Pelakon dan pelawak, Achey Bocey berkongsi khabar duka apabila memaklumkan bapanya mengembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh Achey menerusi sebuah hantaran yang
dimuat naik di laman Instagram.

“Tiada lagi abah tapi abah tetap dalam diri kami.

“Innalillahiwainnailaihirojiun,” tulisnya.

Ads

Malah, anggota kumpulan Bocey ini turut meluahkan rasa terharu kerana rumah bapanya kini dikunjungi rakan-rakan artis yang lain termasuklah sahabatnya Fad Bocey.

Ads

“Subuh indah teratak abah… kau gagahkan jugak demi semangat aku @fadbocey @syaheeraarahman .

“Tq jugak sahabat2 yang hadir @norazmihasan @tengkuarishh @_ijoy88
Adikku @abe_latte yang tak tido dari semalam. Indah halaman abah pagi ni, luahnya

Dalam pada itu, Achey turut memaklumkan jenazah bapanya itu berkemungkinan bakal dikebumikan selepas Asar bergantung kepada proses pengesahan daripada pihak hospital.

Ads

“Jenazah abah belum sampai lagi atas prosedur pengesahan. Jika cepat dapatlah kami kebumikan jenazah awal. Jika tidak in shaa Allah lepas asar,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berduka cita selain turut mendoakan semoga bapa Achey ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Sumber: Instagram Achey Bocey

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI