Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah video tular melibatkan beberapa orang selebriti sewaktu ditemu ramah di sebuah program televisyen.
Menerusi temu bual tersebut, pelakon, Fauzi Nawawi dikatakan telah menceritakan semula adegan panas yang yang dilakonkan bersama Raja Farah menerusi filem Anak Halal.
Perkongsian tersebut nyata telah menimbulkan rasa kurang senang di hati segelintir pihak.
Lantaran itu, pelakon, Khir Rahman yang turut bertindak selaku pengacara program berkenaan telah pun tampil membuat permohonan maaf berhubung ‘isu panas’ tersebut.
Jelas Khir, dia sememangnya berasa amat bersyukur kerana permohonan maafnya itu telah pun diterima dan disambut baik oleh Raja Farah serta suaminya.
“Pertamanya syukur Alhamdulillah kerana empunya badan dan suaminya mempunyai hati yang mulia untuk memaafkan keterlanjuran saya.
“Justeru, saya ingin sekali lagi memohon maaf pada beliau dan seluruh keluarga beliau bahawa saya menjadi ‘sauh’ dalam program ini bukan untuk membuka aib sesiapa,” kongsinya.
Ads
Penjelasan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Rock Oo itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Jelas Khir lagi, program tersebut sebenarnya banyak mengetengahkan mengenai pengalaman kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para selebriti sepanjang berkecimpung di dalam dunia seni.
“Sedikit pencerahan: sebagai ‘sauh’, tugas saya dan beberapa teman mengacara adalah untuk mencungkil cerita-cerita yang belum pernah diceritakan oleh tetamu di platform lain (rancangan lain). Ada masa-masanya berjaya dicungkil dan ada masa tidak.
“Kebanyakan tetamu sangat sporting dan telah memberi kerjasama yg baik. Saya percaya mereka yang pernah menonton rancangan ini sangat hargai keterbukaan tetamu dalam berkongsi cerita. Kita ketawa dan menangis bersama menontonnya.
Ads
“Oleh kerana itu saya juga percaya semua pihak bersetuju untuk merakam terlebih dahulu dan bukan dibuat secara langsung. Tujuannya supaya ada bahagian-bahagian / keterlanjuran kata-kata yang boleh ditapis,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Khir turut menambah, sebagai seorang anak seni yang beragama Islam, dia juga sebenarnya tidak bersetuju dengan adegan-adegan panas yang ada kalanya dilakonkan secara keterlaluan.
Malah, dia juga turut berharap agar perkongsian video tersebut dapat dihentikan bagi menjaga nama baik semua pihak.
Ads
“Saya secara peribadi, sebagai pengkarya muslim tak mungkin akan memperlekeh atau meraikan isu yg diperbualkan. Ini kerana saya sendiri sering mempersoalkan isu ini, maksud saya berkenaan babak-babak 18sg/sx dalam pengkaryaan seorang muslim.
“Secara peribadi juga, saya mohon agar penyebaran video tersebut dihentikan serta merta. Saya tak pasti kalau ada pihak yang tidak berpuas hati pada mana-mana pihak.
“Namun penularan video tersebut mesti dihentikan segera. Ada keterlanjuran dan maruah yang perlu kita sama-sama jaga
“Sedikit persoalan : Sepengetahuan saya, kebanyakan tetamu banyak berkongsi kisah nakal dan aib mereka demi menjadi pengajaran buat masyarakat (mengapa yg ini diviralkan) Akhir kata ..BERIBU AMPUN dari saya,” akhirinya.
Terdahulu, Fauzi Nawawi telah pun terlebih dahulu membuat permohonan maaf diatas kekhilafan dan ketelanjuran katanya sewaktu menjadi tetamu di program tersebut.
Sumber: Instagram Khir Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketua pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC), Zaquan Adha Abdul Radzak menitipkan dedikasi indah bersempena dengan ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-37.
Bagaimanapun, ucapan yang dilampirkan dengan video istimewa menerusi Instagram miliknya itu mencuri tumpuan wargamaya apabila turut memuat naik foto ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan ‘positif’.
“Selamat hari jadi sayangku. I doakan Allah makbulkan segala doa you, you seorang isteri dan mummy yang hebat, tak ternilai pengorbanan you dengan duit ringgit.
“Allah sahaja yang dapat balas pengorbanan you. I love u till jannah sayangku(pic last tu hadiah i yang tak seberapa untuk you),” tulis Zaquan di dalam video sama.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada adik kepada aktres Rozita Che Wan ini kini sedang hamil lagi atau ia sekadar ‘throwback’.
Apapun, mendoakan hanya yang baik-baik buat mereka berdua.
Dalam pada itu, Ayu menerusi media sebelum ini mengakui dia senang meletakkan keluarga sebagai keutamaan.
Dia juga gembira dengan anak-anak yang ramai dan dia serta suami juga dibesarkan dengan adik-beradik yang ramai.
Untuk rekod, Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan lima cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq dan bongsu, Muhammad Aisy Al Jibreel.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, mungkin dikenali sebagai seorang pemimpin yang berperwatakan tenang dan berhemah.
Pemergiannya pada 14 April 2025, meninggalkan kesan mendalam kepada ramai rakyat Malaysia yang pernah berada di bawah pemerintahan beliau yang sentiasa mementingkan rakyat serta memastikan kestabilan dalam negara.
Di sebalik wajah lembutnya, tersimpan pelbagai kisah menarik yang membentuk legasi politik beliau. Jom kita selami 10 fakta menarik tentang figura ini:
1. Nama Panggilan: ‘Pak Lah’
Beliau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, gelaran yang menunjukkan rasa hormat rakyat terhadap beliau sebagai seorang pemimpin yang dekat dengan rakyat dan bersifat kebapaan.
2. Cucu Ulama Tersohor
Tun Abdullah merupakan cucu kepada Sheikh Abdullah Badawi Fahim, seorang ulama tersohor dan mufti Pulau Pinang pertama. Latar belakang ini menjelaskan kenapa beliau sentiasa menekankan nilai keislaman dan kesederhanaan dalam dasar pentadbirannya.
3. Lulusan Pengajian Islam dari Universiti Malaya
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya, membuktikan bahawa pendidikan Islam adalah asas penting dalam pembentukan prinsip kepimpinan beliau.
4. Perdana Menteri Pertama dari Pulau Pinang
Pak Lah ialah Perdana Menteri pertama yang berasal dari negeri Pulau Pinang, sekaligus memberi kebanggaan besar kepada rakyat negeri tersebut. Beliau merupakan ahli parlimen Kepala Batas bermula 1978 sehingga 2013.
5. Menang Besar dalam PRU 2004
Dalam Pilihan Raya Umum 2004, beliau mengetuai Barisan Nasional mencapai kemenangan luar biasa, memenangi 198 daripada 219 kerusi Parlimen — antara majoriti terbesar dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
Wajah Pak lah ketika waktu muda. Kredit foto: Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi
6. Pencetus Islam Hadhari
Salah satu inisiatif penting beliau adalah memperkenalkan konsep Islam Hadhari — pendekatan progresif terhadap Islam yang menekankan kemajuan, sains, akhlak, dan tadbir urus baik. Salah satu legasi peningalannya ini dilestarikan di Universiti Kebangsaan Malaysia menerusi Institut Islam Hadhari.
7. Gaya Kepimpinan Lembut Tapi Tegas
Walaupun dikenali sebagai pemimpin yang lembut tutur kata, beliau juga tegas dalam prinsip. Beliau pernah menukar beberapa pendekatan dalam pentadbiran yang diwarisi daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.
8. Mempromosikan Anti-Rasuah dan Ketelusan
Antara keutamaan awal pentadbirannya ialah memerangi rasuah dan meningkatkan ketelusan kerajaan, termasuk mengukuhkan institusi seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
9. Berundur Secara Terhormat
Pada tahun 2009, Tun Abdullah menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak secara teratur dan terhormat — satu langkah yang menunjukkan keikhlasan beliau demi kestabilan parti dan negara.
10. Bergelar Menteri Sebelum Naik Sebagai PM Ke-5
Sebelum bergelar Perdana Menteri pada 2003, beliau terlebih dahulu pernah bergelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86), Menteri Pertahanan (1986-87) dan Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 – Januari 1999).
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas lapan minggu berentap dan mempamerkan kualiti sebagai bintang yang bakal menyinar, finalis Didie Shazry akhirnya dinobatkan selaku juara sulung bagi program realiti terbaharu,...