Penyanyi Nourul Depp berkongsi paparan mesej perbualan keluarga di laman Instagram miliknya membincangkan perihal jihad ke jalan Allah.
Difahamkan adiknya, Wahida meminta restu keluarga untuk memohon pertukaran bahagian ke Hospital Besar demi membantu pesakit Covid-19.
Menurutnya yang bekerja sebagai jururawat, kekurangan kakitangan menyebabkan ramai staf perubatan terpaksa bekerja lebih masa dan atas faktor itu, dia mahu mengisi ruang bagi mengurangkan beban yang dihadapi kakitangan barisan hadapan lainnya.
“Bila adik kami @anakmisi pun mohon tukaq dari dept hemodialilsis ke GH untuk bantu patient #covid19.
Ads
Ini jihad. Ini pahala. Pergilah kalau itu yang terbaik. Sedih lagu mana tak tau.
“Semoga dipermudahkan. @anakmisi adik bungsu perempuan. Membesaq dalam tangan kami. Tengoklah @kkmm_gov terima ka dak. #stopcovid19#stayhome,” kongsinya.
Tindakan pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill yang mengambil inisiatif memulakan projek amal menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas barisan hadapan hospital turut mendapat perhatian Hatta Dolmat.
Jelasnya menerusi ruang Instagram, tindakan Radzuan disifatkan sebagai contoh terbaik kerana tidak perlu menghebohkan kepada media amal yang dilakukan, sebaliknya terus melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
“Ni contoh paling bagus takde kecoh2 senyap2 je bust kerja, kalau saya ada kat kl bang wan saya dah pi tolong 😭 tapi saya di Melaka ! Abang wan minta tolong Hatta tapi Hatta kt Melaka 😭 Siapa fashion designer or fashion people, dari dok pom pam situ tak kena ini tak kena, pi tolong Dato @radzuanradziwill ni lagi bagus. .
“If orang tanya Hatta siapa idol Fashion Designer idola Hatta, memang dari dulu Hatta akan cakap @radzuanradziwill dari Masa Hatta ambil degree, masa dia busy nak siapkan baju Tokti nak ke royal Albert Hall, dia sudi layan Hatta nak buat interview untuk thesis Hatta tajuk evolusi Kebaya. Sambil dia buat draping baju Tokti nak pergi Albert Hall,” kongsi Hatta.
Dia turut menyatakan bagaimana kemurahan hati dan sikap merendah diri Radzuan walaupun merupakan satu nama besar dalam dunia fesyen tanah air.
“Hatta habis degree Hatta kerja part time dengan Dato buat illustations masa tu (2005 kot) .
“Pastu masa buat house butik kt cheras lagi 2006 kot mcm tu Dato Call suruh ambil mesen jahit dia ada lebih nak bagi dia suruh ambil kalau nak pakai, tapi kita masa tu tak berberapa nak okay sgt financial tak ambil tapi ingatan tu tak boleh lupa. .
“Jumpa la kat mana mana Dato still humble mcm dulu Hatta banyak belajar pasal rendah diri sebab Hatta tengok keperibadian Dato Radzuan and selalu doa nak jadi macam dia sentiasa rendah diri dan baik budi sebab tu orang akan ingat. .
“Moga Allah sentiasa memberkati dan merahmati idola ku ini sepanjang hayat nya dan menyeliputi diri nya dan keluarganya dengan berkat dan kasih sayang mu Ya Allah. Amin ya rabal alamin,” tulisnya panjang lebar.
Pelakon Tasha Shilla akui dirinya sepakat bersama suami, Muhammad Atiq Idris untuk diijabkabulkan di ruang solat Masjid Wilayah, Kuala Lumpur sebagai simbolik pertemuan mereka yang tidak disangka-sangka.
Jelasnya lagi, meski pun perkenalan mereka pada awalnya diatur oleh kenalan rapat, namun keduanya saling bertemu secara tidak sengaja buat kali kedua di lokasi terbabit.
“Jujurnya pertemuan pertama kami diatur oleh rakan baik, akan tetapi pertemuan kedua yang tak dijangka itu di Masjid Wilayah.
“Saya ternampak dia, bertemu di sini di ruang solat yang sama dan saya pilih, beritahu suami mahu dinikahkan di sini.
“Alhamdulillah sebenarnya banyak doa saya sebelum ini dimakbulkan Allah,” katanya sejurus sah bergelar isteri kepada lelaki berusia 33 tahun itu.
Berkongsi perasaan sejurus selesai akad nikah, bintang Kamar Kamariah itu memanjatkan rasa syukur kerana berjodohan dengan insan beriman yang didambakan selama ini.
“Syukur alhamdulillah, impian menjadi nyata. Berkat doa semua yang mahu melihat saya mendirikan rumah tangga, akhirnya saya bertemu dengan suami, seorang lelaki beriman yang sayangi dan terima diri seadanya.
“Saya gembira di sampingnya. Alhamdulillah kita berjaya lakukannya bersama. Terima kasih buat semua yang hadir dan seterusnya mendoakan yang baik-baik buat kami,” katanya lagi.
Bercerita mengenai perancangan bulan madu, pasangan yang awalnya mengikat tali pertunangan 23 Februari lalu ini merancang menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Setakat ini, kami ada rancang untuk bulan madu di Mekah. Cuna atas isu semasa yang berlaku, mungkin kami akan melancong di dalam negara terlebih dahulu.
“Kami ambil cuti lebih sebulan untuk fokus dalam proses persiapan perkahwinan.
“InsyaAllah kami mungkin bercuti di dalam negara kira-kira seminggu sebelum masing-masing fokus pada kerjaya,” akui Tasha.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis ringkas di Masjid Wilayah kira-kira jam 9.59 pagi, 28 Februari lalu.
Pasangan tersebut dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali dan disaksikan Imam Besar masjid berkenaan, Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni.
Pada majlis itu juga, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diserahkan kedua pihak. Manakala, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Keduanya turut diraikan dalam satu majlis resepsi pada sebelah malam hari sama.
Sebagaimana kebanyakkan pengguna media sosial lainnya, penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat juga tidak melepaskan peluang menyahut cabaran terkini, #UntilTomorrow.
Memuat naik beberapa keping foto serta video lamanya kira-kira enam tahun dulu, perkongsian penyanyi Better Than You ini nyata mencuit hati ramai, khasnya peminat bintang popular berkenaan.
“Aib! 2014 lagi Nah! #UntilTomorrowChallenge yang tidak tidak. Dengan takde suara sibuk nak nyanyi bunyi macam cerek dah panas.
“Macam Garfield pun ada. Aib! Jap tengah scroll lagi. Apa benda yang saya buat ni.
“Persoalannya : Tu kening ke lintah ya AJ?
“Awaa saia ta kuad. Muahciked! Legend!!! Haha!,” tulisnya pada satu entri.
Dalam pada itu, para peminat dilihat turut sama memberikan reaksi, terhibur dengan gelagat serta penampilan bintang ini pada zaman awal remajanya.
Dalam perkembangan lain, Ayda baru sahaja melancarkan lagu dan muzik video Duduk Diam Diam bersempena tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di negara ini sehingga 14 April depan.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.