Sekitar beberapa minggu yang lalu heboh di laman sosial tentang kontroversi yang melibatkan nama pelakon wanita Afifah Nasir dengan seorang pelakon lelaki yang berasal dari Singapura.

Rentetan daripada kontroversi tersebut, Afifah berkata setiap yang terjadi itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk meneruskan kariernya dalam bidang seni.

Menurut satu sumber, Afifah memberitahu bahawa dia kini lebih berhati-hati untuk tidak mudah mempercayai orang sekeliling selepas apa yang sudah berlaku terhadap dirinya.

Karier Seni Afifah Nasir Tidak Terjejas Walau Dilanda Kontroversi

IKLAN

“Kehidupan kena diteruskan dan Alhamdulillah apa yang berlaku tidak mematahkan semangat saya.

 

“Cuma saya perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk saya agar tidak lagi terpalit dengan kontroversi.

 

“Saya semakin matang dan kejadian itu juga banyak mengajar saya agar tidak mudah mempercayai orang disekeliling kita,” ujarnya pada Mstar.

Karier Seni Afifah Nasir Tidak Terjejas Walau Dilanda Kontroversi

Walau dipalit dengan kontroversi panas tempoh hari namun Afifah bersyukur kerana rezekinya tidak terjejas dan masih ada tawaran berlakon untuknya.

IKLAN

“Alhamdulillah karier berjalan seperti biasa dan kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Syurga Yang Kedua,” ujarnya lagi.

Kini Afifah sedang sibuk di lokasi bagi menjalani sesi penggambaran drama Syurga Yang Kedua sebanyak 70 episod bersama nama-nama hebat dalam industri seperti Fasha Sandha, Zarul Husin dan Siti Elizad.

IKLAN

Katanya lagi dia seronok dapat bekerja bersama nama-nama hebat tersebut kerana banyak kata-kata positif dan semangat yang diberikan oleh mereka kepadanya.

Semoga Afifah terus berjaya dalam bidang seni ini dan setiap yang terjadi itu dijadikan sebagai pengajaran agar ianya tidak berlaku lagi di masa akan datang.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI