
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida pada Jumaat ada berkongsi mengenai rekod pada 25 Mei lalu berkaitan kes harian jangkitan Covid-19 di seluruh dunia.
Menerusi carta yang dikongsi, Malaysia menduduki senarai teratas diikuti Peranchis dan India.
“PERLU KE JADI JUARA DUNIA CARA GINI?,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen beserta emoji, seolah-olah memberikan gambaran kecewa terhadap situasi yang berlaku.
Meninjau ke rungan komen, warga net turut sama berkongsi rasa sedih dan bimbang, selain ada yang mengharapkan agar perlaksaan ‘total lockdown’ mampu memberi impak positif bagi mengekang jangkitan wabak berkenaan terus meninggi.
Setakat Jumaat, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak berkenaan.
Terbaru pada Jumaat malam, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021 depan.
Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, ia antara lain menjelaskan sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.
Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan yang dibuat.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setelah Berhari Tiada Di Rumah, Perjalanan Kali Ini Terasa Sebak…,” – Ebit Lew Menangis

Pendakwah bebas Ebit Lew tidak mampu menahan air mata daripada tumpah apabila dapat melepaskan kerinduan pada keluarga setelah beberapa hari tidak pulang ke rumah.
Jelasnya, perjalanan kali ini terasa sebak dan mengajarnya tentang kehidupan, muhasabah diri dan kerinduan.
“Setelah berhari tiada dirumah. Perjalanan kali ini terasa sebak banyak saya belajar tentang kehidupan dan muhasabah diri dan rindu hadir sampai menangis teresak-esak. Rindunya bidadari. Rindu anak-anak. Anugerah Allah dalam hidup. Ayah kenapa menangis. Rindu sangat pada bidadari dan anak ayah. Rindu ayah sangat. Ayah pun rindu anak-anak ayah.
“Ayah nak jadi baby boleh tak? Nak dukung. Seorang lagi ayah nak terbang. Boleh tak ayah.
“Semua anak berlari rindu nak peluk. Jap ayah mandi bersih-bersih wangi-wangi. Jap-jap yer anakku. Mana pun kita pergi dalam dunia dan apa orang kata. Pelukan bidadari dan anak-anak mengubati segalanya. Nikmat dari Allah.
“Berebut-rebut semua nak kiss ayah dia. Nak hug semua sekali. Rumahku syurgaku
“Bidadari saya walau penat peluk saya dan kata jangan sedih abang, Allah kan ada. Kan dia jaga kita dari dulu sampai bila-bila. Allah punya semua. Nanti kita menangis sama-sama dalam doa-ebitlew,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Terdahulu, menerusi laman Instagram miliknya, Ebit Lew dirakam ada isi masa di Penjara Kajang menghulurkan sumbangan sambil memberi kata-kata semangat buat bantuan dan petugas.
Malah, dia turut turun ke laut menaiki bot bersama Polis Gerakan Marin bagi memberi sumbangan kepada bot nelayan yang ditemui di Pulau Ketam.
Foto : Instagram Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Risaukan Dia, Tak Tahu Pula?,”- Isteri Risau ‘Penyondol’? Hisyam Hamid Nafi Rumah Tangga Bergolak

Pelakon tampan, Hisyam Hamid menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan rumah tangganya kini sedang bergolak susuluan jarang berkongsi tentang keluarganya di media sosial.
Menurut Hisyam, orang luar boleh bercakap dan membuat apa sahaja andaian kerana mereka tidak mengetahui perkara sebenar.
“Mungkin sekarang ini tengah panas isu rumah tangga melibatkan selebriti. Kalau anda boleh lihat ketika ini, saya sedang cuba mengubah imej dan jenama Hisyam Hamid di media sosial.
“Kini, saya mahu ia dilihat lebih profesional dengan memperbanyak perkara-perkara melibatkan kerja. Hal-hal peribadi pula saya banyak kongsikan di
Instagram Stories.
“Jadi, bila orang lain tak mengikuti saya di media sosial dan tak melihat aktiviti saya di Instagram Stories, mereka tidak akan tahu bagaimana kehidupan saya.
“Bila nampak kurang posting dan jarang datang event bersama isteri, seperti biasa mereka akan bangkitkan isu ini untuk diperkatakan. Saya kena pandai bawa diri kerana ini periuk nasi saya,” katanya kepada MH.
Pelakon asal Singapura itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media Anugerah Telenovela ke-9 baru-baru ini.
Dalam pada itu, Hisyam turut mendedahkan ada beberapa pihak yang cuba mendekatinya dengan menghantarkan mesej-mesej di media sosial.
“Macam-macam orang juga yang hantar mesej di platform media sosial. Ada yang tua dan muda. Pada saya, mereka hanya ingin mencuba nasib.
“Pucuk pangkalnya, kita kena berpegang teguh pada prinsip,” ulasnya lagi.
Ditanya adakah timbul kerisauan di hati isterinya selepas banyak isu ‘penyondol’ melibatkan para selebriti, Hisyam merasakan perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
“Dia risau fasal saya. Bila saya risaukan fasal dia, dia tak tahu. Memang selalu begitu sebab kita ini pelakon. Kalau ada orang yang nak cuba mendekati dia pun, boleh jadi juga.
“Hal ini memerlukan dua belah pihak. Kalau tak terjadi pada saya, mungkin boleh terjadi kepada dia atau sesiapa sahaja. Kalau tiada kepercayaan, itu agak susah.
“Saya sudah 10 tahun menjadi pelakon di Malaysia sepenuh masa. Alhamdulillah, belum pernah dikaitkan dengan gosip-gosip seperti ini,” akhirinya.
Terdahulu, Hisyam tercalon bagi dua kategori iaitu Pelakon Lelaki Popular dan Pasangan Serasi Popular di Anugerah Telenovela ke-9.
Sekadar informasi, Hisham berkahwin dengan isteri, Rosmawati Hanafi pada 2006.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua anak, Nurish Syameliah, dan Haydeen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Belum Dapat Dalam Hidup,” – Ifa Raziah Pohon Doa, Impi Tunai Fardhu Haji Dengan Suami

Pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah berhasrat untuk menunaikan haji bersama suami, Mohd Yani tahun depan atau dalm tempoh dua tahun akan datang.
Ifa ketika ditemui di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur menjelaskan, perkara itu (menunaikan haji) bersama suami merupakan salah satu senarai dalam hidupnya yang masih belum tercapai.
“Dalam hidup ini, alhamdulillah saya dah dapat semua. Misalnya, anugerah dalam industri hiburan, kereta, rumah, keluarga yang penyayang dan anak-anak semakin membesar dengan baik dan sihat.
“Cuma satu sahaja iaitu saya rancang kini iaitu untuk menunaikan haji bersama suami.
“Insyallah kalau dijemput sebagai tetamu Allah untuk kerumahNya, saya akan menunaikan haji kerana perkara itu yang saya belum dapat lagi dalam hidup,” katanya kepada MH pada Ahad.
Bintang versatil itu ditemui bersempena dengan majlis ulang tahun hari jadinya, di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Sinonim kini dengan lagu Starlela yang dinyanyikan secara trio bersama Zizi Kirana dan Bella Astillah, Ifa turut meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk menunaikan umrah bersama keluarga awal tahun ini.
“Pada Februari lalu, saya sudah pergi menunaikan umrah bersama suami dan anak dan sekali gus perasaan itu tidak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila.
“Alhamdulillah segala urusan saya dipermudahkan Allah untuk bersama-sama dengan keluarga ke sana dan Insyallah kalau umur panjang, saya dan suami akan pergi haji pula,”akhiri Ifa.
Dalam perkembangan lain, Ifa baru sahaja meraikan ulang tahun hari jadinya yang ke-44 tahun semalam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
View this post on InstagramA post shared by 👑 IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on
View this post on InstagramA post shared by 👑 IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on
View this post on InstagramA post shared by 👑 IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on
View this post on InstagramA post shared by 👑 IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on
Foto : Instagram Ifa Raziah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI