Penyanyi, Nubhan meluahkan rasa kecewa terhadap dakwaan segelintir pihak yang mengatakan isterinya, Afifah Tawfek mengambil keputusan untuk berhenti bekerja sebagai doktor gigi kerana telah ditamatkan kontrak.

Menurut Nubhan, dia menyerahkan seratus peratus kepercayaan kepada isterinya itu untuk menentukan apa sahaja mengenai masa depan kerjayanya dan dia telah pun memutuskan untuk menjadi suri rumah.

“Keluarga Adalah Keutamaan Dia,” – Nafi Berhenti Kerja Sebab Dah Tamat Kontrak, Nubhan Pertahan Keputusan Isteri

“Amboi, sedap mulutnya cakap wife saya tak diseraplah, propa lah, tamat kontrak lah macam-macam lagi. Sejak dia dapat tawaran permanant dan diserap ke kerajaan, saya serahkan 100% pada dia untuk memilih. Alhamdulillah keluarga adalah keutamaan dia.

“Saya tak paksa isteri untuk kerja dan tak paksa dia untuk berhenti kerana keluarga saya adalah tanggungjawab saya. Takpelah, pendapat orang macam-macam.

“Ada yang cakap masa depan isteri saya bakal musnah lah tapi tak fikir ke? Entah-entah masa depan dia makin gemilang lepas ni? Mana tau kan? Sebab kita bukan tuhan,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Bersama entri berkenaan, Nubhan turut dilihat menyertakan surat tawaran isterinya yang diserap untuk bekerja secara tetap sebagai Pegawai Pergigian Gred UG41 bermula Jun yang lalu.

Jelas Nubhan lagi, dia enggan untuk mengambil peduli kata-kata negatif yang dilemparkan oleh segelintir pihak kerana percaya dengan segala rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

IKLAN

“Dulu masa wife saya bekerja, dikatanya aku mengikis duit bini. Sekarang dah tak kerja, meh duit ko aku nak kikis. Dia sebaik perancang, dia juga menentukan rezeki kita masing-masing.

“Ramai yang tau tapi mngkin kurang mengerti. Apa orang-orang ni kurang yakin dengan rezki Allah? Mungkin juga hidup-hidup kalian rasa megah dan bahagia di mata manusia? So go ahead dengan setiap pandangan dan andaian kalian.

“Doakanlah yang baik-baik. Kitakan sesama umatnya dimuka bumi ni. Ilmu tinggi adab tak ada pun tak kemana jugek. Tapi macam mana yang takda ilmu dan takda adab eh? Boleh sesiapa tolong jawabkan? I is konpius ni,” kongsinya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan yang terbaik buat Nubhan dan juga isterinya.

“Keluarga Adalah Keutamaan Dia,” – Nafi Berhenti Kerja Sebab Dah Tamat Kontrak, Nubhan Pertahan Keputusan Isteri “Keluarga Adalah Keutamaan Dia,” – Nafi Berhenti Kerja Sebab Dah Tamat Kontrak, Nubhan Pertahan Keputusan Isteri

Terdahulu, Nubhan dan Afifah telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aafan.

Sumber: Instagram Nubhan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI