festival yang menyediakan pelbagai menu makanan khas untuk berbuka puasa dan sahur.
Pada masa sama, ABXGR23 tidak ketinggalan menghormati Ramadan dengan menjemput ilmuan tersohor untuk menyampaikan khutbah yang bermakna sebelum berbuka puasa, menghiasi kawasan dewan dengan kata-kata Nabi, menikmati persembahan nasyid sebelum solat terawih Maghrib yang dipimpin Imam, serta bacaan Al-Quran oleh pelajar-pelajar tahfiz.
Festival ABXGR23 juga bakal menganjurkan memasak bubur lambuk beramai-ramai dan pengagihan sebagai inisiatif amal.
Secara rasminya, Coca-Cola Far East Ltd. akan menyertai ABXGR23 sebagai Rakan Minuman Eksklusif – Blue Diamond So Chantique sebagai Rakan Emas, KKMY Group Sdn Bhd sebagai Rakan Gangsa dan disokong oleh Malaysia Furniture Council.
Antara selebriti yang bakal membuka gerai jualan dan beramah mesra bersama peminat di reruai mereka termasuk Aedy Ashraf, Amelia Handerson, Diana Danielle, Rozita Che Wan, Nelydia & Uqasha Senrose, Mira Filzah, Scha Alyahya & Awal Ashaari.
Malah pasangan suami isteri Hairul Azrin & Hanis Zalikha, Amyra Rosli, Meerqeen, Anna Jobling, Fauziah Gous dan Shahz Jaszledan dijangka turut terlibat di dalam festival berkenaan tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Alhamdulillah, selamat melahirkan baby girl 2.8kg pukul 12.01 malam tadi. Malam tadi bila tengok perjuangan, pergelutan dan pengorbanan isteri yang melahirkan zuriat, terasa keinsafan dalam diri.
“Rasa nak bagi dunia dekat dia. Tak nak lukakan hati dia dan tak nak dia kecewa dengan ikap kita tapi itulah kita ni iman senipis kulit bawang kejap je keinsafan tu.
Dah lama sikit lupa la,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon drama Spa Q ini turut memaklumkan dirinya akan terus berusaha sebaik mungkin demi membahagiakan isteri serta keluarganya.
“Apa-apa pun Faz akan buat yang terbaik untuk isteri dan keluarga. Jauhkan la daku dari godaan-godaan yang ada di luar (kita nie bukan kuat sangat😜).
“Yang paling penting Faz akan senantiasa ingat dan hargai segala pengorbanan mu isteriku. Terima kasih kerana menyayangi saya selama ini. Balik nanti saya ada kejutan untuk awak,” kongsinya lagi.
Menj ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Fazren dan isteri.
Sekadar informasi, Fazren dan isterinya, Syarifah Marlina Ashikin telah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata Mohd Rizqin Quwais, Rizqeen Humaira, dan Mohd Rizqin Haqq.
Pasangan ini juga turut mempunyai seorang anak angkat yang kini berusia 10 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fazren Rafi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.