Gabungan unik antara muzik rock, hip hop, reggae dan ska bakal bersatu di dalam satu konsert apabila Ella bersama tujuh lagi band terkemuka tempatan bakal menghangatkan Konsert Haus Boom Music 2019 pada 10 November depan.

Bakal mengambil tempat di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), Ratu rock bersama barisan band terkenal seperti Hujan, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, K-Clique dan Budak Nakal Hujung Simpang itu bakal menghiburkan penonton bermula dari 4 petang sehingga 10 malam.

“Kami Percaya Konsert Ini Akan Cetus Fenomena Sekali Gus Mencatat Sejarah,” – Ella, Hujan, Bunkface, & K-Clique Bersatu Dalam Konsert Haus Boom Music 2019

Penganjurnya, Azri Zahier Azmi menjelaskan, konsert berskala besar yang julung kali diadakan itu diharapkan dapat menarik seramai mungkin pencinta muzik lokal terutama golongan muda untuk sama-sama meraikan genre muzik pelbagai dalam satu persembahan itu.

IKLAN

“Hampir setiap tahun kami menganjurkan konsert, cuma kali ini ia akan berlangsung dengan kapasiti yang lebih besar dan meriah.

“Apa yang pasti, gabungan ini sememangnya ditunggu-tunggu ramai selepas kami mengambil kira setiap maklum balas peminat dan pencipta muzik yang menginginkan artis kegemaran mereka bersatu di atas satu pentas.

“Kami Percaya Konsert Ini Akan Cetus Fenomena Sekali Gus Mencatat Sejarah,” – Ella, Hujan, Bunkface, & K-Clique Bersatu Dalam Konsert Haus Boom Music 2019

IKLAN

“Pihak kami teruja apabila gabungan ini dapat disatukan. Kami percaya konsert ini akan mencetuskan fenomena tersendiri sekali gus mencatat sejarah indah dalam diri setiap penonton yang hadir nanti.

“Justeru pihak kami ingin mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama hadir dan menyokong industri seni muzik tempatan. Siapa lagi akan menyokong bakat seni tempatan jika bukan rakyat Malaysia sendiri,” katanya yang membayangkan konsert yang tidak mengenakan caj bayaran masuk mahal itu mampu menarik lebih 7000 penonton.

IKLAN

Harga jualan tiket bermula dari RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone) dan tiket akan dibuka untuk jualan hanya melalui aplikasi TicketApps bermula Jumaat, 18 Oktober depan.

“Kami Percaya Konsert Ini Akan Cetus Fenomena Sekali Gus Mencatat Sejarah,” – Ella, Hujan, Bunkface, & K-Clique Bersatu Dalam Konsert Haus Boom Music 2019

“Kami Percaya Konsert Ini Akan Cetus Fenomena Sekali Gus Mencatat Sejarah,” – Ella, Hujan, Bunkface, & K-Clique Bersatu Dalam Konsert Haus Boom Music 2019

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI