HomeBerita“Kepentingan Saya Adalah Untuk Melindungi Kebajikan Pekerja, Sementara Kami Terus Menilai Pasaran...
“Kepentingan Saya Adalah Untuk Melindungi Kebajikan Pekerja, Sementara Kami Terus Menilai Pasaran Untuk Peluang Yang Ada,” – Neelofa Memperluas Jangkauan Digital Jenama Tudungnya
Jenama tudung Naelofar kini sudah boleh didapati menerusi Shopee, platform e-dagang popular di negara ini.
Melancarkan kedai di Shopee merupakan satu lagi kejayaan bagi Neelofa dalam usaha beliau memperluas jejak digitalnya yang sebelum telah pun berkembang secara global hingga ke Singapura, Indonesia, Dubai, Jerman, UK dan Amerika Syarikat.
Neelofa, selaku pengasas kepada jenama berkenaan berkongsi, kerjasama bersama Shopee tidak harus terbatas pada pasaran tempatan kerana semata-mata kerana Shopee turut boleh didapati di enam buah negara lain, tetapi akan melakukan perkara seterusnya satu langkah pada satu masa.
Pelancaran ini juga dikatakan tepat pada masanya kerana seluruh industri runcit perlu mengubah corak pemikiran dan bersifat tangkas demi menyesuaikandiri dengan perubahan yang disebabkan oleh penularan Covid-19.
“Sebagai pemilik perniagaan, kami memiliki dua pilihan iaitu tunggu dan lihat atau perhati, lakukan perubahan yang sewajarnya dan bertindak secara positif terhadap persekitaran kami.
“Kami memilih untuk melakukan perkara yang kedua dengan membuka peluang baharu dan memperluas saluran penjualan melalui kerjasama kami dengan Shopee.
Ads
“Tidak ada apa-apa yang akan menghalang Naelofar daripada menepati janji kami kepada wanita ketika kami berusaha untuk melahirkan perbezaan dalam hidup mereka dengan memperkasakan mereka dan memberikan keyakinan pada paras rupa mereka sendiri,” katanya.
Optimis terhadap perkara itu, bekas hos MeleTOP ini turut akui kecenderungan pembeli generasi baru kini yang lebih tertumpu kepada pembelian secara salam talian.
“Memandangkan keadaan semasa dan bagaimana pengguna yang muda dan muda di hati kini beralih kepada pembelian atas talian untuk memenuhi keperluan runcit mereka, adalah baik untuk kami memanfaatkan kerancakan dan pangkalan pengguna Shopee bagi memasarkan Koleksi Raya istimewa kami di seluruh negara.
“Secara utamanya, sebagai pemilik perniagaan, kepentingan saya juga adalah untuk melindungi kebajikan pekerja saya sementara kami terus menilai pasaran untuk peluang yang ada,” tambahnya lagi.
Ads
Kedai Rasmi Naelofar di Shopee mempunyai rangkaian tudung yang direka dengan baik dan berpatutan untuk memenuhi setiap pilihan pengguna.
Pengguna boleh mendapatkan hijab yang paling laris oleh jenama ini di kedai termasuk Sport Stretch – Sport Hijab, Go Far Moda, Bell – Instant Shawl, Sofis – Printed Square, Lorea – Printed Square dan Elle – Printed Square.
Selain itu, peminat pastinya teruja untuk mendapatkan Koleksi Raya 2020 jenama ini, yang terdiri daripada rangkaian Raya Printed yang diinspirasikan oleh corak bunga (Elle, Sofis, Lorea) dan rangkaian Raya Solid (Aisa, Bell, Delika) yang dihias dengan Swarovski.
Ads
Menerusi pelancaran imi juga, Neelofa kini menyertai barisan selebriti lain di Shopee Celebrity Squad.
Dilancarkan pada bulan Mei 2018, Shopee Celebrity Squad merupakan platform bagi selebriti untuk mempromosikan dan menjual produk mereka yang direka khas kepada peminat dan pengguna Shopee.
Sambutan diteruskan dengan Jualan Raya Naelofar dari 11 hingga 22 Mei di mana peminat dan pengguna boleh menuntut baucar dari kedai dan menikmati potongan 30% tanpa perbelanjaan minimum, yang dihadkan pada RM30.
“Dengan Shopee, Naelofar juga telah melancarkan beberapa tawaran dan baucar menarik bagi memberikan lebih nilai dan membantu pengguna bersiap sedia untuk Hari Raya yang bermakna.
“Ini mungkin sedikit awal, tetapi saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua,” akhiri Neelofa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas isteri Aliff Aziz, Bella Astillah ada berkongsi beberapa keping video yang seterusnya dikongsikan menerusi Insta Stories di Instagram.
Video tersebut antara lain merupakan pendapatnya mengenai kisah hangat yang sekali lagi terpalit kepada bekas suami, Aliff Aziz.
Pada masa sama, penyanyi ini juga turut menegaskan ibu bapanya tidak pernah mengajar untuk ketawakan orang yang yang sedang ditimpa masalah.
Malah, ibu kepada seorang cahaya mata itu juga turut menambah, tiada salahnya jika dia sebagai bekas isteri memberikan kata-kata semangat buat lelaki yang pernah hidup.
“Assalamualaikum, im not feeling well. Bella ada blok satu komen ni, dia cakap peninglah engkau ni Bella. Kahwin je lah…Macam ni, Bella post tu pun salah ke. Pada Bella tak salah untuk kita bagi kata-kata semangat dan what you expect me to do.
“You want me to kecam ke, ketawa ke…Hahaha padam muka. Astaghfirullah, no mama dan ayah Bella tak pernah besarkan Bella untuk ketawa dengan penderitaan orang lain.” katanya.
Pada masa sama, Bella turut memberitahu kalau ditanya mengenai apakah yang dirasakannya, dia mengakui rasa sedih atas apa yang berlaku.
“Bella rasa macam…kenapa you suka ke tengok orang lain jatuh? Kalau korang bukan semualah hanya segelintir, kalau korang tengok video Aliff dan korang macam tak ada perasaan, rasa happy atau rasa its a joke.
“Sebab kalau korang tanya Bella, Bella ada perasaan and im really-really sad untuk tengok apa yang terjadi kat Aliff sebabnya, we never know sesiapa boleh jadi benda yang sama.
“Why not kita doakan yang baik-baik, kalau tidak kita keep quite je. Betul tak?,” ulas Bella panjang lebar.
Terdahulu, foto Aliff yang memperlihatkan tatu di dada dengan nama Bella tular di media sosial.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean, pada 8 Julai 2017. Pasangan ini berpisah pada 16 Mei lalu.
Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan model, Nabil Mahir menafikan dirinya tidak serius di saat menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih, Sarah Hildebrand seperti yang disangka ramai pihak.
Semuanya gara-gara percintaan yang sudah mencecah tahun kelima hingga ada netizen menganggap lelaki berkenaan sepertinya masih tidak mahu berkahwin.
Ditemui MH, Nabil memberikan penjelasannya.
“Kalau nak dikatakan saya tidak serius mengenai hubungan kami, sebenarnya pada awal hubungan kami pun dia ada bertanya mengenai sejauh mana serius hubungan ini.
“Saya selalu beritahunya kalau saya dalam perhubungan, ia adalah untuk jangka masa panjang.
Maknanya, saya nak kahwin. Kalau saya tidak serius dengan orang itu saya tidak akan habiskan tenaga, komitmen dan apa yang saya ada untuk orang berkenaan. Jadi kalau nak dikata saya tidak serius, tak tahulah nak cakap,” katanya jujur.
Malah kongsi Nabil lagi, dalam usahanya untuk melalui suatu fasa serius dengan Sarah Hildebrand pada ketika itu, dia sudah pun membeli seutas cincin khas buat pelakon berkenaan.
“Awal tahun ini kami ada berbincang mengenai kahwin lagi. Kami ada berbincang mengenainya dan dia ada bertanya apa seterusnya.
Cuma pada ketika itu saya tidak beriya-iya kerana saya sudah sebenarnya sudah belikan dia cincin,” terangnya ketika ditemui di sidang media Asia GT Festival dan Celebrity Bazaar di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan.
Hadir meraikan majlis sebagai hos bagi mempromosikan aktiviti jualan selebriti ketika Asia GT Festival berlangsung, Nabil memberitahu peluang yang diraih merupakan suatu tawaran tepat memandangkan dia sendiri berminat dalam bidang permotoran.
Turut sama terlibat di dalam sesi Celebrity Bazaar yang bakal berlangsung pada 15 hingga 17 Mac depan di Sepang ialah penyanyi Ayu Damit, Ainina Ahmad B, Zakiah Anas, Syanie dan ramai lagi.
Foto: Instagram Nabil Mahir, Sarah Hildebrand
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tarikh 27 Mac hari ini genap menandakan sudah dua tahun pengacara dan usahawan popular Neelofa Mohd Noor bergelar isteri kepada pendakwah bebas, Pu Riz.
Mengabadikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka, Neelofa, 34, memuat naik beberapa foto majlis perkahwinannya yang pernah digelar ‘Wedding of the Year 2021’ di laman Instagram miliknya.
Menulis kapsyen ringkas, “27.3.2021, may this love be blessed till jannah”, posting Neelofa itu menarik perhatian ramai yang sentiasa mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rakan artis dan netizen tidak ketinggalan memberikan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan Neelofa dan Pu Riz atau nama sebenar, Haris Ismail.
Namanya dahulu pernah menjadi tular gara-gara video menangis ditinggalkan kekasih yang dimuat turun memberi impak cukup luar biasa pada dirinya. Namun, sebenarnya ia adalah...