Bapa kepada pelakon Mia Sara Nasuha iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh tampil memberikan reaksi berhubung isu yang kini sedang tular.
Menzahirkan rasa terima kasih atas keperihatinan semua pihak yang bertanyakan khabar mengenai anaknya, Ridhuan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai situasi yang berlaku.
“Pihak kami belum ada sebarang komen buat masa ini,” katanya, petik Oh! Bulan.
Ridhuan dalam pada itu memaklumkan, anak perempuannya itu berada dalam keadaan baik.
Ads
“Keadaan dia biasa sahaja. Terima kasih kerana bertanya dan mendoakan anak saya,” ujarnya lagi.
Dakwaan Cetus Perhatian
Sebelum ini, Puteri Balqis mendakwa Mia Sarah Nasuha, 21, pernah mengaibkan ibunya, Norashikin Abdul Aziz, sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mental ibunya itu.
Ads
Malah Aqish turut mendakwa, wujud insiden membabitkan perbuatan membuli di set penggambaran beberapa tahun lalu.
Ads
Turut viral di media sosial adalah pendedahan yang mendakwa Mia Sara terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.
Selebriti versatil, Elly Mazlein menyifatkan perkongsian yang diberikan oleh pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun terhadap gaya pemakaian tudungnya yang menutupi bahagian dada sebagai satu doa yang mendorong dirinya untuk terus berusaha menjadi versi diri yang lebih baik.
Menyifatkan coretan kerohanian tersebut sebagai sesuatu yang cukup memberi makna mendalam, Elly atau mesra disapa Kak Lina berkata, ia secara tidak langsung membuatkan dirinya berasa dihargai, khususnya dalam proses penghijrahan yang sedang dilaluinya.
“Apabila menerima pujian daripada seorang agamawan, saya akui berasa sangat terharu. Kata-kata itu bukan sekadar pujian, malah satu doa yang cukup besar maknanya.
“Saya benar-benar bersyukur dan mengucapkan terima kasih. Bagi saya, ia mendorong saya untuk terus berusaha menjadi seorang Muslimah yang lebih baik,” katanya.
Penyanyi lagu Sayap itu berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026 di Jakel Mall Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata berusia 45 tahun itu turut menambah, sokongan yang diterima tidak terhenti di situ apabila dia turut menerima banyak mesej daripada peminat yang mendoakan kebaikan serta istiqamah buat dirinya.
Malah tidak dinafikan ada peminat yang mengakui terinspirasi dengan pemakaian tudung labuh yang sering digayakannya sehingga ia menjadi identiti tersendiri buat dirinya.
“Mereka sudah dapat mengenal pasti itu gaya saya. Malah, ada yang meminta saya menghasilkan tutorial pemakaian.
“Bagi saya, tidak salah untuk berkongsi contoh pemakaian yang baik. Saya melihatnya sebagai satu tanggungjawab dan amat bersyukur atas sokongan yang diberikan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Elly turut merakamkan penghargaan kepada Ustazah Asma’ Harun atas kata-kata yang disifatkannya sebagai suntikan semangat untuknya terus memperbaiki diri.
“Sekali lagi, terima kasih kepada Ustazah Asma’ atas kata-kata yang sangat bermakna. Ia benar-benar menyentuh hati saya,” katanya.
Terdahulu, Ustazah Asma’ memuji penampilan terbaharu Elly yang tampil berhijrah, selain menyatakan rasa tersentuh melihat perubahan figura kesayangan ramai itu.
Beliau turut berharap penghijrahan Elly dapat menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk mendekatkan diri kepada agama dan tidak bertangguh dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sanggup melawan rasa takut demi merealisasikan impiannya untuk naik ke platform yang tinggi dengan menggunakan kren semata-mata untuk melihat suasana sambutan luar biasa penonton ketika Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza: Passion, Sincere & Love malam tadi.
Menurut Siti, dia sebenarnya sudah lama merancang untuk melakukan gimik tersebut di konsert-konsertnya sebelum ini, namun keadaan venue menjadi kekangan.
“Saya mahu naik ke atas platform ini kerana ia sudah lama menjadi impian saya. Saya sanggup naik menggunakan craine ini untuk melihat peminat-peminat saya yang di atas.
“Impian saya ini sebenarnya sudah dirancang sejak konsert-konsert sebelum ini lagi tapi keadaan tak mengizinkan. Jadi, saya simpan impian itu sehinggalah ke Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza.
“Saya tak kira, nak juga naik kren untuk melihat peminat-peminat saya di stadium ini. Akhirnya, ia jadi kenyataan,” katanya.
Tambah Siti lagi, meskipun agak gayat, namun dia percaya seluruh pasukan produksi sudah pun memastikan aspek keselamatan demi merealisasikan gimik tersebut.
“Nak kata gayat, memang gayat. Saya tetap kena fikirkan faktor keselamatan. Alhamdulillah saya ada team yang sentiasa menjaga saya dengan baik.
“Terima kasih kepada anda semua yang telah menyokong saya pada hari ini,” ujarnya.
Terdahulu, Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza: Passion, Sincere & Love menyaksikan kehadiran lebih 65,000 penonton, sekali gus membuktikan keunggulan Siti sebagai penyanyi nombor satu tanah air.
Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu seakan tidak terasa apabila Siti mempersembahkan deretan lagu-lagu popularnya seperti Jerat Percintaan, Purnama Merindu, Dialah Di Hati, Ya Maulai dan banyak lagi.
Konsert tersebut turut digamatkan lagi dengan persembahan duet bersama artis-artis jemputan seperti Umairah, Noh Salleh, Hafiz Suip dan Cakra Khan.
Malah, Siti juga berjaya menghidupkan suasana di SNBJ apabila mengajak kesemua penonton untuk berjoget lambak sewaktu mempersembahkan lagu Balqis, Kesuma, Cindai dan Ya Maulai menerusi segmen Irama Malaysia.
Paling mencuri tumpuan apabila Siti turut mengumumkan konsert berkonsepkan irama tradisional pula selepas ini.
Bagaimanapun, belum ada tarikh spesifik mengenai konsert tersebut dan maklumat lanjut bakal diumumkan kelak.
Di akhir konsert, Siti turut menerima kejutan bersempena sambutan hari lahirnya yang ke-47, hari ini.
Konsert yang meraikan tiga dekad Siti bergelar anak seni itu turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis seperti Ella, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita dan ramai lagi, selain mencatat sejarah sebagai konsert ke-35 sepanjang karier seninya.
Untuk hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Radhi OAG memilih untuk tidak mengambil tindakan balas meskipun namanya dibebaskan daripada pertuduhan menyerang bekas isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri, pada Ogos 2025.
Menurut Radhi atau nama sebenarnya, Muhammad Radhi Razali, dia menganggap insiden tersebut sebagai satu ujian serta hikmah daripada Allah SWT.
“Alhamdulillah, saya menang kes mahkamah sebelum ini. Tiga tahun naik turun mahkamah. Sudah macam pembunuh pula. Namun, saya hanya kekal tenang sebab saya tahu yang saya tidak bersalah.
“Kalau ikutkan saya boleh ambil tindakan balas tapi bila difikirkan semula, saya anggap semua ini adalah ujian.
“Mungkin ini cara Allah nak ajar saya di atas kesilapan-kesilapan terdahulu. Bila saya menang kes ini, saya sangat bersyukur,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Generasiku itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media festival muzik, Metalverse yang berlangsung di Restoran Rebung, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Festival Metalverse yang menampilkan barisan band popular seperti OAG, Bunkface, SOG dan The Red Jumpsuit Apparatus bakal berlangsung pada 31 April dan 1 Mei depan di Megastar Arena, Kuala Lumpur.
Radhi turut menegaskan keputusannya untuk tidak mengambil sebarang tindakan susulan adalah kerana tidak mahu persengketaan dengan bekas isteri berpanjangan.
“Pihak peguam yang mewakili isteri ada menasihati dia untuk buat permohonan maaf terbuka. Saya juga boleh sahaja ambil tindakan saman fitnah disebabkan keterangan palsu.
“Macam-macam tindakan saya boleh buat tapi bila saya fikir semula, kalau macam ini, bila nak habis? Nak kena naik turun mahkamah lagi.
“Pada saya, lebih baik tak payahlah. Lebih baik saya berdiam diri sahaja,” ujarnya lagi.
Tambah Radhi, dia memilih untuk memaafkan dan melupakan segala yang berlaku demi kebaikan keluarga serta anak-anak mereka.
“Walaupun saya dilayan dengan agak ‘brutal’, mungkin bekas isteri ada khilaf bila meluahkan emosi. Saya lihat daripada sudut positif sahaja. Lagi pun dia adalah bekas isteri saya. Dia juga menjaga anak-anak saya.
“Jadi, saya tak memanjangkan lagi kisah ini. Selepas kes itu, hubungan kami menjadi lebih baik. Mungkin dia pun jadi lebih bertenang sebab saya tidak mengambil apa-apa tindakan balas.
“Kalau nak ambil tindakan boleh sangat sebab saya sampai kena masuk lokap. Nasib baik bukan penjara.
“Kalau saya sampai kena masuk penjara, mungkin saya tidak akan berpuas hati. Saya memilih untuk memaafkan dan melupakan,” akhirinya.
Sebelum ini, Radhi didakwa dengan sengaja mencederakan Nur Shahira di Kota Damansara, Selangor pada 19 April 2022.
Radhi dan Nur Shahira mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014, namun bercerai pada Julai 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dramatis Laila Nasir tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan terharu apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun lalu menerusi sebuah majlis tertutup yang...