Pasangan penyanyi, Syamel, 27, dan Ernie, 28, yang bakal disatukan hari ini, mengambil keberkatan penghulu segala hari itu sebagai tarikh bermakna buat mereka untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Memetik BH Online, majlis akad nikah yang bakal berlangsung di sebuah masjid itu akan diadakan secara tertutup, kira-kira jam 10 pagi dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

“Untuk Akad Nikah, Ia Akan Dilakukan Secara Tertutup Dan…,” – Syamel Kongsi Cerita, Bakal Kahwini Ernie Zakri Hari Ini “Untuk Akad Nikah, Ia Akan Dilakukan Secara Tertutup Dan…,” – Syamel Kongsi Cerita, Bakal Kahwini Ernie Zakri Hari Ini

“Kami pilih Jumaat untuk mengambil keberkatan. Secara kebetulan, hanya tarikh ini sahaja kami tidak sibuk. Sebelum ini, jadual saya dan Ernie sangat padat.

“Jika berjumpa pun sebelum ini, semuanya disebabkan kerja. Sehubungan itu, kami sepakat tidak mengambil sebarang tawaran demi majlis pernikahan kami.

IKLAN

“Untuk majlis akad nikah, ia akan dilakukan secara tertutup dan hanya keluarga terdekat sahaja diundang memandangkan kami perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” kata Syamel seperti yang dipetik.

“Untuk Akad Nikah, Ia Akan Dilakukan Secara Tertutup Dan…,” – Syamel Kongsi Cerita, Bakal Kahwini Ernie Zakri Hari Ini

Penyanyi lagu Hidup Dalam Mati itu berkata, dia juga akan menyerahkan lima dulang hantaran kepada bakal isterinya pada majlis pernikahan itu.

IKLAN

“Saya akan beri Ernie lima dulang hantaran berbalas tujuh. Untuk upacara membatalkan air sembahyang, saya hadiahkan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula kami sepakat untuk merahsiakannya,” katanya lagi.

Bagaimanapun, satu majlis resepsi bertemakan Black Tie akan diadakan pada 3 April depan khusus bagi rakan media dan artis yang banyak memberi sokongan buat mereka berdua.

Terdahulu pada Ogos tahun lalu, keduanya mengikat tali pertunangan selepas saling mengenali secara rapat lebih empat tahun lalu.

IKLAN

Sementara itu, Ernie menerusi Instagram ada memuat naik beberapa foto sekitar majlis malam berinai yang diadakan pada Khamis.

“Untuk Akad Nikah, Ia Akan Dilakukan Secara Tertutup Dan…,” – Syamel Kongsi Cerita, Bakal Kahwini Ernie Zakri Hari Ini “Untuk Akad Nikah, Ia Akan Dilakukan Secara Tertutup Dan…,” – Syamel Kongsi Cerita, Bakal Kahwini Ernie Zakri Hari Ini “Untuk Akad Nikah, Ia Akan Dilakukan Secara Tertutup Dan…,” – Syamel Kongsi Cerita, Bakal Kahwini Ernie Zakri Hari Ini

Sumber, Foto: BH Online, Instagram Ernie Zakri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI