Penyanyi, Datuk Nora Ariffin telah berkongsi perkembangan terkini dirinya yang kini bergelar isteri kepada Dr. Rushdi Ramli.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin memberitahu dia kini semakin sibuk dengan tugas harian menguruskan keluarga.

Kembali Bergelar Isteri, Datuk Nora Ariffin Cerita Kehidupan Berumah Tangga – “Sibuk Dengan Tugas Harian, Menjalankan Tanggungjawab…” Kembali Bergelar Isteri, Datuk Nora Ariffin Cerita Kehidupan Berumah Tangga – “Sibuk Dengan Tugas Harian, Menjalankan Tanggungjawab…”

“Ramai juga yang bertanya kepada saya kenapa lama tak buat ‘live’, sebenarnya saya memang agak sibuk dengan tugas harian,menjalankan tanggungjawab sebagai ibu, isteri dan juga nenek,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim dengan Di Persimpangan Dilema ini memaklumkan salah seorang anak perempuannya bakal menjalani ujian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bermula hari ini.

Sebagai seorang ibu, Nora berkata dia sangat memahami dengan situasi serta cabaran yang dihadapi oleh anaknya itu.

IKLAN

“Saya juga ingin ambil kesempatan untuk ucapkan semoga berjaya kepada anak saya yang baru mula mengambil ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“InsyaAllah doa dari seorang ibu itu paling makbul, semoga apa yang kita doakan untuk anak-anak kita dimakbulkan.

“Buat masa ini, jangan lah kita beri tekanan kepada anak-anak kita. Saya pasti dan faham dalam keadaan sekarang ini mereka pun tertekan.

IKLAN

“Kita kena sentiasa fikir, minta dan berdoa benda yang baik-baik InsyaAllah yang baik juga akan datang dalam hidup kita,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Sekadar informasi, Nora mengesahkan telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan suaminya, Dr. Rushdi Ramli, sekitar bulan Disember lalu.

Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

IKLAN

Namun, Allahyarham Johan telah meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan sakit jantung.

Kembali Bergelar Isteri, Datuk Nora Ariffin Cerita Kehidupan Berumah Tangga – “Sibuk Dengan Tugas Harian, Menjalankan Tanggungjawab…” Kembali Bergelar Isteri, Datuk Nora Ariffin Cerita Kehidupan Berumah Tangga – “Sibuk Dengan Tugas Harian, Menjalankan Tanggungjawab…”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.


Foto: Instagram Nora Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI