Ibu mana yang tidak sedih apabila anak ditahan pihak polis. Isteri kepada Shah rukh Khan, Gauri khabarnya bersedih dan ‘berkabung’ sejak Aryan Khan ditahan oleh NCB pada 3 Oktober lalu atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Walaupun pasangan popular Bollywood ini mahu mengikat jamin anak mereka, permintaan itu tidak diluluskan. Aryan Khan dijangka akan ditahan sehingga 20 Oktober ini sehingga pihak mahkamah membuat keputusan semula mengenai permintaan tersebut.

Larang Cef Masak Manisan Selagi Anak Di Dalam Penjara. Isteri Shah Rukh Khan Kecewa Anak Ditahan
Gauri bersama suami dan anak sulungnya.

Dalam laporan Times of India, Gauri dikatakan mengarahkan cef di rumah agamnya yang digelar Mannat untuk tidak memasak sebarang manisan selagi Aryan tidak pulang ke rumah.

Semuanya berlaku apabila cef tersebut memasak manisan jenis kheer (sejenis puding basah yang manis) untuk waktu makan tengah hari dan isteri bintang Bollywod itu terus mengarahkan cef tersebut untuk berhenti memasak.

Dalam perkembangan lain, untuk mengelakkan menimbulkan kekacauan dan menarik perhatian kepada Mannat, Shah Rukh bahkan meminta rakan-rakan baiknya  tidak berkunjung ke kediamannya itu.

Larang Cef Masak Manisan Selagi Anak Di Dalam Penjara. Isteri Shah Rukh Khan Kecewa Anak Ditahan

IKLAN
Larang Cef Masak Manisan Selagi Anak Di Dalam Penjara. Isteri Shah Rukh Khan Kecewa Anak Ditahan
Dari kiri: Aryan Khan, Abram Khan & Suhana Khan.

Menurut sumber, “Shah Rukh Khan berhubung menerusi telefon dengan semua rakan dan rakan industrinya, dan perkara itu telah menjadi tonggak kekuatan yang kuat untuk seluruh keluarganya.

“Dia sangat yakin membiarkan undang-undang itu berjalan lancar dan dalam semua percakapannya, dia menyatakan bahawa dia akan bekerjasama dengan cara apa pun yang diperlukan dalam pendengaran dan siasatan kes Aryan.”

Larang Cef Masak Manisan Selagi Anak Di Dalam Penjara. Isteri Shah Rukh Khan Kecewa Anak Ditahan

IKLAN

Bimbang dengan keadaan anaknya di dalam penjara, Shah Rukh Khan menghantar wang sebanyak RM250 kepada pihak penjara untuk perbelanjaan membeli makanan untuk Aryan.

Sumber: Times of India

 

IKLAN

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI