Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan pemergian tragis bekas bintang kanak-kanak Nickelodeon, Kianna Underwood, yang maut selepas terlibat dalam insiden langgar lari di Brooklyn, New York, pada Jumaat lalu.
Mangsa berusia 33 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Ford Explorer berwarna hitam ketika sedang melintas jalan di kawasan Brownsville, sekitar awal pagi.
Menurut polis New York, kejadian tidak berakhir di situ apabila Kianna dilaporkan dilanggar buat kali kedua oleh sebuah kereta sedan berwarna hitam dan kelabu ketika mangsa terbaring di atas jalan.
Ads
Kedua-dua pemandu terbabit bagaimanapun tidak berhenti untuk menghulurkan bantuan sebaliknya bertindak melarikan diri dari tempat kejadian.
Pihak berkuasa mengesahkan kes itu kini disiasat sebagai kes langgar lari dan sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dilakukan. Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.
Ads
Kianna pernah dikenali sebagai antara wajah muda berbakat dalam industri hiburan Amerika Syarikat, khususnya menerusi penampilannya dalam rancangan komedi sketsa popular Nickelodeon, All That, pada tahun 2005.
Ads
Beliau juga mengisi suara watak Fuchsia Glover dalam siri animasi kanak-kanak Little Bill yang disiarkan dari 1999 hingga 2004. Selain itu Kiana juga pernah mencipta nama di pentas teater apabila terlibat dalam jelajah kebangsaan muzikal Hairspray, membawakan watak Little Inez.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas bertahun dikatakan tidak bertemu, pelakon meningkat naik, Zairi Aziz teruja apabila berpeluang berjumpa secara empat mata dengan kakak yang juga pelakon senior, Nasha Aziz, baru-baru ini.
Menurut Zairi, pertemuan tersebut berlangsung dengan baik dan ia merupakan kali pertama mereka bertegur sapa selepas dia bergiat aktif dalam dunia seni.
“Baru kelmarin kami berjumpa di majlis tayangan gala sebuah filem. Alhamdulillah, pertemuan itu baik-baik sahaja.
“Beliau pun tahu saya sudah bergelar pelakon dan menyokong jalan yang saya pilih ini.
Saya sangat gembira bila kami dapat bertemu.
“Beliau merupakan pelakon legenda. Kami sempat duduk makan bersama dan beliau ada memberikan saya nasihat serta tips untuk terus kekal relavan di dalam industri,” katanya kepada MH.
Zairi berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media dan tayangan perdana siri terbaharu terbitan Viu Original, Kelas Belakang yang berlangsung di TGV KLCC pada Rabu.
Katanya lagi, mereka sebenarnya jarang bertemu kerana kedua-duanya sudah mempunyai jalan dan kehidupan sendiri.
“Ini merupakan pertama kali kami berhubung selepas saya bergelar pelakon. Saya jarang berhubung dengan beliau kerana saya seorang yang pemalu.
“Sebagai keluarga, kami sentiasa menjaga adab dan menghormati antara satu sama lain. Ketika kami berjumpa, beliau sangat mesra dengan saya.
“Namun, saya tetap menjadi diri sendiri sebagai seorang yang introvert. Saya agak pemalu untuk bercakap. Selepas lama berborak, kami jadi makin selesa.
“Beliau juga nasihatkan saya supaya menjaga kualiti kerja dan jangan terlibat dengan cinta lokasi. InshaAllah saya akan pegang kata-kata itu,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Zairi turut memanjatkan doa semoga kakaknya itu sentiasa berjaya dalam apa juga perkara yang dilakukannya.
“Beliau merupakan kakak yang sangat baik. Saya sentiasa doakan beliau sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan urusannya sentiasa dipermudahkan,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Zairi turut menzahirkan rasa syukur apabila namanya kini sudah mula diberikan perhatian oleh para pengarah selepas memenangi program Pencarian Pelakon Drama Sangat.
“Saya sangat berterima kasih dengan TV3, pihak pengursan dan orang-orang di sekeliling sewaktu kerjaya saya baru nak meningkat naik ini.
“Program Drama Sangat itu mengubah perjalanan kerjaya saya. Kini, saya dapat berlakon di dalam sebuah siri terbitan Viu Original pula.
“Sebelum ini, saya pernah muncul dalam filem Banduan. Saya mulakan kerjaya sebagai pelakon lagak ngeri,” akhirinya.
Selain Zairi, antara barisan pelakon yang turut membintangi drama Kelas Belakang ialah Amylia Aidura, Farihin Arnia, Areef Amran dan Ellie Suriaty.
Kelas Belakang bakal mula bersiaran di platform penstriman Viu bermula 8 Januari.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon wanita Malaysia yang dilaporkan hilang sebelum ini, Nadia Kesuma, disahkan telah meninggal dunia akibat sakit jantung ketika berada di Jeddah, Arab Saudi, pada 15 Januari lalu.
Pemergian Allahyarhamah disahkan oleh suaminya, Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah menerusi satu hantaran di media sosial, sekali gus menamatkan kebimbangan keluarga serta rakan-rakan yang sebelum ini menantikan khabar mengenai keberadaan pelakon berkenaan.
Dalam hantaran tersebut, suaminya menggambarkan Allahyarhamah sebagai seorang isteri yang setia, penyayang dan sentiasa memberikan sokongan penuh sepanjang kehidupan berumah tangga mereka.
“Assalamualaikum, dengan perasaan amat sedih dan pilu, saya ingin memaklumkan pemergian isteri tercinta saya, Nadiah Kasumawati binti Abdul Karim, yang meninggal dunia dengan tenang di tanah para anbiya, Jeddah, pada 15 Januari 2026 pukul 8.07 pagi.”
“Semoga Allah mengurniakan keampunan kepadanya. Sayangku, aku akan sentiasa merindui dirimu. Aku bersyukur dapat mengiringimu ke destinasi terakhirmu. Aku mencintaimu dan insya-Allah kita akan bertemu kembali, mudah-mudahan di syurga. Ya Allah, sesungguhnya kami datang daripada-Mu dan kepada-Mu kami kembali,” katanya.
Imbas kembali, Nadia, 50, berada di Jeddah bagi menyertai rombongan umrah dan ziarah bersama sekumpulan jemaah dari Malaysia.
Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak dapat dikesan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, sekali gus mencetuskan kebimbangan apabila gagal dihubungi dan tidak bersama kumpulan bagi penerbangan seterusnya ke London.
Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim dikenali sebagai antara pelakon wanita yang pernah menghiasi kaca televisyen menerusi beberapa naskhah drama tempatan dan filem tempatan.
Antara karya lakonannya seperti Syaitan Munafik, Kudeta, Cinta Bukan Milik Kita dan Manuskrip Cinta Ayana.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Alya Iman sanggup mengurungkan diri di rumah selama enam bulan bagi memberikan sepenuh tumpuan untuk menurunkan berat badan.
Menurut Alya atau nama sebenarnya, Nur Alya Iman Azmil, dia menganggap 2025 sebagai tahun yang agak mencabar dan dia memerlukan ruang untuk kembali menguatkan mental dan fizikalnya.
“2025 merupakan tahun yang agak ‘mellow’ bagi saya. Selama enam bulan, saya hanya duduk di rumah untuk merehatkan mental dan fizikal selain fokus untuk kembalikan berat badan yang ideal.
“Alhamdulillah, rezeki saya pada awal tahun 2025 itu tidak putus. Jadi, saya ada masa untuk berehat seketika dan kembali buat comeback pada tahun 2026.
“Kini, saya nampak jalan itu sudah semakin cerah,” katanya kepada MH.
Alya berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media kempen Ramadan dan Raya TV3, Jwanjih Drama!, baru-baru ini.
Alya bakal muncul menerusi drama terbaharu berjudul, Bila Cinta Menjadi Dosa yang akan ditayangkan bermula 27 Fabuari ini di TV3.
Jelas Alya lagi, dia mengambil keputusan drastik untuk berkurung di rumah kerana terkesan dengan kata-kata segelintir pihak yang sentiasa merendahkan penampilan dan fizikalnya.
“Pada saya, pelakon juga manusia. Kita ada perasaan. Apa yang mereka perkatakan, ia seolah-olah bercakap terus di hadapan muka kita. ‘Alya, awak nampak gemuk’. Ia memang menyakitkan hati.
“Namun, sebagai pelakon, saya faham yang kita memang sentiasa perlu menjaga penampilan serta harus terlihat cantik dan sempurna di hadapan layar.
“Selama enam bulan itu, mental saya agak terkesan disebabkan hanya duduk di rumah untuk kuruskan badan. Namun, saya tetap melihat ia daripada sudut positif.
“Apa yang saya buat ini adalah untuk kebaikkan diri sendiri dan kerjaya. Secara tidak langsung, ia turut memulihkan kesihatan mental saya,” ujarnya.
Dalam masa sama, anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha ini akui bersyukur kerana usaha kerasnya untuk menurutkan berat nyata berbaloi.
“Saya mengamal diet pemakanan dan latihan di gym setiap hati. Saya memang sasar untuk terus menurunkan berat badan lagi. Setakat ini, saya telah menurunkan berat badan banyak 20 kilogram.
“Saya bukannya nak terlalu mengikut beauty standard industri seni. Pada saya, apa yang saya kecapi ketika ini adalah rezeki daripada Allah. Biarlah orang melihat kita ini ada pakej. Wajah cantik dan boleh berlakon.
“Saya tak mahu orang kata kita ini boleh jadi pelakon sebab cantik sahaja. Namun, saya tak cuba puaskan hati orang lain. Saya hanya menjadi diri sendiri.
“Saya bukan seorang yang tergedik-gedik. Rasanya semua orang tahu yang saya agak kasar. Saya kuruskan badan kerana mahu terus kekal berada di dalam industri seni,” katanya lagi.
Ditanya mengenai pandangannya terhadap segelintir pihak yang sanggup mengambil jalan pintas untuk menurunkan berat badan, Alya menyifatkan setiap orang punyai pilihan mereka sendiri dan tahu tentang risiko yang bakal mereka hadapi.
“Saya tak menilai orang lain yang mengambil supplement atau ubat kurus. Itu pilihan masing-masing. Bagi saya, kita cubalah dahulu apa yang terbaik untuk diri kita sendiri.
“Saya sanggup potong gula sampai jadi hypo. Minggu lepas, saya sampai pitam di set penggambaran sehinggakan dihantar ke unit kecemasan. Bacaan gula saya pernah ditahap tiga.
“Bukan setakat ambil ubat-ubatan ini sahaja yang tak sihat, turun berat secara semula jadi juga ada kalanya boleh jadi tidak sihat jika tidak dijaga dengan betul,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Kaka Azraff tampil menjelaskan mengenai beberapa hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads dan dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan peribadinya.