Penyanyi rap Madrizal terkejut dengan insiden kebakaran yang berlaku di MainRoad, Jalan Ampang, Kuala Lumpur malam tadi, yang menjadi lokasi kedai gunting rambut miliknya, Mad’s Barbershop.

Menurut Madrizal, dia mengetahui kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas kira-kira pukul 11 malam itu berlaku sebaik sahaja dia pulang dari Melaka atas urusan bisnes.

Difahamkan, kedai makan yang memusnahkan kedai makan di tingkat bawah lokasi berkenaan turut menyebabkan lot bangunan itu ‘black out’.

“Ketika itu saya baru sahaja sampai di MainRoad setelah selesai menguruskan hal-hal bisnes di cawangan sana.

“Apabila saya lihat peti suis utama (berhampiran kedai makan) ada percikan api, saya terus menjerit minta semua orang di situ keluar dari bangunan itu.

IKLAN

“Tak lama selepas itu, suis utama tersebut terus meletup seperti bom kerana voltannya sangat tinggi. Memang terkejut bila melihat kebakaran berlaku depan mata saya. Rasa takut pun ada.

“Kemudian saya nampak staf saya yang masih berada di kedai dalam keadaan tergamam, berdiri tegak. Mungkin sebab terlalu terkejut, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika itu.

IKLAN

“Saya jerit pada dia, baru dia tersedar dan keluar dari kawasan terbabit sebelum bomba tiba padamkan kebakaran,” katanya.

Madrizal bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila kedai gunting rambutnya terselamat daripada kebakaran.

IKLAN

“Kedai saya selamat. Cuma buat masa ini saya terpaksa tutup operasi selama seminggu. Buat masa ini, saya belum mahu berpindah. Jika saya sendiri rasa terkesan, apatah lagi dengan kedai makan yang terbakar itu.

“Saya dan penyewa kedai di sini menyerahkan hal ini kepada pihak pengurusan. Apa-apa pun, saya harap kejadian sebegini tidak berlaku lagi,” jelasnya yang baru sahaja muncul dengan lagu Mamasita.

Madrizal sebelum ini pernah mencipta nama menerusi lagu Budak Baru Nak Up, Sembang, Potong Tang Corner, Celup dan Besar Kepala.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI