Selebriti popular, Neelofa mendedahkan dia sepatutnya dijangka melahirkan anak sulungnya, Muhammad Bilal sepatutnya bersamaan dengan tarikh lahirnya, hari ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram (IG), isteri kepada pendakwah, Haris Ismail atau PU Riz itu berkongsi sekeping foto sonogram yang diperolehi ketika ujian ultrasound yang tertera ‘estimated date of delivery’ (EDD).
Bagaimanapun, Neelofa yang kini genap 33 tahun menyifatkan aturan Allah SWT itu jauh lebih baik.
“Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia, tapi aturan & waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik.
“Hadiah teristimewa buatku, menjadikanku seorang ibu. Semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah SWT.
“Harta dunia akhirat Abah & Ummi,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, para pengikutnya memberikan dedikasi selamat ulang tahun buat bekas hos MeleTOP ini selain menitipkan doa yang baik-baik buat Neelofa seisi keluarga.
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumahtangga pada 27 Mac 2021 dan mereka selamat menimang cahaya mata pertama 29 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara, Nana Mahazan akui kini sentiasa memberi tumpuan dan fokus untuk memperbaiki dirinya agar menjadi individu yang lebih baik.
Pemilik nama lengkap Nurul Hana Che Mahazan ini memberitahu perkara tersebut sudah menjadi keutamaan buat dirinya kini.
“But sometimes, i care. Kita manusia kan? But as I grow older and hoping wiser, I love to focus on what matters, focus on improving myself.
“Focus on how to be a better servant, focus on learning and focus on becoming a better human being,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nana mengimbau kembali kata pesanan yang pernah disampaikan oleh bapa tercinta kepada dirinya, sebelum ini.
Tambahnya lagi, memberi fokus kepada mencari kesalahan diri sendiri dan orang lain bukan satu langkah yang baik untuk dilakukan.
“Abah pernah pesan, apa org pikir atau cakap pasal kita, it’s not our problem. But apa yg kita fikir pasal diri kita lebih penting.
“Jangan terlalu focus on finding fault, kita or org lain.. Bila tgk or cari salah atau maslaah, itulah yg akan kita dpt. Have a great mid week!,” tulisnya lagi.
Pelakon, Ezzaty Abdullah memaklumkan dirinya kini terpaksa menjalani tempoh berpantang di kediaman ibu bapanya memandangkan rumahnya kini sedang didalam proses renovasi.
Bagaimanapun, khabar duka pula menimpa kedua ibu bapanya selapas mereka dilaporkan positif Covid-19.
Risau akan keselamatan cucunya, kedua ibu bapa Ezzaty memutuskan untuk keluar daripada rumah dan menjalani tempoh kuarantin di rumah neneknya yang terletak di Ampang.
Menurut pelakon drama KL Gangster Underworld ini, dia sememangnya berasa amat bersalah dengan situasi yang harus dilalui oleh kedua ibubapanya itu.
“Ya Allah, serba salah saya terpaksa berpantang di rumah parents sebab rumah saya belum siap. Bersepah dan berhabuk. Bising orang buat kerja lagi.
“Kesian baby saya kalau berpantang di rumah. Dengan tak ada dapur lagi. Tak boleh masak.
“Allah bagi ujian sebab Allah sayang. Parents saya dua-dua positif Covid-19.
“Mula-mula mereka kuarantin di tingkat atas tapi sebab risau dan terlalu sayangkan cucu-cucu, mereka yang keluar dari rumah untuk kuarantin di rumah arwah nenek saya di Ampang sebab tak ade orang di sana,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Azwan Kombos itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Ezzaty turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga ibu bapa serta seluruh ahli keluarganya dapat kembali sembuh dan terhindar daripada wabak Covid-19.
“Sedih, serba salah, terkilan, semua ade. Parents saya pula yg terpaksa keluar dari rumah mereka sendiri.
“Saya risau sangat keadaan anak-anak saya terutama baby saya yang baru dua minggu. Doakan saya dan anak-anak semua sihat dan tidak dijangkiti covid ye.
“Doakan kami semua negatif dan doakan ibu, bapa, nenek, adik dan seluruh ahli keluarga saya yang lain cepat sembuh,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Ezzaty.
Terdahulu, Ezzaty telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 11 Februari lalu.
Sekadar informasi, Azwan dan Ezzaty telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 16 Julai 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ezzaty Abdullah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Muaz Zabir enggan melayan provokasi segelintir pihak yang didakwa memuat naik semula mesej-mesej lamanya bersama aktres dan penyanyi, Bella Astillah, di media sosial.