Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein,39, yang telah pun selamat bergelar tunang kepada lelaki pilihan hati, Mohamad Azlan, 29, kira-kira jam 1.10 petang tadi.
Majlis telah dilangsungkan secara meriah dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu dilangsungkan di Dewan Tun Hussien Onn, Putra World Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
Penyanyi Bakawali yang anggun mengenakan persalinan rona hijau pastel turut menerima sebentuk cincin dari bakal ibu mertuanya, Zaiton Abdullah selain lima dulang hantaran berbalas tujuh.
“Alhamdulillah, majlis tunang sudah pun selesai dan berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan. Terharu dengan kehadiran insan-insan yang tersayang.
Ads
“Doakan semoga urusan perkahwinan saya akan dipermudahkan, InsyaAllah,” katanya.
Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dari Indah Ruhaila dan Sarah Raissuddin sementara Zulin Aziz bertindak sebagai hos majlis.
Ads
Elly atau nama lengkapnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi sebelum ini ada mendedahkan dirinya sedang berkenalan dengan lelaki asal Kuala Krai, Kelantan dan turut merancang untuk mendirikan rumah tangga tahun hadapan.
Ads
Elly yang masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah tunang turut menggelarkan si dia sebagai Papa Awan Nano.
Meluahkan kesyukuran apabila ayahanda tercinta telah selamat menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara, PU Rahmat mengucapkan penghargaan buat semua yang tidak putus mengirimkan doa.
Malah, dia turut berpesan agar sayangi jantung dengan berhenti merokok dan menjaga pemakanan.
“Alhamdulillah ayahanda saya Mohd Sofyan bin Mansur telah keluar daripada Institut Jantung Negara. Terima kasih atas semua doa kalian. Semoga Allah membalas kalian dengan sebaik-baik balasan.
Sedikit nasihat kepada semua yang sihat.
Total bil pembedahan RM65 ribu ringgit. Sayangi jantung anda. Sayangi simpanan wang anda. Berhenti merokok dan jaga pemakanan,” kongsinya.
Berkongsi beberapa keping foto bersama suami, Nora Danish menerusi laman Instagram menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir suaminya, Nedim Nazri.
Menerusi posting terdahulu, difahamkan aktres popular ini terbang ke Jakarta untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-36 bersama teman-teman.
“Happy 36th birthday my husband. U know me , i may not be good with words , but they say, action speak louder than words kan?
“InsyaAllah next year I bawak u pegi London pulak. Heheh. Thank u for being YOU. Stay healthy mi amor. Cuz I wana grow old with u. TIL Jannah. 💕 InsyaAllah.
Hati bagai sudah berbunga-bunga apabila hadirnya insan tersayang membelai hatinya.
Pasangan romantis, Nur Risteena Munim dan Isa Khan mencuri perhatian ramai apabila mereka sudah mengumumkan pertunangan baru-baru di Bali, Indonesia.
Mahu mengimbau detik terindah, kakak kepada pelakon Ruhainies itu turut berkongsi video pendek yang memaparkan setiap momen indahnya bersama si tunang.
“Throwback zaman bercinta.
“Terlalu banyak yang kami lalui bersama walaupun dalam masa yang singkat. Tak sangka saya berjumpa dengan seseorang macam dia dalam hidup saya.
“Perasaan cinta yang terlalu dalam membuatkan saya seseorang yang istimewa dalam hidup dia. Terlalu banyak memori indah yang takkan dilupakan.
“Janji dia pada saya, akan menjadikan saya wanita paling bahagia di dunia ni. Teruskan menjadi orang yang sama saya jatuh cinta dulu,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun itu mendoakan agar hubungannya bersama Isa berkekalan.
“Semoga hubungan ini terus berkekalan. Saya bangga dengan apa yang dia usaha sekarang. Always proud of him. Effort dan kesungguhan dia tak mungkin semua orang boleh buat.
“Semoga saya terus menjadi semangat dan kekuatan awak. Semoga awak berjaya dunia akhirat. Saya bangga dengan apa yang awak usahakan dan apa yang awak ada sekarang.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.