Selepas dinobatkan sebagai penerima trofi Anugerah Bintang Paling Popular di (ABPBH31) pada 2018, nama penyanyi, Wany Hasrita terus melakar pelbagai kejayaan.
Terbaru, nyanyian duet bersama Datuk Jamal Abdillah, Belenggu Rindu mengungguli tempat ke-3 di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang lalu.
Bagaimanapun apabila bercakap soal peribadi, bintang memilih untuk tidak terlalu berkongsi.
Mengulas mengenai persoalan tersebut, Wany mendedahkan dia akui kini sedang mengenali hati budi seseorang. Namun segalanya masih lagi di peringkat awal.
Jelas penyanyi berusia 29 tahun itu lagi, dia sebolehnya tidak mahu terlalu terbuka kerana banyak perkara yang telah dipelajari daripada rakan-rakan selebriti sebelum ini.
“Sebab belum ada yang pasti pun lagi. Kenapa saya tidak mendedahkan, kerana ia lebih kepada pengalaman diri sendiri dan pengalaman artis-artis yang lain.
“Saya perhati juga dan ambil pembelajaran daripada situ.
“Saya terbuka untuk berkawan dan kini kami masih dalam proses perkenalan. Sebenarnya panjang lagi proses ni. Saya sangat-sangat takut untuk cakap apa-apa.
“Pada ketika ini, ibu pun dah kenal. Bila cakap pasal restu saya pun nervous lagi sebenarnya. Ibu saya pula sangat serius dalam hal ni.
“Yelah saya pun anak tunggal jadi dia mahukan yang terbaik untuk anak dia,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Cinta Khayalan ini berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis pelancaran dan pengenalan duta baru jenama pelitup muka premium, Himaya di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Wany turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya bimbang jika pasangannya diambil orang andai terlalu terbuka bercakap hal cinta.
“Kalau kena caras tu (diambil orang) memang tak baik untuk diri kita. Memang saya redalah kalau berlaku. Terbuka atau tidak itu bukan masalahnya.
“Kalau dah memang ditakdirkan dia diambil orang dan dia pun membenarkan dirinya diambil orang, saya tak boleh nak buat apa-apa.
“Sebagai seorang selebriti, orang luar akan sentiasa melihat kepada kita. Sama ada jadi atau tidak, lebih baik saya diam. Sampai masanya nanti ia akan jadi juga InsyaAllah, jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Wany mendedah dia berasa sangat teruja apabila dipilih sebagai duta baru Himaya kerana sebelum ini dia sering memakai pelitup muka Himaya hasil pemberian daripada duta pertama, Elfira Loy.
Pada edisi kali ini, pelitup muka Himaya telah didatangi dengan seleksi dua warna baru iaitu Blue Lagoon untuk Erra Fazira manakala Wany pula mewakili warna Apricot Dream.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, pada awal perlantikan anggota kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin sebagai duta pusat akademik dan tuisyen PTTI Group Sdn Bhd, ada yang menyambut baik dan sebaliknya.
Ini kerana, sesetengahnya beranggapan, bintang berusia 25 tahun itu tidak layak selain kurang sesuai dengan imej yang dipaparkan seperti memakai gelang emas.
Ditanya sama ada dia sudah berubah setelah memikul mandat sebagai duta PTTI selain pernah menyertai kelas agama bersama kumpulan tabligh di Jerantut, Pahang bulan lalu, ini respon yang diberikan MK;
“Tentang hal itu (tidak mahu memakai gelang emas), doa saja yang baik baik. Yang baik kita jadikan teladan dan buruk pula sebagai sempadan. Saya tak boleh nak kata ya atau tidak, takut memakan diri. Biarlah ia terjadi tanpa perlu dipukul canang.
“Cuma seiring usaha memperbaiki diri, saya cuba jadi lebih baik daripada sebelum ini. Karakter saya dalam dunia hiburan masih sama seperti dulu.
“Pastinya setiap sudut kecaman dan kritikan itu saya akan nilai. Yang mana perlu dielak, saya akan cuba mengelaknya termasuk dalam soal imej diri. Saya tak pernah sempurna.
“Di luar konteks kerja seni hiburan, saya tetap manusia biasa yang mahu mencari keseimbangan hidup,” katanya.
Mengenai apa sahaja kisahnya yang menjadi ruang atau modal kecaman warganet, MK mengakui sudah mulai biasa dengan situasi terbabit.
“Saya anggap rezeki dalam hal apa dikongsi di media sosial tular dan mendapat perhatian. Dikecam itu biasalah. Macam jadi duta PTTI pun saya dipertikai kerana dianggap tak layak.
“Mereka hukum saya tanpa tahu latar belakang akademik saya. Sampai ada anggap saya tak sesuai dek imej yang dipaparkan ketika menjadi artis.
“Apa lebih utama peranan itu buat saya jadi lebih bertanggungjawab. Saya sendiri dapat membentuk diri ini untuk menjadi lebih baik dan berdisiplin.
“Tapi rezeki tak pernah salah alamat. Amanah ini akan dipikul sebaik mungkin,” katanya yang mengikat setahun kontrak bersama PTTI.
Pada masa sama, dia juga akur dan sedar bukan senang untuk memuaskan hati semua orang.
“Dalam hidup ini, saya percaya kita tak boleh nak senangkan atau memuaskan hati semua pihak. Ada yang suka dan sebaliknya. Yang menyukai kita pun belum pasti keikhlasannya. Tapi apa jadi hidup harus diteruskan.
“Macam saya katakan, mungkin imej atau cara saya pantas dihakimi. Iyalah saya tahu ada yang anggap saya menyerlahkan sisi ‘bad boy’. Dan sekaligus dilihat bertentangan dengan visi PTTI yang menekankan hal akademik,” katanya.
Penyanyi yang turut membuat penampilan istimewa dalam lagu Peluang Kedua dendangan Nabila Razali ini berkata, dia pada awalnya sedikit ralat dan sedih apabila ada yang mengecam serta mempertikai pelantikan berkenaan.
“Saya sendiri rasa ada calon lain yang lebih layak berbanding diri ini. Masa nak menerima lamaran PTTI ini pun saya ambil masa untuk menyatakan persetujuan
“Saya percaya PTTI ada sebab dan alasan tersendiri memilih diri ini. Saya percaya dengan adunan pencapaian akademik dan sedikit pengaruh saya, matlamat mereka untuk mendekatkan diri dengan generasi baru iaitu pelajar SPM boleh dicapai,” katanya
Ditanya mengenai latar belakang akademiknya pula, MK sebenarnya mendapat keputusan cemerlang SPM yang didudukinya pada tahun 2013
“Saya mendapat 5A 3B dalam SPM. Saya pernah menuntut dalam pengajian diploma bidang perniagaan di UiTM, Kota Kinabalu, Sabah dari tahun 2012 hingga 2015.
“Secara peribadi, saya anggap keputusan dan tahap pendidikan itu paling baik saya pernah capai. Saya percaya ada yang lebih bagus dan cemerlang.
“Ketika itu memang bersemangat membuktikan kepada keluarga yang saya boleh buat. Alhamdulilah ia menjadi kenangan manis untuk saya kenang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Fana berkata, mereka ada alasan konkrit memilih MK.
“Dalam hidup ini, kita pantas menghukum. ‘Dont judge a book by its cover’. Kami di PTTI ada sebab memilih MK.
“Umum tahu dia ada pengaruh besar dan hebat sebagai anak seni. Lihat saja bagaimana setiap entri di laman sosialnya mendapat perhatian dengan jumlah tanda suka dan tontonan ramai.
“Paling utama dia juga cukup cemerlang dalam bidang akademik. Mendapat keputusan SPM (5 A dan 3 B ) itu saya kira cukup hebat untuk anak muda berjiwa besar sepertinya,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Miera Leyana yang mengumumkan mengenai kehamilan anak pertama yang, lapor Berita Harian.
Usia kandungan Miera atau nama sebenarnya, Miera Leyana Kasmi kini tujuh bulan dan dia turut menzahirkan rasa syukur kerana tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan.
“Saya tiada alahan seperti muntah pada waktu pagi seperti kawan-kawan yang lain. Cuma yang ketara, selera makan makin bertambah. Saya juga tidak mengidam juadah pelik-pelik.
“Cuma lebih kepada teringin hendak makan angin di luar negara seperti London, Paris dan menunaikan umrah,” katanya seperti yang dipetik.
Bercakap mengenai jantina anak yang bakal lahir pula, bintang berusia 27 tahun ini sepakat bersama suami, Rosland Othman untuk tidak mendedahkanya buat masa ini.
“Tunggulah sehingga bayi lahir, baru kami umumkan kepada semua. Kami lebih selesa jantina anak ini menjadi kejutan,” katanya.
Miera sebelum ini sinonim menerusi penampilannya di dalam filem Apokalips X.
Sementara itu, Rosland turut teruja sebaik mendapat tahu isterinya hamil anak sulung mereka.
“Semoga dengan kehadiran cahaya mata pertama kami ini akan menambahkan lagi seri dan kebahagiaan rumah tangga kami,” katanya.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga, Julai tahun lalu.
Foto: Instagram Miera Leyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis teater terkenal, Sabri Yunus tampil memberikan pandangannya berhubung isu tular membabit satu pementasan teater di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang teruk dikecam gara-gara didakwa mempertontonkan adegan kurang sopan.