Baru sahaja melahirkan anak kelimanya semalam, Datin Seri Nur Shahida ada menitipkan kata-kata penghargaan buat ramai yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraannya saat di dewan bersalin.

Malah jelas isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini lagi, sebetulnya kedatangannya ke hospital sekadar untuk membuat pemeriksaan berkala ibu mengandung.

Bagaimanapun, dia dinasihatkan untuk bersalin kerana sudah terdapat bukaan.

“Assalamualaikum baby hajah mama!!! Kawan mama dalam perut masa pergi haji hari tu!! lahir semalam 19/12/19 (Aura 19 tu Masya Allah).

“Alhamdulillah dah selamat bersalin petang semalam, 37 minggu tepat2. Asalnya nak datang checkup biasa je tapi bila Dr cek tgk dah ada bukaan.

IKLAN

“Terus la masuk wad, terima kasih pada yg mendoakan saya.

“Pukul 3 petang nanti saya akan posting music video lagu ‘Haruman Syurga’ boleh tgk full video dari sebelum masuk labour room sampai la keluar dan muka baby sekali ya Pukul 3 petang di Youtube Channel TV Terlajak Laris!” kongsinya.

IKLAN

Dalam pada itu, wanita ini turut menegaskan bayinya itu masih belum mempunyai sebarang akaun Instagram.

“Lepas tu nak bgtau kami belum buat sebarang acc Instagram utk baby baru ni..yg ada tu fake acc sahaja ya,” jelasnya.

IKLAN
View this post on Instagram

Assalamualaikum baby hajah mama!!! Kawan mama dalam perut masa pergi haji hari tu!! lahir semalam 19/12/19 (Aura 19 tu Masya Allah) 😅 . Alhamdulillah dah selamat bersalin petang semalam…37 minggu tepat2…..asalnya nak datang checkup biasa je tapi bila Dr cek tgk dah ada bukaan……terus la masuk wad…..terima kasih pada yg mendoakan saya… . Pukul 3 petang nanti saya akan posting music video lagu ‘Haruman Syurga’ boleh tgk full video dari sebelum masuk labour room sampai la keluar dan muka baby sekali ya Pukul 3 petang di Youtube Channel TV Terlajak Laris! . Lepas tu nak bgtau kami belum buat sebarang acc Instagram utk baby baru ni..yg ada tu fake acc sahaja ya…

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Di ruang komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas kehadiran orang baru dalam keluarga.

Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan empat cahaya mata sebelum ini serta turut mengambil seorang anak angkat.

Foto : Instagram Shahida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI