Personaliti televisyen, Iesya Toh ada memberikan kata-kata semangat buat pelakon, Hannah Delisha yang terpalit dengan kisah sensasi kebelakangan ini.

Jelas Iesya, dia sudah mengenali Hannah sejak bintang Singapura itu masih kecil dan sering kali berhubung melalui media sosial.

Rupanya Sudah Kenal Lama, Eisya Toh Beri Kata Semangat Buat Hannah Delisha, Minta Suami Jaga Baik-Baik Rupanya Sudah Kenal Lama, Eisya Toh Beri Kata Semangat Buat Hannah Delisha, Minta Suami Jaga Baik-Baik

Katanya lagi, mereka juga kerap berkongsi mengenai pelbagai perkara dan Iesya juga memaklumkan dia pernah bertemu dengan Hannah sewaktu menjalani pengambaran di Singapura.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh)

“Assalamualaikum baby @hannahdelisha I hope it’s not too late for me to wish u congratulations.

IKLAN

“Kalau baby masih ingat Kak Sya, kite selalu video messenge on Friendster or MySpace tak ingat dah. Macam-macam kite share! Kadang-kadang kite jumpa bila Kak Sya turun Singapore.

“You ada time Kak Sya shooting my first MTV in Singapore. Ahh you baby lagi. Baby montel yg cantik!,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Iesya menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

Dalam pada itu, Iesya turut berharap agar pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu diberi kekuatan dan ketabahan untuk menempuh dugaan.

Rupanya Sudah Kenal Lama, Eisya Toh Beri Kata Semangat Buat Hannah Delisha, Minta Suami Jaga Baik-Baik

Iesya juga menitipkan pesan buat Imam agar sentiasa menjaga isterinya itu dengan baik kerana menyifat sudah tiba masanya untuk Hannah mengecap kebahagiaan buat dirinya sendiri.

IKLAN

“Sayang, please stay strong! Dah tiba masa untuk you rasa bahagia. You know what I mean.. sentiasa doa pada Allah.

“@imamemy jaga baby elok-elok. she deserves happiness. Love both of you,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa semoga kontroversi yang melanda rumah tangga Hannah dan Imam dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Rupanya Sudah Kenal Lama, Eisya Toh Beri Kata Semangat Buat Hannah Delisha, Minta Suami Jaga Baik-Baik Rupanya Sudah Kenal Lama, Eisya Toh Beri Kata Semangat Buat Hannah Delisha, Minta Suami Jaga Baik-Baik Rupanya Sudah Kenal Lama, Eisya Toh Beri Kata Semangat Buat Hannah Delisha, Minta Suami Jaga Baik-Baik

Sumber: Instagram Iesya Toh & Hannah Delisha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI