Pelakon Adeline Tsen ada memberi reaksi apabila kerap kali dipersoal netizen berkenaan dengan penampilannya yang disifatkan seksi.

Kata bintang berusia 33 tahun ini kepada MH, dirinya ada alasan tersendiri lebih-lebih lagi apabila fizikalnya yang kini lebih kurus berbanding sebelumnya.

“Bila sudah kurus tu saya rasa lebih yakin. Pada masa sama saya pun mahu amalkan gaya hidup sihat. Kita ni semakin berusia jadi semua itu perlu diambil kira.

“Penampilan seksi ni sebab I tak nak nampak I tua… Kalau boleh. Orang pun tak pernah rasa saya ni berusia 30-an, mereka ingat saya seperti 20-an sahaja. Sebab penampilan diri itulah.

IKLAN

“Soal pemakaian, ia biarlah bersesuai dengan majlis,” katanya jujur.

Tidak mahu terlalu memikirkan soal dikritik seksi kerana ia bukanlah sesuatu yang baru bagi dirinya, pelakon asal Sabah ini akui mereka yang tidak rapat dengan dirinya tidak mengenali secara dekat.

IKLAN

“Saya sudah lalilah kalau diperkatakan mengenai hal itu. Yang penting, bapa saya tetap tahu diri saya masih sama seadanya. Soal penampilan itu orang kata dont judge a book by its cover.

IKLAN

“Kalau ada komen melampau tu, saya akan delete. Malah Instagram pun sudah ada bahagian untuk kita sunting komen yang tidak sepatutnya. Kita boleh setkan,” jawab Adeline lagi.

Dalam perkembagan lain, Adeline baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama komedi Cik Propa vs Cik Perampas bersama Nafiz Muaz selain bakal terlibat dalam satu tele-movie istimewa bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Foto: Instagram Adeline Tsen

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI