Baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama 65 episod Dua Takdir Cinta di samping Fasha Sandha, Che Puan Syamim kini mengambil ruang untuk berehat seketika dari terlibat dalam mana-mana penggambaran drama.
Bagaimanapun, dalam masa senggang yang ada, dia masih menerima tawaran sampingan lain selain turut terlibat dalam pengacaraan.
Mulai terjun ke dunia seni selepas dinobatkan sebagai Naib Juara Dewi Remaja 2015, Syamim juga isteri kepada YM Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj akui gembira kerana sehingga kini, suami tercinta memberi galakan penuh terhadap apa yang dilakukannya kini.
“Boleh dikatakan, suami ialah penonton setia dan pengkritik nombor satu saya.
“Dia ada tonton dan mana-mana karektor yang saya bawa misalnya, dia akan beritahu sudah ada peningkatan dan bahagian mana yang perlu diperbaiki lagi.
Ads
“Setakat ini dia macam itulah, bertuah kerana suami seorang yang memahami.
“Cuma ada ketikanya, saya yang rasa bersalah kerana ada penggambaran yang makan masa yang agak lama.
“Terfikir bagaimana keadaannya di rumah. Lama-kelamaan, suami mulai faham dan kami ada berbincang mengenainya,” akuinya lagi.
Ads
Ditanya mengenai apakah pendirian yang diambil pelakon dan hos ini dalam menjaga status sebagai isteri dalam dunia lakonan, Syamim menjelaskan ada beberapa watak yang ditolak.
Pada masa sama, dia juga memilih untuk tidak mengenakan persalinan yang terlalu mencolok mata dalam mana-mana naskhah yang dilakonkan.
“Karektor yang terlalu daring, tak bolehlah. Misalnya sebelum ini, saya pernah dapat watak seperti ‘sugarbaby’ yang ada ‘sugardaddy’.
Ads
“Jadi saya terpaksa tolak cara baik kerana merasakan ia kurang sesuai dengan status saya sebagai isteri.
“Risau juga nanti kalau ada babak-bakak yang agak keterlauan. Begitu juga dalam soal pemakaian, tidaklah boleh terlalu seksi,” terang Syamim jujur.
Dalam perkembangan lain, Syamim dan suami baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat dan momen kenangan mereka turut dikongsinya di media sosial.
Terbaru pelakon Sharifah Amani telah menulis satu twit di akaun Twitter miliknya dengan berkata;
“Dik, jangan comment bukan bukan kat Instagram akak. Akak terus block. Akak dah lama sendu Dik. Tak hadap followers.”
“Rezeki datang dari Tuhan bukan manusia. Akak rajin block orang. So takyah kot nak comment tahpape ngeh. Tengkiu.” tulisnya.
Dik, jangan comment bukan bukan kat Instagram akak. Akak terus block. Akak dah lama sendu Dik. Tak hadap followers. Rezeki datang dari Tuhan bukan manusia. Akak rajin block orang. So takyah kot nak comment tahpape ngeh. Tengkiu. ?♀️
“Saya dalam lapan ke 10 tahun tidak mengambil tawaran berlakon di bulan puasa. Bukan kerana apa sebab bagi saya, pada waktu itulah saya ada masa untuk isi masa bersama keluarga.
Pada masa sama, orang kata boleh fokus buat perkara-perkara amal,” katanya jujur.
Ditanya mengenai persiapan rayanya pula, Nora mengakui tahun ini lebih berserdahana memandangkan dia sedia ada koleksi baju niaganya sendiri, OWL by Nora Danish.
“Saya kan biaga baju koleksi raya sendiri, jadi pastinya saya akan peragaan koleksi berkenaan sepanjang raya nanti. Begitu juga dengan suami, tiada yang beriya-iya.
“Cumanya tahun ini saya lebih teruja untuk anak bongsu, Ney Ney memandangkan dia pun sudah pandai berjalan. Lalu persiapan raya tu akan lebih fokus padanya dan Rayqal,” jelasnya lagi.
Terdahulu Nora ditemui media pada majlis berbuka puasa Astro di Majestic Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pelakon veteran, Mak Wan Latah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meludah bekas pembantu peribadinya ketika kesnya dibacakan di Mahkamah Majistret Taiping, Perak pada Khamis.
Memetik laporan Sinar Harian, Mak Wan Latah atau nama sebenarnya, Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, didakwa dengan sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk menganggu keamanan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kasai, Batu Kurau dalam daerah Larut Matang kira-kira jam 7 malam, 24 Jun lalu.
Mak Wan Latah didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Polis, Inspektor Khoo Thean Heng menawarkan wang jaminan sebanyak RM5,000 mengambil kira status tertuduh.
Bagaimanapun tertuduh yang diwakili Peguam T Selvadoray dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) meminta wang jaminan dikurangkan.
Majistret turut menetapkan 5 September depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ikatan cinta yang dibina sejak 18 tahun lalu kini terlerai buat penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob apabila dia mengesahkan sudah pun bercerai dengan isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz.