Suhaimi Saad yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam direhatkan daripada menjayakan Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM yang bakal berlangsung di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 20 April ini depan.

Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira segenap sudut pandangan selain keperlian demi kelangsubgan penganjurang konsert amal itu.

Wakil penganjur yang juga pengarah KGM Event, Mahmud Fahrurrazey turut menambah, pihaknya sedia maklum mengenai kontroversi melanda Suhaimi berhubung beberapa kenyataan yang berbaur provokasi sehingga bukan saja menerima reaksi kurang senang dalam kalangan netizen malah turut mendapat liputan meluas di media massa.

“Kami sedia maklum mengenai kontroversi yang melanda Suhaimi Saad berhubung isu beberapa kenyataan beliau yang berbaur provokasi sehingga bukan sahaja menerima reaksi kurang senang di kalangan netizen malah turut mendapat liputan meluas di media massa.

“Selaku penganjur ‘Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM, kami berasa amat kesal perkara ini menjadi isu yang sangat besar sehingga mencetuskan perang mulut yang melibatkan ramai pihak dan Suhaimi Saad sendiri yang sangat kami hormati secara peribadi.

“Bagi menjawab pertanyaan media, kami sebagai penganjur berpendirian, kontroversi ini pada mulanya dilihat sebagai isu kecil yang tercetus daripada keterlanjuran khilaf yang mungkin tidak disengajakan atas kapasiti peribadi. Ia tidak sedikitpun mengurangkan keyakinan kami untuk bergandingan dengan beliau bagi menjayakan penganjuran konsert amal ini,” katanya.

IKLAN

Bagaimanapun, pihaknya yang sedia mengenali sikap penyanyi tersebut yang cukup komited di dalam menyokong sebarang program berkaitan.

“Untuk pengetahuan semua, sepanjang bekerjasama dengan Suhaimi Saad, kami mengenali karekter beliau sebagai seorang yang sangat komited dalam menyokong sebarang program yang berunsurkan dakwah dalam memperjuangkan irama nasyid.

“Beliau juga kami sifatkan sebagai seorang artis yang memiliki karisma dan berbakat besar.

IKLAN

“Pihak kami ada berhubung dengan beliau baru-baru ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi yang melanda selain untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai pembabitan beliau dalam konsert ini.

“Setelah mengambil kira segenap sudut pandangan dan keperluan demi kelangsungan penganjuran konsert amal ini di masa akan datang, kami bersepakat untuk merehatkan Suhaimi Saad daripada konsert kali ini.

“Keputusan ini juga diambil untuk memberi sedikit ruang kepada beliau atas persetujuan bersama dengan kedua belah pihak setelah berbincang dengan teliti.

IKLAN

“Kami menyerahkan kepada kebijaksanaan dan kematangan Suhaimi Saad sendiri untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dengan penuh berhemah dan integriti. Kami sangat optimis dan berharap agar segala salah faham yang terjadi dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat. InsyAllah,” jelasnya lagi.

Terdahulu, kumpulan nasyid yang bakal membuat persembahan menerusi konsert amal berkenaan adalah seperti Hijjaz, Inteam, UNIC dan Mestica.

Turut sama, persembahan bekas anggota kumpulan nasyid yang kini aktif bergerak secara solo iaitu seperti Fitri Haris, Hafiz Hamidun dan Fadzli Aziz.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI