Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sering mendapat perhatian ramai dek kemesraan dan kebahagaian rumahtangga mereka.
Malah, ada ketikanya setiap kapsyen yang ditulis turut menjadi perhatian ramai.
Terbaru, Aeril telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen ‘mengusik’ isterinya itu apabila pelakon wanita itu semacamnya berkehendak mahukan set perabot baru.
“Mcmnilah perempuan kalau mintak sofa baru. Nak sofa baru, kena bg baby baru dulu la…,” tulis Aeril.
Pelakon cantik Uqasha Senrose beberapa hari lalu ada memuat naik sepotong video sedutan lakonannya yang terbaru.
Menerusi video di Instagram itu, kakak kepada Nelydia Senrose sedang melakonkan adegan dirinya yang terpaksa diusung menggunakan stretcher kerana terjatuh akibat terlanggar barangan bengkel.
Turut kelihatan di dalam video berkenaan ialah pelakon Ben Amer dan Lim Jian Wen.
“Dia tak kemas all the tools kat atas lantai. Sepah-sepah mestilah jatuh. Macam mana mahu pakai kaki ni, saya belum kahwin tau,” kata Uqasha sambil menangis.
Sementara menerusi ruangan kapsyen, Uqasha mengakui suaranya bingit demi menjayakan babak tersebut.
Difahamkan, sedutan tersebut merupakan sitkom baru yang dilakonkan perlakon berkenaan. Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 300,000 kali.
Foto: Instagram Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Cukup sinonim dengan imejnya yang berkaca mata hitam. Kian melakar jaya dalam dunia seni, anak muda kelahiran Selangor ini telah merangkul banyak anugerah sepanjang bergelar anak seni sejak kecil lagi.
Lagu Sumpah nyata memberi ruang serta rezeki buatnya dalam dunia seni lokal. Pencapaian terbesarnya setakat ini? Sudah tentu juara utama di Anugerah Juara Lagu ke-34 lalu!
Bintang muda asal Sarawak, Fieya Julia cukup popular menerusi single Perasaanku. Turut bersaing menerusi program Big Stage musim kedua. Fieya baru berusia 22 tahun.
Tahun lalu, bintang ini mendapat penghargaan sebagai Artis Baharu Paling Berpotensi pada acara Anugerah Muzik Asia di Shenzhen, China. Masya baru menginjak usia 21 tahun.
Mula dikenali menerusi lagu Senyum, As’ad mengakui menjadikan Michael Jackson dan Justin Bieber sebagai idolanya. Dia kini mengumpul lebih sejuta juta followers di Instagram.
Terkandas pada konsert minggu kelima Kilauan Emas Selebriti (KES) Sabtu lalu, pelakon drama, Rashdan Baba mengakui dirinya sudah bersedia menerima apa jua keputusan daripada pihak juri.