Selebriti versatil, Elly Mazlein sekali lagi diundang sebagai hos bersama Nabil Ahmad menerusi program hiburan, MeleTop pada Selasa.
Di samping menemubual artis undangan seperti kebiasaan, peminat juga turut terhibur melihat gandingan dua bintang yang turut bersama-sama mengendalikan Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim musim kedua.
Menerusi Instagram, Elly yang selesa disapa sebagai Kak Lina turut berkongsi fotonya bersama Nabil sambil mendedahkan pelawak itu ada berkongsi cerita mengenai dunia dan akhirat.
“Bersama Hj Nabil @nabilzira mlm td la dik. Bersama dia banyak dia share hal Dunia yang sementara & akhirat. Tq Haji Nabil.
Ads
“Ya kepom kat London lg .. Nabil dtg singgah tengok kawan-kawan,” tulisnya humor sebagai kapsyen.
Bagaimanapun menerusi ruangan komen, para peminat masih lagi bercerita mengenai perut Elly yang didakwa seperti ‘baby bump’ selain menyatakan wajahnya kian berseri.
Ads
“Nabil dah kantoikan time Muzikal Lawak Superstar. Dah agak dah masa Nabil risau tengok Kak Lina hyper sangat,” tulis seorang peminat.
“Tahniah! Semoga selamat hingga ke akhirnya,” ucap seorang lagi peminat.
“Dah nampak dah baby bump. Berapa bulan dah ni. Moga dipermudahkan dan selamat melahirkan,” kata seorang peminat lainnya.
Ads
“Kak Lina cantik,” puji peminat.
Terdahulu, gelagat Elly yang didakwa sering mengusap perutnya ketika mengacarakan MLS beberapa minggu lalu mencetuskan spekulasi di kalangan netizen yang mendakwa penyanyi lagu Dusta Cinta ini sedang hamil anak kedua.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak Atu Zero menerusi laman Instagram berkongsi sebuah kisah yang cukup menyentuh hati apabila seorang majikan berbangsa Cina memberi kejutan istimewa buat salah seorang pekerjanya.
Menerusi ulang siar daripada sebuah portal, lelaki yang dikenali sebagai Datuk Calvin Khiu, pemilik MK Curtain telah memanggil seorang pekerja yang telah berkhidmat selama 10 tahun dengannya.
“Salam semua
Alhamdulilah
Kalau betul lahh memang terbaik ini cina
Baca sampai tamat
#Repost @lobakmerahmy with @get_repost
“Bagi korang yang familiar dengan Tik Tok, korang mesti kenal dengan seorang bos Cina yang sentiasa viral dengan video Tik Toknya yang menggunakan Bahasa Malaysia.
“Baru-baru ni, bos Cina tersebut memuat naik video Tik Tok terbaru yang menyentuh hati netizen ramai di Twitter. Fuh respect lah bos macam ni!
“Menerusi video tersebut, lelaki Cina bernama Khiu ni telah menjemput seorang pekerjanya yang berbangsa Melayu dan bertanya apakah impian lelaki tersebut dan adakah dia ingin pergi ke Makkah.
“Khiu kemudian membuat kejutan dengan memberi hadiah pakej umrah buat pakcik tersebut.
“Pakcik itu di hujung video mengucapkan terima kasih kepada Khiu dan sentiasa mendoakan kebaikan kepada bosnya.
“Korang mungkin kenal video-video Tik Toknya tapi tak ramai yang tahu Khiu ni sebenarnya bos besar bagi syarikat MK Curtain yang terlibat dalam industri menjual langsir.
“Menerusi siasatan netizen, Khiu ni mempunyai lebih 300 pekerja dan mempunyai pendapatan sebanyak RM40 juta pada tahun 2016 lalu.
“Video ini telah mendapat pujian rata-rata netizen yang sangat suka dengan sikap bos tersebut. Beruntunglah pakcik dapat majikan yang baik hati. Bukan senang tau nak dapat majikan macam tu zaman sekarang ni,” kongsinya.
Ingat lagi tak, ketika awal kemunculan Ruhainies dalam dunia seni tempatan, ada sahaja mulut-mulut yang mengatakan dia hanyalah menumpang tuah wajah yang dikatakan seiras dengan pelakon senior, Nora Danish.
Malah, ada juga yang membayangkan adik kepada pelakon Nur Risteena ini tidak punya bakat besar, sebaliknya hanya bersandar pada pakej fizikal semata.
Namun siapa sangka, kini Ruhainies mempunyai kelompok peminatnya sendiri. Malah, ada di antara drama lakonannya yang meletop dan menjadi buah mulut ramai.
Terkini menerusi Instagram pelakon berkenaan, dia ada berkongsi foto bersama Nora. Keduanya bertemu di majlis berbuka puasa dan pelancaran program raya di Astro bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Selepas melangsungkan majlis pernikahan pada tanggal 23 Jun lalu, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu dan isteri, Watie Hanifiah kini sedang menikmati percutian bulan madu mereka di Pulau Langkawi, Kedah.
Pasangan pengantin baharu ini juga turut berkongsi momen-momen indah ketika di pulau tersebut buat tatapan para pengikut mereka di media sosial.
Malah, menerusi satu perkongsian di laman Instagram pada pagi Isnin, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad akui teruja apabila dapat bermain sukan kegemarannya, golf bersama isteri tercinta buat pertama kalinya.
Bagaimanapun, hantaran tersebut secara tiba-tiba menarik perhatian ramai selepas ada beberapa pihak yang mendakwa ini bukan kali pertama Shuib dan Watie meluangkan masa bermain golf bersama.
Malah, ada juga suara-suara nakal yang mengatakan mereka pernah melihat Shuib bermain golf bersama Watie sebelum arwah isterinya, Siti Sarah meninggal dunia.
Lantaran itu, menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Stories, Shuib menafikan dakwaan tersebut selain turut menyifatkan ia bersifat fitnah.
“Assalamualaikum, saya sengaja buat kapsyen ‘buat pertama kali’ itu sebab memang pertama kali saya bermain golf dengan Watie.
“Jadi, kepada yang komen seakan macam tahu, tanggunglah dosa-dosa itu ye. Memang tidak ada dan inilah kali pertama kami bermain golf,” katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada Shuib, Salamiah Jalani turut mempertahan anaknya itu daripada tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.
“Ya, mama tahu. Masa arwah masih ada, belum pernah sekali pun Manja (Watie) bermain golf dengan Shuib. Inilah baru nampak selepas sah bernikah,” katanya di ruangan komen.
Sementara itu, melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan sikap segelintir pihak yang iri hati dengan kebahagiaan Shuib selepas mendirikan rumah tangga dengan Watie.
“Korang yang komen ni pun, janganlah mengecilkan hati. Anak-anak dia boleh baca ya. Hati-hati.
“Yang tidak sokong itu, mungkin diorang mahu Shuib terus bersedih dan murung. Come on, orang kahwin kot. Benda baik. Tak fahamlah dengan perangai toksik ini. Benda baik pun dibenci.
“Dia berkahwin dengan sesiapa pun itu urusan hidup dia. Sesiapa pun dia pilih, itu pilihan dia dan takdir Allah untuk dia. Bukan curang. Dia kahwin selepas kematian isteri. Famili juga restu dengan pilihan dia. Cukup-cukuplah mengecam.
“Hati-hati bila berkata. Segala yang kita taip akan ditanya di akhirat. Menegur jangan sampai menghina. Moga kita semua terpelihara,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Shuib telah selamat bergelar suami kepada Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dengan hanya sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Subang Jaya.
Sebelum ini, pelawak asal Johor Bahru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengalaman dikhianati oleh bekas pembantu peribadi membuatkan pelakon, Uqasha Senrose serik dan sukar mempercayai orang luar untuk masuk ke dalam kehidupannya.