Selepas selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa tampil berkongsi sekali gus mendedahkan wajah putera sulungnya, Muhammad Bilal untuk tatapan umum, pelbagai komen netizen pula yang muncul.

Dalam ramai yang meluahkan rasa teruja dan menitip kata baik-baik selepas melihat wajah comel Bilal yang kini sudah berusia 9 bulan itu, tidak kurang yang pesimis terhadap perkongsian yang dibuat hos Next To Neelofa itu.

Kesal dengan situasi berkenaan, adik Neelofa iaitu Athisha tampil meluahkan rasa kecewa kerana perkara yang dilakukan sebagai tidak menghormati keputusan kakaknya itu sebelum ini.

“Dia cuma mahukan satu perkara dirahsiakan. Cuma satu sahaja. Kurangnya rasa hormat tak mengejutkan saya lagi,” ciap Atisha di Twitter.

Dia  turut memuat naik beberapa tangkap layar yang memaparkan perbualan mesej ahli keluargan berkenaan isu berkenaan.

IKLAN

Ahli keluarganya turut mendoakan Neelofa dan Haris diberikan kesabaran menghadapi ujian.

“Jahat sungguh orang ni Ya Allah, tapi tiada bandingan sabar Neelofa & Haris. Allah pilih untuk hadap ujian ni, kita pun sedih baca, tapi tak guna nak balas.

“Cara Allah nak angkat darjat mu Haris & Bilal ni, MashaAllah…semoga setiap sabar mu Allah hitung,” tulis mesej yang tertera.

IKLAN

Artikel Berkaitan;

Neelofa ‘Update’ Mengenai Ameera; “Saya Tanya Dia, Tak Keluar Ke?”

“Baik Kita Lagi Doakan Yang Baik-Baik Sebab…,” – Noor Kartini Jawab Isu Tudung Ameera Khan

IKLAN

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang pengguna memuat naik foto Bilal ketika Neelofa dan anaknya itu berada di sebuah premis swasta, baru-baru ini.

Malah lebih teruk ada yang melakukan suntingan terhadap foto sama hingga menimbulkan rasa kecewa di pihak Neelofa. Perkara tersebut dikongsikan menerusi Insta Stories, sebelum ini.

Keluarga Pun Terasa, Atisha Khan Berkongsi; “Jahat Sungguh Ore Ni Ya Allah, Tapi Takdok Bandingan Sabar Neelofa & Haris.”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI