“Saya bertuah kerana tunang banyak membantu uruskan soal persiapan kahwin. Itu kata pelakon dan model, Ikmal Amry mengenai perkembangan dalam menjelang hari bahagianya tidak lama lagi.
Mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan, Najla Shamsul pada Hari Raya Ketiga lalu, finalis Hero Remaja sezaman Alif Muhaimin itu turut berkongsi tarikh mereka akan diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri.
“InsyaAllah kalau diizinkan, kami rancang untuk kahwin pada 19 Disember ini di kediaman pihak perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
“Sementara majlis belah saya akan dilangsungkan pada 27 Disember di Subang, Selangor.
“Kami hanya anjurkan dua majlis bersempena dengan hari bahagia kami, moga dipermudahkan,” jelasnya kepada MH.
Mengakui buat persiapan pada diri sendiri sebagai persediaan menjadi suami yang baik, bintang Puteri Yang Ditukar itu bertanya mengenai perkara tersebut kepada rakan yang sudah beristeri.
“Kalau nak dikongsikan mengenai persiapan saya untuk bergelar suami, ia banyak tertumpu daripada segi rohani.
“Misalnya, mulai ‘rajin’ sembahyang dan ingati kembali apa yang pernah dipelajari sebelum ini ketika mengikuti pengajian di Maahad Tahfiz, bagaimana untuk menjadi lelaki yang lebih baik dan sebagainya.
Ads
“Soal kewangan kami bila berkahwin nanti, saya tidak terlalu risau kerana saya percaya, Dia akan tolong umatNya yang mahu melakukan kebaikan.
“Cuma saya lebih ‘risaukan’ soal diri saya. Bukan senang untuk ambil amanah menjaga anak orang.
“Pada masa sama, saya juga ada bertanya dengan rakan-rakan yang sudah pun berumah tangga.
“Minta pandangan mereka bagaimana cara hidup selepas kahwin, persiapan, cabaran dan macam-macam lagi.
Ads
“Ada yang memberikan nasihat untuk terokai juga dunia lain selain hanya berlakon semata-mata,” katanya.
Sementara itu, Najla yang juga bintang media sosial menyifatkan Ikmal sebagai lelaki yang serasi dengan kedua ibu bapanya.
“Ikmal Amry seorang lelaki yang baik, suka tolong orang dan senang bergaul dengan ibu bapa saya. Mereka rapat dan itu membuatkan saya tertarik dengannya,” akuinya.
Ditanya mengenai kerisauannya terhadap persepsi populariti mulai menurun selepas bergelar suami orang, bintang berusia 26 tahun ini mempunyai pandangannya sendiri.
Ads
“Jujurnya saya merasakan diri saya kian dikenali sejak mula timbul kisah saya yang mahu berkahwin.
“Banyak tawaran lakonan yang datang, termasuk dua filem yang akan mulakan penggambaran Oktober depan.
“Rezeki itu datang daripada Allah SWT. Jadi saya tidak perlu risau soal saham akan jatuh bila sudah berkahwin.
“Bahkan kalau kita lihat, pelakon yang meningkat naik namanya pun kebanyakannya di kalangan mereka yang sudah berumah tangga.
“Saya rasalah, lagi keinginan saya untuk berkahwin, makin banyak rezeki yang Allah curahkan.
“Memang kita tidak tahu apa yang akan beraku bila kami sudah berkahwin dan sebagainya. Apa pun, saya percaya kepada rezeki,” akhirinya.
Terdahulu, Ikmal ditemui pada majlis Sidang Media & Menandatangani kontrak Perjanjian Absolut Talents & Management di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dakwaan rumah tangganya bermasalah sebagaimana yang digembar-gemburkan semua pihak.
Hasil tinjauan MH, keduanya sudah tidak saling mengikuti isterinya lagi, Datin Seri Shahida di Instagram.
Aliff, 33, menjelaskan, hubungan rumah tangganya bersama isteri baik-baik sahaja.
“Tak ada apa-apa yang berlaku antara kami, kami bahagia. Saya bahagia dengan perkahwinan, dengan anak-anak saya…kami bahagia.
“Saya tak nak sentuh mengenai keluarga saya,” katanya ketika ditemui sewaktu sidang media pelancaran lagu Cuba Bahagia di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Sementara itu, Aliff mengambil pendirian untuk tidak mengulas mengenai kedua-duanya yang tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing .
“Tiada komen,” jawab Aliff ringkas.
Terdahulu, hubungan rumah tangga pasangan usahawan itu dikatakan bermasalah selepas kedua-duanya sudah tidak mengikuti antara satu sama lain di Instagram.
Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila lagu terbarunya, Cuba Bahagia yang dilancarkan hari ini, yang mengisahkan mengenai dirinya yang mengimpikan kebahagiaan.
Aliff pada sidang bagaimanapun mengakui lagu itu menggambarkan perasaan yang benar-benar sedih dengan apa yang dilalui ketika lirik lagu tersebut ditulis beberapa bulan lalu.
“Dulu saya gembira, sekarang saya tak bahagia. Bahagia itu subjektif. Ada orang kaya bahagia, ada kerjaya bahagia, dapat hadiah bahagia.
“Pada masa sama, lagu ini bukan ditujukan kepada isteri atau keluarga, sebaliknya untuk pendengar yang sedang berdepan dengan masalah kebahagiaan.
“Apa pun, saya nak bahagia dengan anak dan keluarga,” luahnya jujur.
Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa kontroversi kebelakangan sehingga menerima kecaman warga maya.
Terdahulu, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan lima cahaya mata serta turut mengambil seorang anak angkat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Anzalna Nasir ada berkongsi cerita mengenai sikap suaminya, Mohd Hanif di akaun media sosial Instagram miliknya.
Difahamkan, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir menyambut hari ulang tahun kelahirannya, hari ini yang ke-32.
Lalu, aktres cantik ini mendedahkan sikap romantik suaminya ketika hari jadinya.
“Segalanya berubah bila ada @mohamadeidreesDulu, mesti tunggu sampai 12 midnight sebab nak celebrate birthday.
“Semalam, 9am dah tidur sebab kena berjaga malam susukan anak. I am not complaining tapi sangat bersyukur. @mohamadeidrees la yang ditunggu-tunggu selama ni.
“Last night Hanif woke me up, kissed me on my forehead and wished me birthday tapi I pura-pura mengigau! Hahahahahahhahahahaha #9thJan,” tulisnya.
Di samping itu, rata-rata peminat mendoakan agar Anzalan dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sempena hari jadinya yang ke-31 tahun.
Sekadar informasi, Anzalna telah dilahirkan pada 9 Januari 1988 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik.
Anzalna dan mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamad Eidrees pada 31 Mei lalu di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Norman Hakim mengakui reaksinya di dalam video tular yang dikongsikan menerusi TikTok bersama isterinya, Memey Suhaiza baru-baru ini bukan dibuat-buat.
Norman berkata, ia berlaku tanpa dirancang dan dia akui menerima reaksi pelbagai daripada netizen susulan video berkenaan.
“Ia berlaku secara spontan. Mereka kreatif dari berikan sudut pandangan (komen). Saya pun tak tahu nak kategorikan komen-komen itu sebagai apa.
“Tapi kita dapat bayangkanlah bagaimana mereka punya persepsi. Sudah tentulah ekspresi saya ketika itu tidak boleh nak menipu.
“Apa boleh buat, terima sahajalah, reda,” katanya kepada MH.
Mengulas mengenai reaksi netizen, bintang filem Pasrah ini terbuka dan menyerahkan kepada masing-masing untuk menilai sesuatu perkara.
“Komen-komen yang ditinggalkan itu memang di luar bidang kuasa kita. Malah saya sendiri kalau komen yang terlalu banyak, pun tak sempat nak baca semua.
“Terpulang kepada masing-masing punya persepsi,” katanya lagi.
Terdahulu, menerusi video berdurasi 11 saat itu, Norman yang dilihat sedang duduk di atas sofa sambil bermain telefon tiba-tiba ‘diterkam’ Memey yang terus duduk di atasnya.
Menarik perhatian ramai apabila melihat reaksi susulan ekspresi spontan yang diberikan aktor berbadan sasa itu yang terkejut.
“Dia main henyak je tak bagi Salam. Nasib baik sayang,” tulis Norman di ruang kapsyen pada video berkenaan.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 8 juta tontonan bersama ribuan reaksi yang ditinggalkan netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.