Penyanyi yang mencipta nama melalui lagu duet Khai Bahar, Rahsia Kita telah selamat bergelar isteri Luqmanul Haqim, semalam.
Majlis akad nikah itu diadakan secara kecil-kecilan di surau berhampiran kediaman keluarga Fatin di Seremban, Negeri Sembilan.
Perkara itu dikongsikan penyanyi berusia 24 tahun itu di Instagramnya.
“Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya sah menjadi isteri @luqmanul_93 🥰♥️ terimakasih yang hadir maaf kalau ada kekurangan dan juga pada yg tidak di jemput. sbb kami buat majlis nikah kecil2 sahaja.
“In shaa Allah tahun dpn majlis saya akan jemput.Doakan untuk kami smoga hbungan ini kekal,” tulisnya sambil disertakan video upacara majlis akad nikah.
Pelakon Adeline Tsen ada memberi reaksi apabila kerap kali dipersoal netizen berkenaan dengan penampilannya yang disifatkan seksi.
Kata bintang berusia 33 tahun ini kepada MH, dirinya ada alasan tersendiri lebih-lebih lagi apabila fizikalnya yang kini lebih kurus berbanding sebelumnya.
“Bila sudah kurus tu saya rasa lebih yakin. Pada masa sama saya pun mahu amalkan gaya hidup sihat. Kita ni semakin berusia jadi semua itu perlu diambil kira.
“Penampilan seksi ni sebab I tak nak nampak I tua… Kalau boleh. Orang pun tak pernah rasa saya ni berusia 30-an, mereka ingat saya seperti 20-an sahaja. Sebab penampilan diri itulah.
“Soal pemakaian, ia biarlah bersesuai dengan majlis,” katanya jujur.
Tidak mahu terlalu memikirkan soal dikritik seksi kerana ia bukanlah sesuatu yang baru bagi dirinya, pelakon asal Sabah ini akui mereka yang tidak rapat dengan dirinya tidak mengenali secara dekat.
“Saya sudah lalilah kalau diperkatakan mengenai hal itu. Yang penting, bapa saya tetap tahu diri saya masih sama seadanya. Soal penampilan itu orang kata dont judge a book by its cover.
“Kalau ada komen melampau tu, saya akan delete. Malah Instagram pun sudah ada bahagian untuk kita sunting komen yang tidak sepatutnya. Kita boleh setkan,” jawab Adeline lagi.
Dalam perkembagan lain, Adeline baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama komedi Cik Propa vs Cik Perampas bersama Nafiz Muaz selain bakal terlibat dalam satu tele-movie istimewa bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.
Masih lagi terbayang-bayang akan arwah anaknya, penyanyi Azian Mazwan Sapuwan terkenang detik terakhir apabila Mohamad Aqil Zulkarnain telah kembali ke rahmatullah pada 16 Disember lalu.
Kongsi penyanyi yang sinonim dengan lagu Rumah Kecil Tiang Seribu itu, dia turut mengimbau kenangan ketika menjaga Allahyarham di hospital terlibat dalam kemalangan 22 November lalu.
“Kematian itu pasti..Tapi itu semua Rahsia Allah SWT.. Semasa menjaga,melawat,bercakap dgn dia di katil wad..sbg seorang ibu saya nampak perkataan ‘pergi & redha’ tetapi cepat2 saya padam..saya yakin dia akan sembuh.
“Tp di hari2 terakhir hati saya menjerit ‘jgn tinggalkan mama Aqil..mulai saat itu hati mula berkata (wlaupun samar2) seakan payah, kata kalau yg terbaik unt dia ialah ‘pergi’ aku kena Redha..kena bersedia..
“Saya mula membaca ayat2 suci berkenaan memudahkan beliau..allahuakhbar (menggigil bila ingat semula saat itu).. Tenanglah Aqil di sana..rehat ye sayang. Doa mama tidak pernah putus buatmu,” kongsinya.
Dalam pada itu, Azian turut mengimbau kembali memori tatkala menjaga anaknya itu ketika kecil.
“Cuma saat menyiram pusaramu mama tewas, terbayang memandikan dia waktu kecil & rupanya itu kubur anak aku..ada batu nesan nama anak aku. 5 ank lelaki..mama kehilangan seorang,” luahnya.
Azian yang dikurnikan lima orang cahaya mata lelaki berysukur apabila anak-anaknnya menguruskan dan mengiringi jenazah Allahayrham Aqil.
“Alhamdulillah jenazahmu diangkat oleh adik2 & abg2 mu di samping saudara yg lain.. Jutaan terima kasih kepada semmmuaa pihak yg sama2 menguruskan dan permudahkan urusan pengkebumian arwah anak saya..ada yg dtg & tersedia tanpa pengetahuan saya..Terima kasih.
“Alhamdulillah,rezeki Aqil. Semoga Allah SWT melipat gandakan rezeki kalian semua.. Tak lupa kpd yg mendoakan, mngirim mesej & yg datang melawat dr jauh dan dekat & terutamanya Doktor2, nurses & staff nurse di ICU Hospital Serdang katil 13 dan ICU Hospital Selayang katil 9 ..Terima kasih dr kami sekeluarga kerana menjaga arwah ank saya dgn baik.. Al Fatihah buat Mohd.Aqil Zulkarnain (09/10/1999-16/12/2019),” akhirinya.
Terdahulu, Aqil,22, dilapor mengalami kecederaan parah di bahagian abdomen serta beberapa organ dalam badan.
Disebabkan keadaan tersebut, Mohamad Aqil dibius dan diletakkan dalam keadaan koma untuk rawatan lanjut di Hospital Selayang.
Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan iaitu Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir kini sedang hamil anak kedua di peringkat kedua (second trimester).
Dalam pada itu, pelakon Terlanjur Mencintaimu 2 itu akui bahawa perubahan sikap isterinya itu kini semakin bertenaga selepas selesai berdepan dengan first trimester baru-baru ini.
“Selepas 1st trimester ni, barulah nampak ada “tenaga” dekat muka dia. Lain betul pembawakan mood awak pregnant kali ni ye
“Dalam 2 hari ni barulah nampak senyum, boleh bergurau balik, boleh gelak. Alhamdulillah. Sy tahu awak penat lain macam sikit kali ni, melawan rasa mual and muntah. Ini tak betul, itu tak kena.
Terdahulu, Deena mengumumkan drinya hamil anak kedua pada 26 Oktober lalu.
Imbas kembali , Saharul dah Deena mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.
Penyanyi Emma Suhaimi mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16 Kilogram (Kg) dalam tempoh enam bulan sebagai persediaan untuk kemunculan semulanya menerusi single berjudul Tersakiti.