Posting terkini penyanyi dan pengacara, Alif Satar menerusi Instagram menimbulkan tanda tanya ramai apabila secara spontan, para peminat termasuk rakan selebriti mengucapkan tahniah buat dirinya dan isteri, Shadila Halid.
Semuanya mungkin gara-gara sekeping kertas yang dipegang pelakon Pengantin Musim Salju itu dengan kapsyen yang bagai memberi makna.
Dikenali apabila pernah dikaitkan dengan pelakon jelita Fasha Sandha tidak lama dulu, Mukhlis Rosdi ada berkongsi kisah percintaan bersama isteri selepas selesai majlis persandingan.
Ulasnya, sewaktu membuat video mengaji, ramai golongan wanita yang ‘follow’ akaun sosialnya dan mengakui terlalu ramai pilihan untuk dijadikan teman istimewa.
“Sambungan… Lepas beberapa bulan bekerja dengan @capriceofficial , buat live mengaji, buat video mengaji, buat kelas mengaji itu ini, sy ni orang lelaki kan, iman selalu diuji ? pantang tengok orang perempuan follow kita, terus buka profile dia nak tengok macam mana pergi dia hahaha.
“Lagi2 time tu memang ramai la permpuan follow kan ? Banyaknyaa pilihan kita hahaha poyo tak? Ok kalau rasa nak muntah sila muntah sekarang ? Tapi hakikatnya macam tu lah. Just nak share dengan korang je ? Kita ni suka la tengok benda2 yang indah kann. Semua orang suka tengok benda cantik sebab itu kan fitrah. Taksalah pun.”
Sudah menjadi fitrah lelaki sukakan sesuatu yang indah, namun dia berdoa agar ditemukan jodoh yang baik dan menutup aurat.
“Then bila lama2 tu cuba2 perbetulkan diri sikit2 hari demi hari utk dapat isteri yang baik, sebab orang cakap kalau nak jodoh yang baik, kita ni sendiri kena baik. In sha Allah akan dikurniakan orang yang baik. Maka misi mencari yang baik diteruskan dengan scroll2 perempuan2 baik.
“Actually sy ni jenis suka tengok perempuan pakai pakaian tutup aurat habis. Pakai handsocks, pakai stokin, tudung tutup dada, baju labuh tutup punggung. Sejuk mata kalau tengok. Semua lelaki macam tu rasanya. Suka tengok benda baik.
“Tapi benda jahat pun suka tengok jugak kan? Lelaki lah katakan. Bila lama2 pasang niat macam tu, tiba2 one day tu papppp noti terkeluar dekat phone ni “@nazreenazurahijb started following you”. First tu takde la excited sangat sebab biasa la kan keluar noti orang follow kita.
“Tapi macam tergerak hati nak buka & tengok sape la budak ni ? First impression buka ig @nazreenazurahijab , blur sikit rasa kepala ni. Sebab dia punya ig tu macam igshop dengan bio dia tulis “tudungbulatstylo”. So sy ni pikir la ni ig personal ke igshop. Pening kita dibuatnya.”
Ulasnya, penampilan isteri ketika itu yang menutup aurat mengikut syariat Islam membuatkannya terbuka hati untuk mengenali dengan lebih rapat.
“Tapi hati ni kuat sangat tertanya2 dia ni ig betul ke ig fake. Kalau ig betul, rasa macam nak sangat kenal dengan dia sebab dia selalu pakai jubah, selalu pakai tudung labuh, selalu pakai baju yang tutup lengan, selalu pakai stokin & pose2 dia tu agak ayu laa. Tapi sesuai la dengan nama dia orang panggil ayu kan ? So time tu just pikir kalau boleh kenal dia memang rasanya boleh pergi lebih jauh…. *bersambung,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, pengasas kosmetik sensasi, Datuk Syukri Aliff Syukri ada berkongsi sepotong video pendek perihal kunjungannya ke sebuah butik terkemuka.
Kisahnya, penyanyi Abang Nak Tegur itu ada mengisi masa di butik mewah, Versace bagi mencari dan memilih beg tangan sebagai suatu bingkisan hadiah buat isteri tersayang, Datin Seri Nur Shahida Rashid.
Meski tidak kisah mengenai rekaan dan jenama, Aliff bagaimanapun cuba memilih hanya yang terbaik buat isteri, sebagaimana yang dikatakannya menerusi video ini;
“Confius.. tolong pilihkan… warna mana paling lawa utk .. sy beli utk wife sy?? nak buat suprise walapun dia x suka saya sukaa..
“Saya nak belikan 2 beg jee.. tpi 3 beg ni lawa smuaa disebbkan wife sy jenis x kesah sy amat suka kalau dia nampak class jadi beg kena class sesuai dgn saya.. biasanya saya belikan 3bulan 2beg,” tulisnya di ruangan komen.
Yang penting, menerusi perbualannya bersama pekerja butik turut tertumpu kepada harga bagi seunit big yang dipilih, hingga ada yang mencecah sekitar RM14,300!
Nampaknya lirik lagu ciptaan selebriti media sosial dan penyanyi Takahara Suiko berjudul Pertahan Maruah Lelaki tular selepas menerima pelbagai bentuk reaksi daripada netizen.
Rata-ratanya membayangkan liriknya seperti ‘sesuatu’ meski gaya nyanyiannya mendapat pujian ramai.
Lirik yang mengandungi lirik berbentuk sindiran kepada golongan lelaki seperti “untuk melemahkan p*n*imu, yang semudah lalang mudah dikawal nafsu” ini agaknya cukup pedas untuk diterima umum.
Mendapat reaksi berbeza dari pengguna media sosial lelaki, ada yang memaklumkan bahawa penjenayah mana ada masa nak dengar dan usah rendahkan martabat perempuan.
“Hahahaha ingat penjenayah nak dengar ke kau nyanyi ni? Kau nyanyi pun samun, rogol, rompak, still ada jugak. Come on, takkan macam ni level perempuan fikir?
Tersentak dengan ‘level’ pemikiran lelaki, Redza Minhat menerusi laman Twitter menjemput netizen untuk turut sama ‘join the bashing party’.
“You are cordially invited to a bashing party of a man (below) who is an embarrassment to the species. Please chip in.”
Lirik yang berkisar kepada kelemahan lelaki menahan nafsu dan stereotaip perempuan lemah tak reti jaga diri membuatkan kaum lelaki naik berang.
Menurut Takahara lagi dalam liriknya, dia meminta lelaki pakai otak sendiri sambil menyelitkan klip rakaman cctv kejadian samun yang berlaku di lif MRT Cheras baru-baru ini.
Foto – Twitter & Instagram Takahara
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.